🆂.🅸.🅳 - 28

155 6 0
                                    

               Mereka berjalan beriringan di atas jalan tar yang kecil itu sambil berpegangan tangan. Cuaca ketika itu tidak lah panas kerana matahari dilindungi disebalik awan. Anggun mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah kacak suaminya.

"Handsome lah abang ni." Puji Anggun dengan senyuman manis. Anak mata Arjuna terus beralih ke wajah comel Anggun. Wajahnya sudah mula membahang mendengar pujian isterinya yang tercinta itu.

Anggun ketawa kecil apabila melihat telinga Arjuna sudah bertukar warna kemerahan. Anggun tidak tahu mengapa  Anggun berasa lucu melihat telinga Arjuna yang akan berubah warna setiap kali Arjuna blushing.

"Abang jangan lah malu. Kita dah jadi suami isteri tau. So, tak ada apa yang perlu dimalukan." Ujar Anggun lembut. Arjuna menggaru cuping telinganya lalu mengukir senyuman kecil.

"Mana ada abang malu. Abang cuma....segan." Jawapan Arjuna itu membuatkan Anggun terus menepuk dahi. Bukan sama aje ke malu dan segan?

"Ermm...abang. Abang tak nak bawa saya pergi tempat kerja abang ke?" Soal Anggun dengan mata terkedip-kedip. Sengaja mahu mengambil hati Arjuna.

"Abang bukannya tak nak bawa sayang ke sana. Abang cuma risau kalau sayang rasa tak selesa dekat sana. Dekat sana banyak nyamuk." Ujar Arjuna sambil mengenggam erat tangan Anggun.

"Alah, nyamuk aje pun. Lagipun tak luaknya darah saya ni untuk nyamuk sedut. Bukannya saya akan mati pun kalau kena gigit nyamuk." Kata Anggun dengan wajah cemberut.

"Nyamuk aedes kan boleh bawa maut. Macam mana kalau yang hisap darah sayang tu nyamuk aedes?" Arjuna menyoal dengan kening dijongket sebelah. Anggun terkulat-kulat mahu menjawab.

"Alaa..pleasee abang. Anggun nak tengok je suasana dekat tempat kerja abang tu." Desak Anggun sambil menggoyang-goyangkan lengan Arjuna.

"Yelah, yelah. Tetapi sekejap aje ye. Nanti sayang kena gigit nyamuk pula."

Anggun menghela nafas hampa. Anggun perlahan-lahan menganggukkan kepala. Sekejap pun jadi lah.

Tiba-tiba Anggun dapat rasakan tubuhnya di peluk erat. Anggun tersentak dengan kelakuan Arjuna yang memeluk tubuhnya secara tiba-tiba.

"Abang minta maaf. Abang cuma tak nak sayang dapat sakit. Kalau boleh, abang tak nak ada satu pun serangga yang merayap dekat tubuh sayang. Abang nak sayang duduk di dalam kampung ni dengan keadaan selesa. Walaupun abang tak kaya macam lelaki lain, abang tetap nak sayang hidup dalam keadaan selesa."

Kata-kata Arjuna itu membuatkan dadanya dilanda perasaan sebak. Air mata jernih mengalir membasahi pipi. Kata-kata Arjuna itu sangat menusuk hatinya.

"Sayang? Kenapa menangis ni? Abang ada silap cakap ke?" Soal Arjuna dengan nada risau. Arjuna mengeratkan lagi pelukannya untuk memujuk Anggun.

"Saya nangis terharu lah." Ujar Anggun sambil menumbuk perlahan dada Arjuna. Arjuna tersenyum manis. Arjuna meleraikan pelukannya.

"Betul ni sayang nak pergi ladang getah?" Pertanyaan Arjuna itu membuatkan Anggun tidak teragak-agak untuk menganggukkan kepala.

Mereka berdua jalan beriringan menuju ke ladang getah.

"Best tak menoreh getah?" Soal Anggun kepada Arjuna.

"Bagi orang macam abang, best aje kerja sebagai penoreh getah. Dekat ladang tu tak ada lah sesak macam dekat pekan. Rasa tenang aje bila kerja dekat situ walaupun selalu juga kena jadi mangsa nyamuk." Kata Arjuna sambil tersengih di akhir ayat.

"Nanti abang ajarkan saya cara untuk menoreh getah, boleh?" Pinta Anggun dengan mata terkedip-kedip. Arjuna tersenyum manis.

"Boleh, sayang." Keizinan dari Arjuna itu membuatkan Anggun bersorak gembira. Seumur hidupnya, Anggun tidak pernah melakukan kerja begitu. Jadi, apa salahnya kalau Anggun mahu mencuba.

           Sesampai sahaja di ladang getah, Arjuna dan Anggun terserempak dengan Pakcik Dollah.

"Assalamualaikum, kamu datang kerja ke harini Arjuna? Bukan sepatutnya kamu cuti ke?" Soal Pakcik Dollah hairan.

"Waalaikumussalam, pakcik. Haah, hari ini memang saya cuti. Kami baru lepas pusing-pusing tadi. Jadi alang-alang, saya saja lah bawa Anggun datang ke sini." Ujar Arjuna. Pakcik Dollah terangguk-angguk tanda faham.

"Bagus lah kalau macam tu. Anggun, alang-alang kamu ada dekat sini. Kamu tak nak cuba menoreh getah ke? Atau kumpul getah?" Soal Pakcik Dollah.

"Saya memang nak cuba menoreh getah. Hehe boleh ke, pakcik?" Soal Anggun was-was.

"Apa pula tak boleh? Mesti lah boleh! Jom ikut pakcik. Kita pergi ambil barang-barang dulu."

Anggun tersenyum lebar.

"Terima kasih, pakcik. Jom abang!" Anggun menarik tangan Arjuna untuk mengikut langkah Pakcik Dollah. Arjuna tersenyum melihat Anggun sangat gembira hari ini.

"Abang suka tengok sayang gembira macam ni." Ujar Arjuna lalu menggenggam erat tangan Anggun. Anggun ketawa kecil sebelum mereka berdua berhenti dari berjalan. Mereka menatap mata antara satu sama lain.

"Saya gembira sebab ada abang! I love you, abang!" Anggun terus memeluk erat lengan Arjuna. Senyuman yang sangat manis terukir di bibir Anggun.

"I love you too, sayang." Ujar Arjuna pula dengan nada suaranya dibuat ala-ala gentleman.

Anggun ketawa lagi. Arjuna mengerutkan kening.

"Kenapa sayang ketawa? Abang bagi ayat sweet lah tadi. Ke ayat abang tu tak cukup sweet?" Soal Arjuna dengan nada tidak puas hati.

"Telinga abang tu lah. Pantang saya bermanja, mesti telinga abang akan merah." Kata Anggun dengan tawa masih bersisa.

Arjuna mengherotkan bibirnya sambil menggosok belakang lehernya.

"Ya Allah, pengantin baru ni! Buat apa tercegat lagi dekat situ? Rupanya pakcik cakap sorang-sorang aje lah dari tadi?" Bebel Pakcik Dollah sambil mencekak pinggang. Kepalanya tergeleng-geleng dengan perangai mereka berdua itu.

Mereka tersengih dengan anak mata memandang antara satu sama lain.

"Nah, ini baldi dengan pisau penoreh." Pakcik Dollah menghulur dua barang itu ke arah Anggun. Anggun mengambil baldi dan pisau penoreh itu dengan kening berkerut.

"Baldi ni nak buat apa, pakcik?" Soal Anggun ingin tahu.

"Nanti kamu masukkan getah ke dalam baldi ni." Kata Pakcik Dollah.

"Ouh. Pisau ni pula untuk menoreh getah ke?" Soal Anggun lagi.

"Iye sayang. First, abang nak tunjuk dekat sayang cara menoreh getah menggunakan pisau ni. Lepastu sayang ikut abang kumpul getah masuk ke dalam baldi ni.

Anggun menganggukkan kepala. "Jom lah abang kita buat sekarang. Saya dah tak sabar ni!" Desak Anggun tidak menyabar.

"Jom. Pakcik, kami pergi menoreh dulu lah ye?" Pamit Arjuna.

"Pergi lah. Pakcik nak sambung buat kerja pakcik."

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon