🆂.🅸.🅳 - 24

121 8 0
                                    

Keesokan pagi, Anggun dan Fatin bersarapan di warung Pak Samad. Makcik Hajar tidak turut serta kerana Makcik Hajar lebih gemar bersarapan di rumah.

"Anggun, petang ni boleh dah kita gerak balik ke Kuala Lumpur." Ujar Fatin.

Anggun hanya mendiamkan diri sekejap. Rasa sayang pula mahu meninggalkan kampung ini. Erk? Rasa sayang nak tinggalkan kampung atau rasa sayang nak tinggalkan Arjuna?

"Anggun? Awak dengar tak apa yang saya cakap?" Soal Fatin apabila melihat Anggun termenung jauh.

"Dengar..dengar. Tetapi sebelum balik, saya nak jumpa seseorang dulu."

Kata-kata Anggun itu membuatkan Fatin tersenyum meleret. "Arjuna?" Teka Fatin.

Anggun tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala.

"Anggun memang cintakan Arjuna?" Soal Fatin. Anggun menggemamkan bibirnya. Roti canai yang berada di dalam pinggan itu dilenyek-lenyekkan dengan jari Anggun.

"Kalau dah jatuh cinta, kahwin lah. Saya tengok Si Arjuna tu pun macam suka dekat Anggun."

"Saya takut dia tak terima lah. Awak tahu kan perangai Arjuna tu macam mana. Nanti macam-macam alasan dia bagi." Lirih Anggun bersuara. Fatin sudah kehilangan kata. Fatin juga tahu dengan sikap Arjuna yang suka merendah diri.

"Saya harap, Anggun dengan Arjuna ada jodoh. Nama korang pun macam dah matching-matching tau. AA dan AA. Asrel Arjuna dan Anggun Aralyn. Awww, lepastu anak korang nanti mesti nama pun ada iras-iras kan?" Fatin tersenyum-senyum sambil menongkat dagu. Tiba-tiba Fatin juga terasa mahu mencari jodoh yang sama nama dengannya. Hahah!

"Ish, Fatin ni. Ini kalau Arjuna dengar, mahunya telinga dia tu merah-merah." Anggun melepaskan tawa kecil. Anggun dapat bayang pula reaksi Arjuna kalau Arjuna mendengar apa yang ditutur Fatin tadi.

"Arjuna tu, kalau blushing..mesti telinga dia bertukar warna kemerahan. Pelik-pelik aje dia tu." Ujar Fatin dengan kepala tergeleng-geleng.

"Amboi korang berdua ni. Mengumpat Arjuna ye?" Pak Samad mencelah perbualan mereka. Anggun dan Fatin terus membulatkan mata sesaat.

"Eh, pakcik. Kami bukan mengumpat. Kami cuma bercerita. Hahah!" Ujar Fatin sambil melepaskan tawa hambar. Anggun juga turut ketawa hambar supaya tidak dikantoi Pak Samad.

"Iye lah tu. Haa itu Arjuna, panjang umur."

Anggun dan Fatin terus memandang ke arah Arjuna yang baru melangkah masuk ke dalam warung Pak Samad. Anggun terus pura-pura menyibukkan diri menikmati roti canai. Fatin pula sedang menyepak-nyepak kaki Anggun di bawah meja. Anggun menjegilkan mata ke arah Fatin.

"Psstt Anggun, pergi lah bagitahu Arjuna yang awak nak kahwin dengan dia." Bisik Fatin kepada Anggun. Anggun pura-pura tidak dengar bisikan Fatin itu.

"Assalamualaikum, pakcik." Arjuna menyalam tangan Pak Samad. Memang sudah mejadi tabiat Arjuna akan bersalaman dengan orang yang lebih tua darinya.

Anak mata Anggun melirik ke arah Arjuna. Fatin hanya ketawa kecil melihat Anggun yang sedang diam-diam memandang Arjuna.

"Kamu tak bekerja ke hari ni?" Soal Pak Samad kepada Arjuna.

"Harini saya cuti, pakcik. Besok baru saya kerja." Ujar Arjuna sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Arjuna juga diam-diam memandang ke arah Anggun. Apabila anak mata mereka bertembung, mereka terus memandang ke arah lain.

"Ouh. Telinga kamu tu dah kenapa, Arjuna? Merah semacam aje." Tegur Pak Samad apabila melihat telinga Arjuna bertukar warna kemerahan. Seperti orang tengah tersipu-sipu malu aje.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now