𝟏𝟗 𝓓𝓻𝓸𝓹

Start from the beginning
                                    

Dia hanya diam sepanjang aku cerita dan membebel seorang diri. Aku bercakap hingga tercerita tentang benda yang aku lalui dalam rumah itu. Sampai kering air liur aku bercakap punya pasal.

Zafriel hulurkan segelas cawan. Aku dan dia tidak berkata apa-apa sehingga William masuk ke dalam wad. Dia berhenti ketika melihat mata aku yang merah dan Zafriel yang tiada perasaan. "Tuan Irwan buat Navier menangis ke?! Tuan Irwan ni jahat!"

William menepuk kuat belakang Zafriel. Kadang tertanya, tak risau kena pecat ke dia ni? Rasa macam selalu je nampak dia pukul Zafriel. Ke bayangan aku je ni? "Kau kan... aku nak ugut pecat kau pun tak boleh... Apa yang kau suka sangat dekat Raja ni pun aku tak tahu." Zafriel bangun dan keluar dari wad.

William duduk di kerusi pelawat lalu menghulurkan tisu. "Tak gentleman langsungkan dia tu. Dah buat Navier nangis tak pujuk." William menyilang tangan ke dada. Dia mengeluh dan geleng kepala. "Ehh awak salah faham ni William. Bukan Zafriel yang buat saya nangis, saya cuma cerita benda sedih je. Bukan salah Zafriel pun."

William masih menidakkan apa yang aku kata. Rasa macam buat salah tapi tak buat. Guilty for absolute no reason. Aku keluar hospital selepas mendapat pengesahan doktor. Zafriel tidak beritahu ke Encik Fazeel kerana tahu yang dia akan pergi ke Qistina. Untuk buat apa, aku tak tahu.

Zafriel cuma kata yang satu atau dua gigi palsu Qistina tu akan hilang. Mana dia tahu Qistina ada gigi palsu pun aku tak pasti. Jadi aku perlu tidur di hotel yang tidak ada kaitan dengan Encik Fazeel untuk sementara waktu sehingga pembalut di kepala boleh dibuka.

Dan pilihannya adalah hotel kepunyaan ayah sedara Safrina. Adik Qistina Aulia, Khairul Izmi. Aku tidak beberapa rapat dengan dia kerana jarang bertemu tapi beza sungguh kelakuan dia dengan kakaknya. Sedikit berhati lembut.

Zafriel membawa aku membeli baju dulu sebelum hantar ke hotel ini. Winter diarahkan untuk balik ke rumah. Jika Encik Fazeel tanya aku hilang ke mana, cakap je aku pergi tidur rumah Elara.

Aku check in di lobi hotel. Ketika check in, anak pengasas syarikat itu sedang berlega di ruang lobi. Ha yang ni aku kenal. Tapi memang tak ngam. Sewaktu majlis perkahwinan Safrina pun dia sengih dan pandang aku dengan mata yang keji.

Nak kena korek kut biji mata tu. Kalau bapaknya Khairul Izmi, anaknya pulak Kazim Ilias. Nama sedap tapi perangai, mashaallah... "Hai Navier. Asal kau ada dekat sini? Kau ada duit ke nak bayar hotel daddy aku ni?"

›♡‹

Pelayan di kaunter pertanyaan itu teragak-agak untuk meletakkan bank di tempat pembayaran. Kazim merampas kad itu lalu mematahkannya. Berani gila, dahla tuan empunya kad ni ada je dekat lobi ni. Aku toleh ke arah Zafriel yang sedang menghirup secawan kopi. Tajam dia pandang Kazim.

Matilah kau nak. Zafriel masak kau. Jadi daging burger dia.

Kazim mentonyoh kepala aku dengan kuat. "Kenapa tak nangis? Aku patahkan kad kau yang tak ada duit ni kut. Aku risau, takut perempuan ni nak slide kad kau tiba-tiba kena decline. Sebab duit tak cukup. Kesian kau. Perempuan murahan."

Tangan yang terasa ringan ini terbang dan jumpa sasaran dia di muka Kazim. Pelayan di kaunter pertanyaan itu terkejut. Tapi dalam diam, dia tunjuk ibu jari dekat aku. Kazim memegang pipi yang ditamparnya. "Patutlah Safrina kata tangan kau ni bisa. Pandai tampar orang dah eh."

Dia tersenyum sinis. Pada waktu itu pula, Qistina serta adiknya masuk ke dalam hotel. Pakcik Khairul datang ke arah kami dan tolak aku dari anaknya. Kondisi Kazim diperiksa.

Dari hujung mata, boleh nampak yang Qistina sedang senyum dengan tangan di mulut.

"Apa yang kamu dah buat dekat Kazim Navier! Merah pipi anak pakcik!" dia melihat kepala aku yang berbalut dan menukar nadanya. "Kad siapa ni?" Pakcik Khairul tanya kepada pelayan kaunter. Dia tunjuk jari ke aku.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now