7D1A | 01

987 47 25
                                    

" Abang! " Jeritan kecil itu membuatkan kesemua jejaka yang sedang duduk berkumpul di ruang tamu mengalihkan pandangan. Senyuman nipis terukir di bibir setiap jejaka apabila melihat anak kecil itu berlari terkedek-kedek dengan senyuman yang manis.

Hifzan berjalan beberapa langkah ke arah anak kecil itu sebelum bertindak mengangkatnya ke dalam dukungan. Laju tangan kecil budak perempuan itu merangkul leher abang sulungnya.

" Yes, princess. How's your school today? " Soal Hifzan. Mata bulat adiknya itu dipandang tak berkelip. Comel.

" Great! Cikgu bagi Lena hadiah, sebab dapat A+ masa ujian! Hehe. " Teruja Helena berkata.

" Eleh, A+ aje... itu pun nak kecoh. " Hafhiz berpeluk tubuh sambil menjeling manja adik perempuannya.

" Biarlah! Abang Hafhiz jealous ke? " Helena mengecilkan matanya. Dia menjelirkan lidah sesaat. Sekali sekala, haha.

" Oh, dah pandai jelir lidah eh? No present for you, okay? " Hafhiz mengugut dengan senyuman sinisnya. Dengan budak-budak pun mahu menyakat, haih.

" Alaa, jangan macam tu. Sorry, abang Hafhiz hm... " Helena mengembungkan pipinya. Nak tunjuk comel, biar abangnya itu cair meleleh.

" Ingat comel ke? " Hafhiz menahan senyum. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menggomol pipi tembam adiknya itu.

" Tak comel ke? " Helena juih bibir. Sudah, jangan menangis!

Hafiy cepat-cepat datang.

" Mestilah Lena my precious abang ni comel! " Hafiy memujuk Helena. Nanti menangis bukannya Hafhiz nak pujuk.

Terus hilang wajah cemberut Helena. Senyum lebar terus. Suka dipuji.

" You are my cutest baby. The cutest, the most beautiful, the nicest, the kindest, the pr- "

" Cukup-cukuplah tu, banyak sangat kau memuji. Nanti kembang hidung budak tu. " Heidi Dahlan memotong. Hafiy Danish ni memang manis mulut, pandai memuji dan memujuk. Tak pelik ramai para gadis menyukainya.

" Lena nak hadiah apa? Nanti abang Hadif Daris yang handsome lagikan macho ni belikan. " Hadif mencelah. Dengan sengaja, dia memuji dirinya sendiri. Untuk adiknya yang seorang ini, dia sanggup beri apa sahaja asalkan adiknya bahagia. Nikmat anak bongsu katakan.

" Anything? " Soal Helena sekadar ingin memastikan.

" Anything, sweetheart. "

Membulat mata Helena. Ini masanya untuk mengambil kesempatan di dalam keluasan.

" Kalau macam tu Lena nak bela miau, hehe. " Helena tersengih tidak bersalah, menampakkan lesung pipitnya.

" No! " Ketujuh-tujuh jejaka itu membantah. Tidak boleh!

Bekaca mata Helena apabila dijerkah begitu.

" Abang marah ke? " Helena bertanya. Raut muka kembali cemberut. Jangan-jangan nanti dia menangis lagi.

" No, we're not mad at you princess. But petting is not as simple as people think. " Redup mata Hifzan memandang anak kecil yang berada dalam dukungannya itu. Haih, senang betul menangis.

" Tapi abang Heidi tu boleh aje bela ular. Abang Hafiy bela arnab, abang Habib pula bela penyu. Kenapa Lena tak boleh bela miau? " Helena memeluk tubuh. Berlipat keningnya berkerut, membuat muka garang. Cuba menakutkan abangnya.

" Pembetulan, ana bela kura-kura bukan penyu. " Suara Habib Dhani itu mengundang tawa Hafiy. Habib memutarkan bola matanya.

" Lena tak kisah abang Habib bela penyu ke labi-labi ke, yang penting Lena nak bela miau! " Helena mula meragam. Tubuhnya diberatkan mahu turun dari dukungan Hifzan.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now