🆂.🅸.🅳 - 4

181 10 0
                                    

Arjuna berasa lega apabila sudah membuat laporan polis. Anggun juga turut berasa lega kerana Arjuna sudah tidak dalam bahaya lagi.

Beberapa anggota polis kini sedang menuju ke rumah Zayan untuk menangkap Zayan dan membawa ke balai.

"Bila Zayan sudah kena tangkap, awak boleh lah duduk di dalam rumah itu sementara menunggu diterima kerja. Kemungkinan Zayan akan dipenjarakan dalam masa 10 tahun." Kata Anggun kepada Arjuna.

Arjuna perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Lama juga Zayan perlu dipenjarakan. Mungkin kerana Zayan meraba alat sulitnya. Disebabkan itu lah Zayan perlu dipenjarakan bertahun-tahun.

"Sekarang ni awak nak pergi mana, Arjuna?" Soal Anggun setelah mereka berdua membolos masuk ke dalam kereta BMW.

"Awak nak pergi mana?" Soalan berbalas dengan soalan. Anggun hanya mengukir senyuman. "Saya pergi kerja aje lah lepasni. Saya tak nak tangguh kerja saya tu." Kata Anggun.

"Ouh, kalau macam tu, awak tinggalkan aje lah saya dekat dalam hutan semalam."

"Ish awak ni. Suka sangat duduk dekat tempat bersemak tu. Kalau kena patuk dengan ular macam mana?" Marah Anggun.

"Saya boleh jaga diri saya sendiri." Kata Arjuna.

"Keras kepala lah awak ni. Erm apa kata kalau saya hantar awak dekat rumah Zayan tu. Lagipun Zayan sekarang mesti dah kena tangkap kan?"

Arjuna menggaru keningnya yang tidak gatal. "Jom lah kita check dulu." Ajak Arjuna.

"Okey, jom." Anggun mula memandu menuju ke rumah Zayan yang hanya bersebelahan dengan rumahnya.

"Terima kasih, Anggun. Awak dah banyak tolong saya. Saya bersyukur sangat dapat berjumpa dengan awak. Walaupun awak kaya, tetapi awak langsung tak sombong dengan orang macam saya ni."

Anggun melepaskan tawa kecil. Senyuman bahagia terukir di bibir. "Saya pun nak ucapkan terima kasih dekat awak."

Arjuna mengerutkan kening. "Kenapa pula? Saya bukannya tolong awak apa-apa pun."

Anggun masih tersenyum. "Saya berterima kasih dekat awak sebab awak dah buatkan saya jatuh cinta."

Arjuna tergamam seketika. Arjuna memandang Anggun dengan mata tidak berkelip.

"Jom kita kahwin." Ajak Anggun.

"K..kahwin?" Arjuna seperti dilanda mimpi yang paling indah. Arjuna berasa seperti mahu..

"Eh, Arjuna!" Jerit Anggun apabila Arjuna tiba-tiba aje pengsan. Anggun melepaskan tawa kecil dengan kepala tergeleng-geleng. Haih, itu baru aku ajak kahwin, macam mana lah lepas kahwin nanti.

Sesampai sahaja di hadapan rumah Anggun, Anggun melihat beberapa anggota polis telah menggari tangan Zayan lalu mereka memasukkan Zayan ke dalam kereta polis.

Anggun memandang ke arah Arjuna yang masih tidak sedarkan diri. Anggun keluar dari kereta lalu Anggun menghampiri anggota polis itu.

"Kamu ni Anggun yang membuat report tadi kan?" Soal salah seorang anggota polis itu. Anggun menganggukkan kepala dengan senyuman.

"Macam mana dengan Zayan? Dia akan dipenjarakan 10 tahun kan?" Soal Anggun ingin kepastian. Anggota polis itu menganggukkan kepala.

"Buat masa ni, kamu suruh lah Arjuna tinggal dahulu di dalam rumah ini. Lagipun Arjuna memang tinggal satu rumah dengan Zayan kan? Jadi tidak salah kalau Arjuna tinggal di dalam rumah ini buat sementara waktu."

Anggun menganggukkan kepalanya. Anggota polis itu memberi kunci rumah Zayan kepada Anggun. Anggun mengambil kunci rumah itu lalu mengucapkan terima kasih.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now