8# wujud, masuk kandang

33 6 2
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Sunyi.

Dunia seakan berhenti.

Iqbal pandang Narwa sejenak.

Sebelum ketawanya terus meledak. Tertunduk-tunduk lelaki itu dibuatnya, menekan perutnya yang sakit kerana ketawa. Narwa memandang kawannya itu dengan riak terkejut, tak tahu apa yang jenaka.

" Hah.. adeh, sakit perut aku gelak.. aku dah faham. Korang dua sepakat, kan? Nak kenakan aku? Eh sampah lah prank korang ni! Zaid! Mana kau Zaid? " Iqbal lagi sekali menonong ke tengah padang. Melaung nama 'Zaid' tak sudah-sudah manakala Narwa setia mengikut dari belakang.

" Bal, Bal, Bal, seriously, you're freaking me out. Zaid mana kau cakap ni? " tangan Iqbal dikaut namun Iqbal terus menepis tangan Narwa.

" Zaid, Narwa!! ZAID IQRAM!! Mamat yang kau kutuk dia 'fuckboy'! Mamat yang pandai lukis!! Mamat tu save contact kau guna emoji love-love bodoh tu, mamat yang minat kat kau!! " Iqbal meledak. Mukanya bertukar bengis, nafasnya berombak. Dia memandang Narwa dengan penuh amarah.

Narwa terdiam.

Tak tahu apa nak dikata.

" Puas hati kau, Zaid?! Aku dah siap confess untuk kau dah, jadi keluar!! Keluar sekarang!!" laung Iqbal lagi di tengah-tengah padang.

" Iqbal? "

Iqbal tersentak.

Suara Zaid.

Iqbal terus berpaling, dan dalam sekelip mata, dia kembali dalam longgokan lembu-lembu itu semula. Aroma bau tahi lembu dan cat minyak itu kembali ke hidung Iqbal. Lantas tubuh-tubuh lembu itu disentuh.

Bulu yang mengeras dek cat yang mengering.

Kasar, lembut, melekit.

Dan wujud.

" Iqbal!! Mana kau?! "

Suara Zaid bergema lagi. Tapi ada yang tak kena. Suara Zaid bergema dalam kepala Iqbal, dan bukannya gegendang telinga. Tak ubah seperti suara monolognya sendiri.

" Zaid!! " Iqbal menyahut. Dia lagi sekali menyelit antara lembu-lembu itu, mencari di mana kawannya berada.

" Iqbal?! "

" Zaid..? "

Iqbal jumpa Zaid. Berdiri di depannya kini susuk kawannya yang dicari tadi. Dia menapak ke kawannya itu.

" Eh, tak lawak lah setan! Kau kat mana?! "

Tapi Zaid tak jumpa Iqbal.

Baru saja Iqbal mahu tepuk bahu Zaid, pandangannya berpinar. Degupan jantungnya menurun mendadak. Isi perutnya terasa berbolak balik, seumpama menjunam turun dari bukit.

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now