𝟏𝟒 𝓓𝓻𝓸𝓹

17 2 0
                                    

Tiga hari kemudian, aku terus pergi ke studio setelah ada kekuatan dalam diri. Tetapi pintu berkunci. Barang masih ada di dalam studio. Ada mangga besar yang berada di pintu. Winter cuba membuka mangga itu tapi tidak berjaya. "Well since using force doesn't work, I guess we just have to pick locked it." macam sebuah kesalahan yang besar je. Tak ke?

Aku menahan perkelakuan Winter. Kalau papa buat laporan kepada pihak polis, memang sah-sah kami yang masuk lokap. Jadi macam mana mahu membuka studio ini? William tiba-tiba muncul dan sentuh bahu aku. "Arghh!" aku terkejut lalu bergantung ke Winter.

William hanya tersenyum. "Awak buat apa dekat sini?" sepatutnya aku yang tanya soalan itu. William pandang mangga di pintu. "Lah, kena kunci ke? Worry not, I'm here! Saya boleh tolong Navier buka mangga ni." aku sepatutnya tidak percaya dengan kata-kata William.

Dua orang polis tiba datang selepas dia membuat laporan. "Encik polis, boleh tak tolong bukakan mangga ni untuk kami? This is our premise but someone else decided to locked us out. Boleh?" dua orang polis itu pandang masing-masing dan membuka mangga dengan perasaan berat hati.

William hanya senyum sepanjang proses mereka menghancurkan mangga itu. Selepas mereka beredar, aku bertanya kepada dia. "Kenapa panggil polis?" dia senyum dan tarik aku masuk. "Sebab kalau Dato Raja Nazeem nak report dekat polis, kita cakapla polis sendiri yang tolong bukakan. Terkejut beruk dia kalau tau."

Woww idea yang bernas! Applause! Macam mana orang macam Zafriel tu boleh ambil orang macam William jadi pembantu dia? Hairan aku. Beberapa baju yang sudah siap dijahit dikemaskan dan simpan ke dalam beg. Alatan lain ditinggalkan berserta dengan nota. 'Terima kasih bagi studio ni untuk Vier buat hasil kerja sendiri'.

Nota ditampal ke dinding. Tulis besar-besar biar nampak. Beg diletak ke dalam bonet kereta. Aku nak simpan mana ye beg-beg ni? Dekat rumah Winter nanti takut bersepah, penuh. Tak akan la minta tolong Encik Fazeel lagi? Malu juga aku. Siapa ye.

"Apa kata kita simpan semua ni dekat rumah Tuan Irwan? Banyak ruang kosong." idea yang tidak beberapa bernas. Nak jumpa Zafriel pun ketar lutut. Ni apakan lagi tumpang rumah dia letak barang. "Come on, don't be shy! It's fine. Percaya cakap saya." makin ragu-ragu aku dibuatnya.

Tapi apakah daya seorang Raja Navier Aira apabila bertemu dengan William Crimson. Aku sedang duduk di dalam kereta Zafriel dan Winter pandu kereta aku di belakang dengan semua hasil baju-baju yang telah dijahit.

"William, memang nak pergi rumah Zafriel ke ni? Saya rasa nervous la." William geleng kepala. Dia tunjuk ibu jari sambil tersenyum lebar. "Alah relax Navier. Dia bukan makan orang pun, kalau potong daging orang tu..." ayat William jadi tergantung.

Risau pulak. Hmm. "William, boleh tunjuk dekat saya mana kedai Zafriel? Tak pernah pula nak cari sebelum ni. Tiba-tiba curious pula. Boleh tak?" William menggaru kepala. Jari diletakkan bawah dagu. "Urmm, itu, itu..." gagap pula jadinya. "Forget it. Mesti Zafriel kata tak boleh kan?"

Dia angguk. Kereta dipandu dan berhenti di hadapan rumah banglo hitam. More like a castle. Pintu pagar dibuka. Rumah besar tapi rasa kosong. Keluar dari kereta, aku melihat sebuah buaian yang tergantung dari pokok. Kelihatan agak lama. Banyak bunga yang mekar sekitar buaian itu.

Aku ikut William masuk ke dalam rumah. Katanya Zafriel tiada di rumah jadi jangan risau. Baju-baju aku diletakkan ke dalam satu bilik di tingkat bawah. Rumah dia mempunyai dua tingkat. Bahagian paling atas pula ada tempat untuk duduk melihat bulan.

Selepas siap letak barang, aku memikirkan balik tentang perkara ini. Kenapa letak dekat rumah Zafriel eh? Habistu, nanti aku kena pergi rumah Zafriel la kan? Pintu tiba diketuk dari luar. "Kau buat apa termenung je? Dah siap kemas?" suara tuan rumah ini mengejutkan aku.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now