𝟏𝟑 𝓓𝓻𝓸𝓹

13 2 1
                                    

Pada pagi-pagi hari lagi, aku masuk ke bilik Winter dan mengunci pintu. "Winter!" aku lompat ke atas katilnya. Dia sedang membaiki cuf lengan baju. "Yes Miss Navier? Is there something that I can help with? Or did those two disturb you anyhow?" aku geleng dan termenung melihat Winter.

Memikirkan idea. Macam mana ye aku nak jual baju-baju tu? No knowledge in business at all. "Miss Navier, do you want to go to your studio?" dia duduk sebelah aku. Rambutnya dirapikan. "Kenapa pakai baju macam ni lagi? Kan I suruh pakai baju casual je. You don't need to act like a bodyguard all the time. Act like a friend too."

Dia memandang tubuhnya. "Tell me then, how should I change myself?" aku senyum lalu menarik tangan dia pergi ke bilikku. Baju yang nampak sesuai dengan dia dicampak ke atas katil. Setelah 30 minit, aku berpuas hati dengan hasil mix and match. Muka Winter diletak makeup. "Haa kan cantik! I lagi suka macam ni!" Dia tertawa dan mengambil gambar dirinya.

Sewaktu sarapan pagi, Hazim juga ada di rumah. Memang jantan ni tak reti letak punggung dia dekat rumah sendiri ke? Serabut pulak tengok. Hazim agak terkejut melihat Winter yang jalan disebelah aku. "Who's that?" Winter bisik sambil menjeling Hazim. "My soon to be brother in-law." yang selebihnya, biarlah menjadi rahsia.

Winter angguk. Kami duduk di meja makan. Aku duduk selepas dipaksa memasak. Tak apalah, nak buat macam mana kan. Masakan Qistina tak sedap. Dan aku sebagai anak tiri yang baik hati lagi murni tolong jaga air muka Qistina depan papa. Makanan dihidangkan.

"Sedap! Dah lama tak rasa masakan baby sesedap ni. Tak payah dah nak makan dekat luar lepas ni." Winter pandang aku sekilas sambil tersenyum nipis. Pandai betul baby papa ni masak ye. Hazim tidak lepas pandang aku. Rasa tidak selesa. Winter membaiki tempat duduk dia untuk menghalang pandangan Hazim.

Selepas makan, Hazim menarik tangan aku ke dapur. "Navier, I betul-betul nak minta maaf. I nak tolong you dulu tapi ibu suruh I tolong Safrina. I tahu you takut gila-gila waktu tu. I'm so sorry Navier! Maafkan I." kalau aku pelempang jantan ni, terbang gigi dia. Tangan direntap kuat dari pegangannya.

"Sudah la Hazim Fikri! Aku penat nak layan kau! Kau tak payah nak kesah pasal aku lagi boleh tak? Semak faham?! Blah la Hazim Fikri!" aku ingin berjalan jauh daripadanya tetapi dia tahan. "Then explain to me, who the hell is the guy who saved you?! Sejak bila you kenal dengan lelaki lain? You curang dengan I ke Raja Navier Aira?!!"

Wow, kau boleh tuduh aku curang? Hahahah jantan jenis apa kau ni?! Aku menendang bahagian kemaluan dia. "Kau kan jaga sikit mulut! Kau yang curang lepastu nak tuduh aku? Kepala hotak kau!!" aku menghentak kaki dan pergi ke bilik.

Winter menarik aku ke bilik dia. "Just who the hell is that guy? He should know better to never lay hands on Miss Navier." Winter memegang bahuku. Tubuh diperiksa dari atas sampai bawah. "You should just beat the shit out of him. Cause it seems like he doesn't take no for an answer." aku ketawa dan geleng kepala.

"I nak tengok dia kahwin dengan Safrina. Tapi kan Winter, kalau I nak you buat sesuatu boleh tak?" dia berkerut kening melihat senyuman yang tersemat di bibir aku. Dia menghela nafas lalu angguk. "Sure Miss Navier." aku berbisik ke telinga Winter. Kening Winter berkerut seketika.

"You sure?" aku menjongket bahu. Aku perlukan kepastian bahawa Safrina betul-betul mengandung. Jadi, Winter la akan mencari kesasihan perkara ini. "I'll do it. But I can't provide you with too much information. Dato Fazeel also said that you need to have your own revenge. I'll will only help from aside. Okay?"

Aku angguk sambil tersenyum. Whatever it is, I will make you fall down to your knees. Crying and begging just like what you did to me. I'll make sure that your life is full of suffering. Winter tiba memegang tangan aku. "Now, build your own empire just like your mother. Make them jealous and envy of you. Make your business blows up even more that your mother's business."

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now