🆂.🅸.🅳 - 25

138 7 0
                                    

Anggun menggaru keningnya yang tidak gatal apabila melihat Auntie Melina sedang tersengih-sengih seorang diri di ruang tamu itu. Anggun berlalu ke dapur untuk membasahkan tekak. Sekejap lagi dia akan siasat mengapa auntienya berkelakuan seperti orang angau.

Anggun melihat Aroon yang sedang memicit-micit kepala di meja makan. "Aroon? Awak pening kepala ke?" Pertanyaan Anggun itu mengejutkan Aroon yang sedang memikirkan sesuatu.

Aroon tersengih sebelum dia menganggukkan kepala. "Pening sikit." Ujar Aroon sebelum dia menghela nafas berat.

"Aroon tahu tak kenapa auntie tersengih-sengih dari tadi?" Soalan Anggun itu membuatkan Aroon memetik jarinya. Memang itu yang Aroon fikirkan dari tadi. Sampai pening kepalanya.

"Aku pun ada tertanya-tanya juga. Auntie kau tu dah ada boyfriend ke?"

"Boyfriend?" Berkerut kening Anggun apabila memikirkan Auntie Melina sudah mempunyai kekasih. Kalau betul, Anggun sangat gembira! Iya lah, selepas ini pasti Auntie Melina akan berumah tangga. Jadi betul lah, dendam Auntie Melina terhadapnya sudah terhapus.

Anggun perlu memberitahu Arlot dan yang lain bahawa Auntie Melina sudah tidak berdendam lagi dengannya.

"Kau tahu ke siapa boyfriend dia?" Soal Aroon.

Anggun mengangkat bahu. Auntie Melina tidak pernah memberitahu bahawa dia sudah mempunyai kekasih. Tetapi kemunculan lelaki pelik haritu membuatkan Anggun yakin yang lelaki itu telah mencuri hati Auntie Melina.

"Saya tak pasti. Nanti saya cuba tanya dia. Kalau betul auntie ada boyfriend, saya happy sangat-sangat! Sebab auntie dah tak keseorangan lagi lepasni." Ujar Anggun dengan nada gembira. Aroon hanya tersenyum kelat sebelum dia menggaru kening yang tidak gatal.

Aroon tertanya-tanya tentang dendam Auntie Melina itu. Sudah terhapuskah dendam itu?

"Aroon duduk lama-lama dekat Malaysia ni, Aroon takde kerja ke dekat Thailand?" Soal Anggun ingin tahu. Sudah hampir sebulan Auntie Melina dan Aroon duduk di rumahnya.

Aroon menggelengkan kepalanya. "Aku ada pembantu yang akan uruskan kerja aku. Tetapi aku tertanya juga, bila kami boleh bertolak ke Thailand? Sebab hampir sebulan kami di sini."

Anggun menganggukkan kepalanya. "Mungkin auntie masih tidak mahu berjauhan dengan kekasih baru dia." Teka Anggun sebelum dia terkekek-kekek ketawa. Aroon mengherotkan bibir.

"Aroon takde girlfriend ke?"

"HAHAHAHAH!"

Ternaik bahu Anggun apabila Aroon ketawa besar secara mengejut. Berkerut-kerut kening Anggun memandang Aroon. Apa yang kelakar? Kena sampuk dengan jin ke?

"Kenapa kau tanya soalan macam tu?" Soal Aroon setelah dia selesai ketawa. Anggun menjongketkan bahu.

"Saja. Kalau awak takde girlfriend, saya boleh perkenalkan awak dengan kawan saya."

Aroon mempamerkan reaksi meluat. "Tak perlu. Aku takde rasa nak bercinta."

"Kenapa? Baru lepas break ke?"

Aroon menggulingkan anak matanya. "Sibuk aje nak tahu. Daripada kau sibuk dengan kehidupan aku, lebih baik kau pergi tanya auntie kau fasal kekasih dia tu. Aku dah gatal punggung duduk Malaysia ni lama-lama."

"Lah, awak gatal punggung ke sekarang ni? Kenapa tak cakap? Saya ada ubat gatal. Awak nak?"

Aroon merenung tajam wajah Anggun. Geram aku nak cekik.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now