7D1A | 24

386 28 0
                                    

" Dua jam dah kita tunggu, tak nampak pun. "

" Diam boleh tak? Ni dah kali ke tujuh puluh dua kau ulang ayat sama. Sabarlah! Nanti dia keluar. Adalah tu benda dia nak uruskan. " Marah Hafhiz. Geram dengan kembarnya yang merungut tentang lewatnya ketibaan Heidi.

Sudah dua minggu berlalu sejak Heidi pergi menjalankan tugas di luar negara. Hari ini, Hafhiz dan Hafiy diminta untuk ke lapangan terbang bagi menjemputnya. Semuanya adalah arahan Tuan Huzhaid. Melihat anaknya yang duduk bersahaja goyang kaki di rumah, baik dia suruh buat sesuatu.

Empat minit berlalu.

" Lama betul... Penatlah macam ni, tunggu dia lagi lama daripada tunggu jodoh aku sampai. " Kata Hafiy bersahaja. Keluhan dilepaskan buat kali yang entah keberapa.

" Mana jodoh kau? "

" Eh mak kau letop! " Terkejut Hafiy apabila ditegur dari belakang. " Siapa pula- Hah! Heidi! " Hafiy melompat ke tubuh Heidi dan memeluknya erat.

Heidi biar saja, tak pelik tengok perangai adiknya yang seorang ini.

" Weh, rindu kau! " Tipu Hafiy bersama air mata palsunya. Ketika ketiadaan Heidi, elok saja dia geng dengan Hadif.

" Tak payah tipu, kau tu bukannya rindu sangat pun. Mengeluh aje dari tadi. " Bidas Hafhiz. Kemudian tangannya naik menolak Hafiy ke tepi dari terus memeluk Heidi. Dia menyalam abangnya yang baru pulang itu.

Beg pakaian Heidi diambil oleh pembantu keluarga itu. Mereka bertiga berjalan menuju ke kereta yang disediakan.

Heidi bersiul perlahan melihat keretanya.

Ferrari 812 GTS.

Mereka masuk ke perut kereta.

Hafhiz pula memandu Aston Martin DBS bersama Hafiy.

Kedua kereta sport itu laju membelah jalan. Diiringi beberapa kereta Jeep Grand Cherokee berwarna hitam.


" Yang ini ke yang ini? " Baju di tangan di angkat tinggi, menyoal rakannya untuk membuat pilihan.

Saleema capai tag harga.

RM 1289.

Terbuntang matanya. Laju dia geleng kepala. Mahal betul! Beli baju saja sudah empat angka. Ingat dia ni kilang buat duit ke?

Helena mengeluh.

" Tak apa, aku belanja. Pilih je. " Pujuk Helena. Dia tahu Saleema segan untuk menggunakan duitnya. Tapi Helena yang offer dan ajak Saleema keluar, tak mungkin dia akan biar Saleema pulang dengan tangan kosong.

Berkat perbincangan antara Helena dan ibu bapa Saleema, mereka membenarkan Saleema untuk mengikuti percutian keluarga Grey memandangkan Tuan Huzhaid telah banyak membantu anak mereka terutama dalam menyambung pelajaran ke universiti.

" Mahal sangatlah... " Saleema masih tetap dengan keputusannya. Tak mahu menyusahkan rakannya. Sudahlah kena guna duit orang, banyak pula tu.

Helena mengeluh lagi. Entah berapa kali dia mengeluh.

" Abang Hefz- "

" Aku pilih yang ni. " Saleema hala jari telunjuk pada pakaian di tangan kanan Helena.

Kan senang macam ni. Dia suruh pilih aje, bukannya suruh bayar pun. Bab bayar-membayar ni biar dia uruskan. Haha.

Hefzy angkat kepala, memandang ke dalam kedai pakaian. Rasa macam ada orang panggil nama dia. Dia lihat Helena seperti tidak mengendahkannya, jadi dia sambung fokus pada telefon. Hari ini dia terpaksa menjadi tukang angkat barang. Semuanya kerana dipaksa adiknya.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now