🆂.🅸.🅳 - 18

97 5 0
                                    

MALAYSIA,

Arjuna melihat pemandangan dari atas balkoni biliknya. Arjuna tidak sabar mahu berjumpa Anggun. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, itu lah yang dihadapi Arjuna.

Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya Arjuna apabila Fetiyha datang ke rumahnya pagi tadi semata-mata mahu memberitahu Anggun akan balik ke Malaysia hari ini.

Walaupun hanya beberapa minggu Arjuna tidak bersemuka dengan Anggun, tetapi itu sudah bagaikan beribu-ribu tahun.

Arjuna tertanya-tanya juga, mengapa Anggun perlu pergi ke Thailand?

Beberapa minit kemudian, mata Arjuna terus bersinar apabila melihat sebuah kereta Audi berhenti di hadapan rumah Anggun. Arjuna tidak ambil peduli kereta itu kepunyaan siapa. Yang penting, Arjuna mahu berjumpa Anggun.

Arjuna masuk ke dalam biliknya lalu Arjuna mengambil kotak kecil yang berbentuk segi empat sama. Di dalam kotak itu, ada sebuah jam tangan yang berwarna silver. Arjuna terus keluar dari bilik dan menuju ke luar rumah.

Arjuna memakai seliparnya lalu Arjuna keluar dari halaman rumah itu. Arjuna tidak sabar mahu memberi jam tangan itu kepada Anggun. Arjuna harap, Anggun suka.

Apabila Anggun sudah keluar kereta dari bahagian penumpang, senyuman Arjuna semakin melebar. Namun apabila Arjuna melihat seorang lelaki bertubuh tegap keluar dari kereta di bahagian pemandu, senyuman Arjuna terus mati.

Berkerut kening Arjuna melihat lelaki itu seperti rapat dengan Anggun. Anggun sudah masuk ke dalam rumah bersama Auntie Melina tanpa sedar akan kehadiran Arjuna.

Anggun dah tak ingat aku ke? Siapa lelaki tu? Boyfriend Anggun ke? Atau..suami?

Air mata Arjuna sudah bertakung di tubir mata. Adakah sesakit ini rasanya apabila melihat pujaan hati sudah berkahwin dengan lelaki lain?

Lelaki bertubuh tegap itu mengeluarkan beg bagasi dari dalam bonet kereta. Apabila Aroon perasan yang dirinya seperti diperhatikan, Aroon terus menoleh ke belakang.

Arjuna tersentak. Aroon mengerutkan kening tanda dia pelik dengan lelaki yang sedang perhatikannya itu. Adakah lelaki itu Arjuna? Aroon mula tertanya-tanya.

"Apa?" Soal Aroon dengan sebelah kening dijongket. Arjuna pantas menggelengkan kepala. Arjuna kembali masuk ke halaman rumah.

Setitis demi setitis air mata itu mengalir ke pipi. Arjuna masuk ke dalam rumah. Arjuna melabuhkan punggung di atas sofa. Arjuna terus menghamburkan tangisan. Kotak yang berisi jam tangan itu, diletakkan di atas meja kecil berhadapan sofa.

Semakin laju air mata Arjuna mengalir apabila teringat kata-kata Anggun sebelum Anggun bertolak ke Thailand. Betul lah...Arjuna langsung tidak layak untuk Anggun. Anggun seorang wanita yang berkerjaya. Manakala Arjuna pula hanya seorang lelaki yang bekerja di stesen minyak.

Adakah Arjuna perlu kembali ke kampung? Adakah Arjuna perlu menatap aje di rumah arwah ibu ayahnya? Adakah Arjuna perlu bekerja aje di kampung? Bekerja seperti ayahnya iaitu penoreh getah?

Arjuna langsung tidak layak berada di Kuala Lumpur itu. Ye, dia langsung tidak layak. Arjuna sudah membuat keputusan. Arjuna akan kembali ke kampung dan hidup seperti dulu kala.

Lagipun, duit gaji Arjuna tidak mampu mahu membayar bil elektrik rumah Zayan itu.

Arjuna mengesat air matanya. Arjuna bangkit dari sofa lalu Arjuna terus menuju ke tangga. Walaupun berasa perit apabila melihat Anggun sudah bahagia dengan lelaki lain, tetapi Arjuna perlu kuat untuk meneruskan hidup.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now