14# gerimis, comedic timing

44 4 7
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Iqbal hilang arah. Tak tahu hala mahu dituju.

Iqbal dah bagitahu Mama yang harini dia balik lewat sebab ada latihan dengan Narwa, andai kata dia balik sekarang pasti ditanya apa yang jadi. Mama dahlah sibuk kepoh kenenkan dia dengan Narwa, mesti kalau Iqbal terang apa yang jadi, Mama akan cuba bela Narwa. Dan dia malas nak hadap semua itu.

Jadi pilihan yang tinggal cuma situ.

Iqbal hayun kaki menuju ke Blok B-2. Makin dia mendekat, langit mulai mendung. Tak terlalu gelap, tak terlalu terang. Badannya terasa bahang petang, mula dipeluk sejuk. Titisan hujan ringan mulai turun. Justeru begitu rasa bara yang membakar dirinya pudar perlahan-lahan ditempa gerimis yang renyai-renyai.

Selalu begitu.

Bilamana dia dengan Zaid, gerimis mulai turun.

Sampaikan Iqbal sendiri jadikan ia petanda andai kata Zaid ada berdekatan. Merepek, tetapi ia masuk akal. Dunia dengan Zaid sentiasa tak keterlaluan. Tak panas, tak sejuk. Sedang-sedang. Hanya di tengah-tengah.

"Ohoy," Iqbal menyapa Zaid yang sedang bersila di tengah-tengah kelas, menyiapkan props yang ada. Zaid angkat muka, dan dia terus tersenyum lebar sebaik saja nampak Iqbal.

"Ohoy." Zaid angkat tangan membalas.

Iqbal tak cakap banyak, terus rebah ke lantai simen. Bersebelahan dengan Zaid. Dia regangkan badan sambil mengerang kuat macam bapak-bapak. Dibuat lantai keras itu seumpama tilam empuknya di rumah.

"Baju kau kotor nanti." pesan Zaid, tangannya ralit mengecat potongan cardboard yang dibentuk seperti semak. Iqbal pusing muka menghadap syiling, membetulkan posisinya.

"Aku ada baju lain." jawap Iqbal. Dia pusing badannya lagi, baring mengereng menghadap Zaid. Kepalanya ditopang guna tangan. Matanya terus jatuh pada 3 kanvas lukisan tersusun elok di belakang kelas.

Kanvas pertama diisi pokok rentung di hujung tebing.

Kanvas kedua dilakar anjing menyalak pada belon terbang.

Kanvas ketiga pula sebiji epal yang dipacak dengan berus nipis.

"Series Protanopia dah siap ke?" tanya Iqbal, terus menjuih bibir ke semua lukisan yang disusun berbaris di belakang kelas. Zaid mengerling sekilas, sebelum menggeleng.

"Taklah. Tinggal satu lagi."

"Asal? Memang kena ada empat ke baru boleh consider as a series?"

"Kan sunnah ada bini empat."

Dahi Iqbal berkerut. Zaid pulak tersenyum simpul.

"Kaitan? Kau nak kata lukisan kau ni bini kau?" Zaid jongket bahu.

"Lebih kurang. My most cherished memories take forms as my art. Pokok tu selalu jadi penanda arah bila aku daki bukit kat kampung dengan arwah atuk aku, tanda dah nak sampai puncak." Zaid halakan berus yang diguna ke kanvas pertama.

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now