7D1A | 05

621 34 5
                                    

Helena membuka daun pintu dengan bibir yang melengkung ke bawah.

Tubuh rampingnya dihepas kuat ke katilnya yang empuk. Dia bergolek-golek ke kiri dan ke kanan.

" Terbongkar sudah... " Helena baring memeluk bantalnya yang berbentuk kucing.

" Kau tu muda lagi Helena Dahlia, tak payah nak bercintan cintun bagai. Bazir masa, baik kau ikut abang Hefzy kau sambung belajar, adalah juga manfaat. "

Kata-kata Hafhiz berlalu di kepala otaknya.

" Abang tak suka Lena bercinta dengan Neo. Kalau Habib tahu, dia mesti tazkirah Lena. Bercinta tu membuang masa, Lena. Kita orang dah banyak jaga awak, main dengan awak, spend time lagi. Kenapa nak cari boyfriend? "

Lontaran bicara Hefzy pula menerjah kepalanya. Hampir dua jam juga dua abangnya itu berleter, seorang satu jam.

Dengan memek mukanya yang sedih dia menekup wajahnya dengan bantal.

" Aaargh! " Helena menghamburkan jeritannya yang tenggelam. Dia sekarang dihurungi rasa bersalah.

Rasa bersalah kerana telah mencari lelaki lain untuk merasai kasih sayang sedangkan abang-abangnya banyak berkorban masa dan tenaga untuknya. Pasti dia sudah mengecewakan abang-abangnya.

Dia mengeluh panjang, kemudian dia tersedar sesuatu.

Mana abang Hafiy?

Sedarinya, sejak pulang dari kafe dia tak nampak Hafiy. Larikan diri ke?

" AAARGH!!! " Bergema jeritan seorang lelaki di sebuah bilik.

" Huff...huff...huff... " Turun naik dada lelaki itu mencari nafas. Dia lelah. Perit kesakitan yang ditanggungnya sekarang ini.

Dia pandang bahu kirinya perlahan-lahan.

Terbuntang luas matanya apabila melihat sebelah tangannya sudah tiada. Sekarang dia sudah cacat.

Silap orang dia mencari masalah.

Hafiy ketawa sinis. Tawanya yang kuat jelas kedengaran di gegendang telinga semua manusia di situ.

Seluruh susuk tegap memakai baju sut hitam yang berada di bangunan itu menayangkan wajah ketat, namun jantung sudah berdegup kencang melihat sketsa di depan mata mereka. Adegan penyeksaan.

" Dah, dah... jangan menangis. Ini akibat sebab mencuri. Orang yang mencuri tangannya harus dipotong kan? " Hafiy mengusap lembut air mata mangsanya yang terduduk di sebuah kerusi. Darah sudah melimpah. Pucat wajah lelaki itu akibat kehilangan banyak darah.

Lelaki itu sudah membuat kesilapan besar dengan mengusik keluarga Grey.

" Tak apa, lepas ni kau akan tenang... Tenang dalam neraka! " Hafiy menendang lelaki itu kuat. Terbaring lelaki itu di lantai yang dipenuhi darahnya sendiri.

Bang!

Lelaki itu sudah terkulai layu. Hanya jasad sahaja yang tinggal.

"Apa jadi? " Suara garau seorang lelaki menerjah masuk ke dalam bilik itu dengan riak selamba.

" Ada tikus berani curi kita punya senjata. Nasib baik dapat tangkap sebelum dia jual semua senjata yang kita beli dari Itali hari tu. " Hafiy menjawab soalan abangnya, Hadif Daris.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now