13# the kiss of judas

33 3 6
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Pejam celik, pejam celik. Mc yang diambil Iqbal pun tamat.

Iqbal kembali ke sekolah seminggu kemudian, secara tak langsung dibenarkan untuk mengikuti latihan theatre Sang Kelembai. Jujur dia sebenarnya teruja. Dah lama dia tak merasa nikmatnya bertapak di atas stage, bekerja dalam kelompok manusia dengan satu halatuju; untuk hiburkan. 

Narwa bagitahu latihan mereka diadakan di dewan tertutup sekolah. Entah macam mana diorang dapat permission tak tahu, tapi Narwa kan? Apa yang dia nak buat, semua jadi. 

Iqbal melepasi koridor Blok Sains & Kemanusiaan, menuju terus ke dewan tertutup yang diletak di tingkat 2 blok tersebut. Maklumlah, sekolah kerajaan. Nama je dewan, tapi hakikatnya cuma barisan empat kelas kosong yang dilipat dinding kayunya supaya jadi luas.

"Aip!! Buat betul-betul, buat betul-betul!! Nanti ada gak aku baling guna kerusi!" Dari tangga lagi dia terdengar riuh rendah gelak tawa manusia ditenggelami suara Narwa jelas mengarah sana sini. Iqbal terus tersengih. Mujur lah tu member sendiri. 

"Alah, rileklah wa. Nanti marah-marah cepat tua." 

Iqbal terhenti.

Dia kenal suara itu.

Perlahan-lahan dia melirik ke dinding yang memisahkan tangga dan dewan itu. Nafasnya ditahan, lututnya terketar. Hanya tinggal beberapa tapak saja dia tinggal sebelum sampai ke dewan, namun kaki dia terus terpasak ke lantai. Tak, takkan lah. Narwa takkan biarkan makhluk tu jejak ke sini. 

Belum sempat Iqbal cerna apa yang berlaku, ada seorang lelaki sudah melangkah keluar dari dewan itu dengan dikepit cardboard pada celah ketiak. Mata mereka bertembung, dan ianya Zaid. 

Wajah Zaid berubah tatkala melihat Iqbal. 

"Bal, kau datang?" Zaid kelihatan terkejut, cardboard terus dilepas ke tanah. Dia mengerling ke dalam dewan itu semula mencapai bahu Iqbal, "Kejap, Bal. Kau takleh masuk lagi, nanti-" 

Pap! Iqbal menepis tangan Zaid. 

"Apa syaitan tu buat kat sini?" mendatar Iqbal bertanya, dia berikan jelingan tajam kepada Zaid. Zaid pula terkesima dengan tindakannya. Nafas Iqbal bergolak. Peluh dia mula zahir di dahi. Ya, Iqbal takut, dan Zaid perasan semua benda itu.

"Bal, aku pun tak tahu. Bukan aku yang pilih. Narwa, dia-" 

"Narwa yang bagi syaitan tu datang sini? Narwa?" Iqbal bertanya penuh tak sangka. Suaranya jelas terketar, tak tahu samada kerana marah, takut, atau keliru. Jiwanya berkecamuk. Zaid bagi pandangan penuh simpati. 

"Bal, bertenang dulu-" 

"Jap, aku nak keluar gi mesin gedebush- eh? Fuyoooo! The star of the show kita dah sampai!" kedua Iqbal dan Zaid menoleh. Tak kejauhan daripada mereka ada seorang pelajar lelaki tinggi lampai, seragam sekolahnya sudah hilang entah ke mana, yang tinggal cuma sleeveless jersey dipakainya. 

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now