🆂.🅸.🅳 - 19

178 9 0
                                    

Arjuna menatap lama rumah yang diperbuat daripada papan itu. Rumah itu kelihatan masih kukuh walaupun agak usang kerana sudah lama dibiarkan.

Arjuna membuka langkah menghampiri rumah itu. Arjuna menaiki tangga untuk naik ke beranda rumah. Arjuna menolak pintu papan yang tidak berkunci itu.

Arjuna melihat ruang tamu yang kecil. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Arjuna teringat akan ibunya yang selalu melipat baju di atas sofa. Ayahnya pula akan membaca surat khabar bersama rokok daun. Arjuna pula akan membuat kerja sekolah sambil duduk bersila di atas lantai papan itu.

Arjuna mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Arjuna menarik beg bagasinya sehingga tiba di dalam bilik. Arjuna melihat ke arah tilam yang menjadi tempat untuknya tidur dahulu.

Tilam itu kelihatan berhabuk kerana sudah lama tidak digunakan. Arjuna meletakkan beg bagasi itu di tepi dinding papan. Arjuna menuju ke arah tingkap yang tiada langsir itu. Arjuna membuka tingkap itu seluas-luasnya supaya cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalam biliknya.

Arjuna melihat pemandangan dari tingkap biliknya. Pemandangan di luar itu masih tidak berubah dari dulu. Arjuna semakin rindu akan zaman kanak-kanaknya.

Arjuna bernekad mahu jalan-jalan sekeliling kampung. Arjuna mahu ingat kembali zaman kanak-kanaknya. Arjuna keluar dari bilik lalu dia menuju ke dapur terlebih dahulu.

Sayu aje mata Arjuna melihat ruang dapur yang sunyi itu. Bayangan arwah ibunya jelas kelihatan.

"Aish, ini bawang. Jangan letak dekat mata. Nanti mata boleh pedih tau." Pesan ibu kepada anak tunggalnya.

Arjuna menjongketkan bibir. "Mana ibu tahu mata adik boleh pedih? Ibu perrenggg erhh??" Soal Arjuna dengan matanya sengaja dibuat sepet.

"Perreng..perreng, prank lah. Nak sebut perkataan orang putih pun tak tahu." Perli ibu kepada Arjuna yang masih berumur 4 tahun.

Arjuna menggulingkan anak matanya dengan reaksi wajah seperti mahu marah. Ibu hanya menggeleng kepala melihat perangai anaknya itu. Ikut perangai siapa lah agaknya.

Arjuna mengesat air matanya yang sudah mengalir. Arjuna terus beredar dari ruang dapur. Biar lah masa lalu menjadi kenangan.

Arjuna keluar dari rumah lalu dia menuruni tiga anak tangga yang diperbuat daripada papan itu.

Arjuna memakai seliparnya sebelum dia membuka langkah menuju ke jalan tar yang kecil aje laluannya.

Arjuna melihat sekeliling dengan senyuman. Dengan melihat pemandangan di kampung, masalah semua akan hilang. Kita akan berasa tenang aje apabila berada di kampung.

Arjuna mendongakkan kepalanya untuk melihat langit. Langit yang cerah itu membuatkan Arjuna teringat akan Anggun.

"Kalau ada Anggun, mesti lagi best. Aku boleh bawa Anggun pusing-pusing kampung." Gumam Arjuna sendirian.

"Arjuna? Kamu ke tu?"

Arjuna terus terhenti dari berjalan apabila seorang pakcik yang sedang menunggang motor itu menegurnya. Arjuna mengecilkan mata kerana cuba mahu mengingat kembali siapakah pakcik yang menegurnya itu.

"Pakcik Dollah kan?" Soal Arjuna ingin kepastian. Pakcik Dollah melepaskan tawa dengan kepala terangguk-angguk. Pakcik Dollah itu memiliki ladang getah.

"Woahh, lama dah pakcik tak nampak kamu. Kamu apa khabar?" Soal Pakcik Dollah.

"Khabar baik. Pakcik dah lama tak nampak saya sebab saya bekerja di Kuala Lumpur, pakcik. Tetapi sekarang saya dah berhenti kerja. Saya nak kerja di dalam kampung ni pakcik. Sama macam arwah ayah saya." Ujar Arjuna dengan senyuman manis.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now