7D1A | 10

543 30 2
                                    

Nafas berat dihembus keluar. Sejak dua menjak ini, fikirannya kusut memikirkan siapa yang sentiasa menghantar mesej kepadanya setiap hari sejak seminggu lepas. Setiap jam aje pasti ada notifikasi masuk.

Helena garu kepala. Apa dia nak? Nak kata dia ada kenalan, tak juga. Masa dia sekolah swasta dulu Saleema seorang aje kawan dia. Tak akan orang tu mesej dia sebab nak minta hutang. Tapi dia mana pernah berhutang dengan orang lain.

Dia skrol segala mesej yang diberi oleh nombor yang disimpan sebagai 'mystery guy'.

- Morning.

- Dah makan ke?

- Buat apa tu?

- Jawab lah.

- La mia fecilità?

- Please response this message. Janganlah bluetick aje.

Helena rimas. Dia nak block nombor tu, tapi tak boleh. Dia sendiri tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Setiap pesanan yang dihantar oleh mystery guy dibiar sepi. Langsung tiada niat ingin membalas. Abang-abangnya langsung tak tahu. Kalau diberitahu nanti abangnya akan bertambah protective. Dia tak mahu dikongkong.

Helena ramas rambut sendiri. Hari ini mystery guy itu hantar mesej lagi. Kenapa guy? Sebab Helena rasa cara percakapan penghantar mesej itu seperti lelaki.

- La mia fecilità, answer me. It's have been a week since I've started sent you a message.

La mia fecilità. Apa ni, nama dia bukannya Mia. Sudahlah abang Habib panggil dia Habibah, kali ini ada orang panggil dia Mia pula. Cantik molek Tuan Huzhaid bagi nama Helena Dahlia, lain pula dipanggil orang.

Bosan membaca mesej si mystery guy, dia buat keputusan untuk bertanya dengan terus terang.

- Awak nak apa?

Helena garu kening yang tidak gatal.

- Nak kau.

Helena buat muka toya. Eee, ingat dia cair ke?

- Jangan main-main. I'm Greys you know?

Helena tunjuk lagak, biar mystery guy ini takut. Keluarga Grey, satu dunia kenal. Digeruni setiap manusia, bahkan polis dan pihak berkuasa pun tidak berani mahu mencampuri urusan keluarga itu.

- I know you. Much. Don't you know me?

" Hah, apa dia cakap ni? " Monolog Helena. Tak kenal, tak kenal.

- Nope.

Helena tunggu pesanannya dibalas.

- Hm, are you sure? We used to be very closed. Don't you remember?

Tadi kening Helena berkerut, sekarang dengan hidung sekali ikut berkerut. Apa mamat ni cakap? Tak faham lah, sudahlah tiba-tiba speaking english! Haritu berpantun bagai.

Helena baca lagi mesej yang dihantar mystery guy.

- Nah, it's okay.

Eh, okey pula. Tadi macam mendesak sangat suruh ingat. Helena taip lagi.

- Awak siapa?

Helena merengus geram membaca apa yang dibalas mystery guy.

- You'll know me. One day.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now