🆂.🅸.🅳 - 6

179 8 0
                                    

Arjuna keluar dari bilik tidurnya apabila dia sudah selesai menunaikan solat asar. Arjuna menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Baru sahaja Arjuna mahu melabuhkan punggung di atas sofa, bunyi loceng mula kedengaran.

Arjuna menoleh memandang pintu ruang tamu. Arjuna menuju ke arah pintu. Arjuna dapat rasakan yang Anggun berada di luar.

Apabila Arjuna sudah membuka pintu, Arjuna tersenyum gembira. Betul lah sangkaannya.

"Awak dah habis kerja ke?" Soal Arjuna kepada Anggun.

Anggun menganggukkan kepalanya. "Selalunya saya balik lewat, tetapi hari ini saya balik awal sebab nak ajak awak keluar jalan-jalan." Kata Anggun.

"Awak nak bawa saya pergi mana?" Soal Arjuna. Anggun mengukir senyuman penuh makna.

"Saya nak bawa awak pergi.....shopping!!" Anggun berkata dengan nada teruja sambil menepuk-nepuk tangannya seperti tidak sabar mahu keluar shopping bersama Arjuna. Macam Arjuna pula yang ajak Anggun pergi shopping.

"Tetapi saya takde apa-apa nak beli." Kata Arjuna sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Alah, nanti bila awak dah sampai sana, awak tahu lah apa yang awak nak beli."

Arjuna menggelengkan kepalanya. "Tak nak lah. Lagipun tak manis lah kalau kita keluar berdua."

Anggun menjongketkan sebelah keningnya. "Siapa kata kita kena keluar berdua?" Soal Anggun sambil mencekak pinggang.

Arjuna mengerutkan kening tanda tidak faham.

"Fetiyha dan Faiq pun ikut sekali tau!" Kata Anggun dengan kedua belah kening terjongket-jongket.

"Ouh, tetapi saya tetap tak nak keluar sebab saya nak jimat duit." Arjuna masih menolak ajakan Anggun.

"Takpe, saya boleh belanja awak."

"Tak nak. Awak dah banyak tolong saya. Saya rasa serba salah.." Arjuna menggelengkan kepalanya.

"Ish, awak ni degil lah. Saya heret awak masuk kereta karang!" Anggun mendengus geram sebelum dia berlalu dari situ.

Arjuna tergamam apabila Anggun seperti marah kepadanya. Arjuna terus mengejar langkah Anggun. Arjuna tidak mahu Anggun merajuk dengannya.

"Anggun!" Arjuna menghalang Anggun dari terus berjalan. Anggun terhenti dari melangkah apabila Arjuna berdiri di hadapannya.

Anggun mengesat air matanya dengan kasar. Anggun tidak mahu Arjuna perasan yang Anggun sedang menangis. Anggun pun tidak tahu lah mengapa hari ini Anggun cengeng sangat. Tanda-tanda nak period agaknya.

"Anggun, saya minta maaf. Saya bukannya tak nak keluar dengan awak, tetapi saya tak nak susahkan awak. Saya tak nak awak bazirkan duit awak dengan belanja saya." Kata Arjuna dengan nada suara kedengaran lirih.

Anggun mendongak sedikit untuk memandang wajah Arjuna. Jelas wajah itu terpampang resah.

"Faham." Hanya itu yang dibalas Anggun sebelum Anggun terus beredar dari situ. Arjuna buntu seketika. Arjuna tidak pandai memujuk perempuan. Arjuna tidak tahu mahu membuat apa sekarang ini.

Anggun membolos masuk ke dalam kereta BMW milik Fetiyha di bahagian penumpang.

"Eh Anggun, kenapa kau menangis ni? Mana Arjuna?" Soal Fetiyha dengan nada risau. Faiq yang duduk di bahagian seat belakang, turut tertanya-tanya.

Anggun menghamburkan tangisannya dengan bahu terenjut-enjut. Anggun menekup mukanya menggunakan kedua belah tapak tangan.

"Anggun, kau jangan buat aku risau. Kenapa kau menangis ni?" Fetiyha memeluk bahu Anggun lalu menepuk-nepuk perlahan bahu Anggun.

[C] Mrs.Asrel Arjuna "Sempurna Itu Dia"Where stories live. Discover now