🆂.🅸.🅳 - 33

282 6 0
                                    

Auntie Melina datang ke rumah Anggun dan Arjuna untuk melihat keadaan Anggun

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


Auntie Melina datang ke rumah Anggun dan Arjuna untuk melihat keadaan Anggun. Asfarin Mifhdal iaitu suami Auntie Melina juga turut datang.

Sejak Auntie Melina sudah berumah tangga, Auntie Melina mengikut suaminya tinggal di negeri Terengganu.

Anggun tersenyum manis memandang Auntie Melina yang sedang menghampirinya di dalam bilik itu. Wajah Anggun jelas kelihatan tidak bermaya.

"Tak lama lagi dah jadi mama, anak buah auntie ni." Auntie Melina menggosok perlahan kepala Anggun.

"Makin lama, makin tak larat Anggun nak berjalan, auntie. Perut ni rasa berat aje." Ujar Anggun sambil mengusap perutnya yang sudah membesar.

"Memang lah. Tak lama lagi, keluar lah puteri dari dalam perut ni."

Anggun tersenyum simpul. Tidak sabar mahu memegang bayi kecil. Anggun tidak sabar mahu melihat Arjuna mengazankan bayi itu nanti.

"Suami auntie datang sekali ke?" Soal Anggun ingin tahu. Auntie Melina menganggukkan kepala.

"Dia ada dekat ruang tamu dengan Arjuna."

"Oooo. Anggun tak larat nak bangun untuk buat air."

"Tak perlu susah-susah. Nanti biar auntie aje buatkan air. Anggun tak boleh banyak bergerak. Nanti takut terjatuh, haa masalah tu." Pesan Auntie Melina.

Anggun menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Muka Anggun nampak penat sangat, Anggun berehat lah ye? Auntie nak turun bawah kejap." Pamit Auntie Melina sebelum dia keluar dari bilik itu.

Tidak lama kemudian, Arjuna masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan isterinya.

"Sayang? Sayang ada nak makan apa-apa?" Soal Arjuna lembut. Arjuna melabuhkan punggung di sebelah Anggun yang sedang terbaring.

Anggun tersenyum kecil. "Anggun tiba-tiba rasa nak makan coklat lah, abang. Entah kenapa tekak ni rasa nak telan."

Arjuna mengucup sekejap dahi Anggun. "Boleh, sayang. Abang pergi beli kejap ye? Nanti abang datang balik." Arjuna mengucup lagi dahi isterinya. Anggun memejam mata sambil mengukir senyuman.

"Kalau rasa sakit, sayang jerit kuat-kuat tau? Bagi auntie dengan uncle dengar." Pesan Arjuna. Anggun mengangguk lemah.

"Abang pergi dulu." Arjuna bangun dari duduk sebelum dia keluar dari bilik. Anggun hanya memerhati pemergian Arjuna.

Anggun termenung sekejap memandang siling. Tidak sabar mahu makan coklat. Entah apa coklat yang dibeli Arjuna, dia tidak kisah. Asalkan rasanya coklat.

Lama Anggun termenung, akhirnya dia terlelap.

"Anggun! Anggun!" Suara Auntie Melina yang kuat itu membuatkan Anggun terjaga dari lena. Anggun mengerutkan kening apabila melihat Auntie Melina menghampirinya dengan air mata sudah bergenang. Wajahnya juga turut gelisah.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora