EDISI SYAWAL

305 16 1
                                    

" Yey! Esok raya! Yuhuu! " Teriakan Hadif setelah mendengar pengumuman raya yang bersiaran lamgsung di televisyen. Semua manusia yang berada di ruang tamu terkejut. Hadif bangun dan melompat bersama Hafiy. Memang geng budak berdua ni.

Mahu bergegar rumah kayu Nenda akibat daripada lompatan kedua jejaka itu. Ketika ini mereka berada di rumah Nenda mereka, ibu tiri kepada Puan Dairisya. Bukan selalu mereka pulang ke kampung halaman, paling kurang pun setahun sekali.

Nenda hanya senyum segaris melihat gelagat cucunya. Tak apalah kalau rumahnya roboh pun, kubur pun sudah memanggil... apa yang nak dirisaukan?

" Mengada gila. Macam budak-budak. Umur dah 20 lebih pun melompat- lompat macam kera. " Suara itu mengundang jelingan adik-beradik Grey.

Siapa lagi yang akan berkata begitu kalau bukan sepupu mereka, Aidil.

" Okey lah, macam kera daripada kau macam bab- "

Habib menekup mulut Hafiy. Ada saja carutan yang ingin keluar dari mulut adiknya itu. Dia menasihati Hafiy agar sentiasa beristighfar.

" Sabar, Fiy. Sabar. "

Hafiy jeling Aidil tajam.

Aidil juga tidak mahu kalah, dia putar bola matanya dan berdecit.

" Itulah budak bandar, gedik. Lemah. Sikit-sikit nak terjerit sini sana. " Bidas Aidil lagi. Sengaja memarakkan api yang sudah terang menyala.

" Lemah? Semalam siapa yang tolong angkat kelapa sawit dalam kebun hah? " Ungkit Hadif.

" Angkat tu. Entah-entah buah kelapa sawit pun tak kenal. " Arah Aidil. Jari dihala pada longgokan buah yang besar berwarna merah itu.

" Kau ingat budak bandar ni bodoh sangat ke? Budak umur lima tahun pun kenal lah! " Marah Hafiy. Dia mendengus geram.

" Heh, cuba angkat. Entah-entah tak larat. Budak bandar mana reti buat kerja berat macam ni. Duduk bilik main telefob aje tahu! " Lagak Aidil dengan suara yang dilaung kuat. Semua adik-beradik Grey menjelingnya.

" Lena nak tolong! "

" Tak payah. Kau perempuan duduk tepi, nanti sakit-sakit menangis aje tahu. "

Helena mencebik.

Aid mengangkat setandan buah kelapa sawit di belakangnya. " Macam ni cara angkat- "

Seketika mulutnya ternganga.

Hifzan dan Heidi mengangkat dua buah kelapa sawit. Dibawa beberapa tandan kelapa sawit ke kereta tolak. Tak sampai sepuluh minit, kereta tolak itu sudah dipenuhi bertandan kelapa sawit.

Hafhiz, Habib dan lain-lain hanya mengangkat satu tandan sahaja. Bukannya tak mampu, cuma tak mahu berlagak. Nanti silap langkah, patah bahu mereka. Lagipun mereka angkat yang paling besar. Nanti tak adalah Aidil itu bising kata tak mahu tolong dan sombong.

" Hidup ni tak perlu berlagak. Cukup buktikan pada diri sendiri. Tak perlu menunjuk. " Ujar Hifzan senada sambil menyorong kereta tolak. Jelas ayatnya dituju pada Aidil.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now