🆂.🅸.🅳 - 17

129 8 0
                                    

THAILAND,

Anggun melabuhkan punggung di sebelah Auntie Melina yang sedang menonton televisyen. Auntie Melina hanya mengukir senyuman ke arah Anggun sebelum dia kembali menonton televisyen.

"Auntie, Anggun nak tanya ni. Tetapi Anggun minta maaf lah kalau pertanyaan Anggun ni sensitive."

"Anggun tanya aje apa-apa. Auntie tak kisah pun." Kata Auntie Melina sambil membelai rambut panjang Anggun.

"Auntie taknak cari boyfriend ke? Anggun bukannya nak menyibuk ke apa, tetapi auntie kan dah lama hidup single, tak akan lah auntie taknak cari boyfriend untuk jadikan bakal suami auntie nanti."

Auntie Melina terdiam sekejap. Auntie Melina menghela nafas kecil sebelum dia menyandarkan badannya di sofa.

"Auntie tak jumpa lagi lelaki yang boleh buatkan jantung auntie berdebar." Ujar Auntie Melina dengan anak mata memandang kaca televisyen.

"Ermm, auntie nak tak kalau Anggun carikan auntie boyfriend?" Cadang Anggun sambil menjongketkan sebelah kening. Auntie Melina melepaskan tawa kecil. Tawa kecil? Anggun tidak rasa Auntie Melina berasa lucu dengan cadangannya tadi melainkan Auntie Melina mengeluarkan tawa sinis.

"Tak perlu lah. Sepatutnya Anggun tu yang kena cari boyfriend." Kata Auntie Melina sambil menepuk perlahan bahu Anggun. Anggun mengherotkan bibirnya.

"Auntie tak rasa sunyi ke duduk sorang-sorang dekat apartment ni?" Soal Anggun, masih mahu memujuk Auntie Melina.

"Auntie dah biasa hidup sorang-sorang, Anggun. Auntie busy dengan kerja, jadi takde masa lah nak fikir fasal kahwin ni." Kata Auntie Melina. Anak matanya masih memandang kaca televisyen.

"Okey lah kalau macam tu. Anggun minta maaf kalau cadangan Anggun ni buatkan auntie terasa."

Auntie Melina menoleh ke arah Anggun. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Takpe, auntie tak terasa pun. Ermm, Anggun lapar tak? Auntie nak masak ni. Tetapi auntie masak nasi goreng aje lah."

"Anggun memang tengah lapar sekarang ni, jom lah kita masak sama-sama." Ajak Anggun sebelum dia bangun dari duduk. Auntie Melina menganggukkan kepala sebelum dia juga turut bangun dari duduk lalu mereka menuju ke dapur.

Sedang Auntie Melina menyediakan bahan, Anggun menuju ke biliknya apabila terdengar telefonnya berdering.

Auntie Melina membuka peti ais untuk melihat bahan apa lagi yang boleh dimasak bersama nasi goreng.

"Eh, ada kimchi lah. Elok juga kalau aku buat nasi goreng kimchi." Auntie Melina mengambil kimchi itu lalu dia meletakkan di atas meja.

"Anggun nak makan kimchi ke tak erh? Nak kena tanya dulu ni." Auntie Melina meninggalkan ruang dapur. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Anggun, Auntie Melina terdengar suara Anggun yang sedang bercakap.

"Nanti kau tengok-tengok lah keadaan Arjuna tu. Aku harap dia dah dapat kerja lah."

Niat Auntie Melina mahu membuka pintu, terus terbantut apabila terdengar nama Arjuna. Auntie Melina mengerutkan kening tanda curiga dengan nama Arjuna yang disebut Anggun.

Siapa Arjuna tu? Dia lelaki atau perempuan? Boyfriend Anggun ke? Tetapi Anggun kata dia takde boyfriend.

"Mesti lah rindu. Aku memang dah jatuh cinta dekat dia." Ujar Anggun lagi tanpa dia sedar bahawa Auntie Melina sedang mendengar perbualannya bersama Fetiyha.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now