🆂.🅸.🅳 - 27

144 6 0
                                    

Azan subuh mula berkumandang. Di dalam sebuah rumah papan yang kecil itu, kelihatan pasangan suami isteri masih nyenyak tidur di atas tilam bujang.

Ngengg~~~

PIAK!

Anggun menampar pipinya apabila pipinya itu terasa gatal disebabkan nyamuk. Nyamuk itu sempat melarikan diri dari ditampar Anggun.

Anggun sudah terjaga dari tidur akibat dikacau nyamuk itu. Anggun mencelikkan matanya. Anggun menggeliat sedikit sebelum Anggun menguap kecil. Masih terasa ngantuk.

Arjuna mengeratkan pelukannya sebelum Arjuna menyembam mukanya di tepi leher Anggun.

Anggun menepuk-nepuk lengan Arjuna. "Abang, bangun lah. Kita solat subuh jom." Ajak Anggun.

"Hurm.." Hanya itu yang dibalas Arjuna dengan mata terpejam. Arjuna tidak tahu mengapa dia berasa mengantuk dan letih. Selalunya Arjuna tidak pernah mengantuk untuk mengerjakan solat subuh.

"Abang, jom lah kita solat dulu. Nanti terlepas pula waktu subuh." Kejut Anggun sambil menepuk-nepuk lengan Arjuna. Anggun cuba untuk meleraikan pelukan Arjuna tetapi Arjuna semakin mengeratkan pelukan seolah-olah tidak mahu lepaskan Anggun.

"Hurm..sayang jangan lah pergi. Abang tak nak berjauhan dengan sayang. Nanti abang rindu." Serak aje nada suara Arjuna. Matanya masih dipejam rapat.

Anggun menepuk dahinya sebelum senyuman lebar terukir di bibir. Haih, memang lain betul perwatakan Arjuna selepas kahwin.

"Saya nak ambil wudhu lah. Kalau abang tak nak berjauhan dari saya, abang ikut lah saya ambil wudhu." Kata-kata Anggun itu membuatkan Arjuna terus membuka mata. Arjuna mengangkat kepalanya dari menyembam di tepi leher Anggun. Arjuna menatap wajah Anggun sebelum Arjuna menganggukkan kepala.

Mereka berdua keluar dari bilik lalu menuju ke bilik air yang terletak di ruang dapur. Selesai mengambil wudhu, mereka bersama-sama menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah.

Sinar matahari sudah mula menerangi kawasan kampung itu. Arjuna dan Anggun jalan beriringan menuju ke warung Pak Samad untuk menikmati sarapan pagi.

Sampai sahaja di warung Pak Samad, mereka berdua disapa oleh manusia yang berada di situ. Banyak ucapan tahniah dan selamat pengantin baru yang diucapkan oleh mereka.

"Pengantin baru nak makan apa pagi ni?" Soal Pak Samad dengan ramah. Arjuna dan Anggun tersenyum kecil dengan gelaran pengantin baru yang disebut Pak Samad. Rasa berbunga pula hati.

"Kami nak makan roti canai aje pagi ni." Ujar Arjuna. Pak Samad menganggukkan kepala.

"Air?" Soal Pak Samad.

"Kami nak air milo suam." Kata Anggun pula.

"Amboi, bukan main sweet pengantin baru ni. Sarapan pun nak mancing-mancing."

Arjuna dan Anggun melepaskan tawa kecil. "Bukan mancing-mancing lah, pakcik. Matching-matching." Ujar Anggun apabila Pak Samad melontarkan perkataan bahasa english yang salah.

"Iye lah. Pakcik ni bukannya fasih sangat berbahasa orang putih. Kamu berdua tunggu lah kejap, pakcik nak pergi buat roti canai."

Mereka berdua hanya menganggukkan kepala. Anggun mengalih pandangan ke arah Arjuna.

"Abang, saya nak tanya sesuatu ni. Tetapi abang jangan marah ye?"

Arjuna mengerutkan kening. "Sayang nak tanya apa?"

"Erm...abang tak nak renovert rumah abang tu ke?" Soal Anggun. Terbit rasa serba salah dalam diri Anggun. Anggun bukannya tidak selesa duduk di dalam rumah kecil itu, Anggun cuma mahu renovert supaya rumah itu semakin kukuh. Karang tiba-tiba roboh pula rumah itu jikalau angin kuat datang melanda.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Donde viven las historias. Descúbrelo ahora