12# aku gay, deja vu

34 6 3
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

"Tumpang tanya, tok? Hamba datang dari kampung di pinggiran sana, hajat mahu bertemu Sang Kelembai. Di mana dia?" lantang suara Iqbal melontar dialog di tengah-tengah bilik. Tengok skrip pun tidak dek kerana dia sudah berjaya hafalkan semuanya semalam.

Nak dijadikan cerita, result audition itu dah keluar malam tadi. Iqbal dapat watak utama sebagai Manusia padahal tak pergi pun audition ( pakai kabel Narwa of course ). Hakikatnya Narwa memang dah janjikan watak tu dibuat khas untuk Iqbal, jadi Iqbal pun 'nak tak nak' terima je.

Zaid pula datang ke rumah dia hari ini dengan niat mahu siapkan props, tetapi tersangkut pulak kena tolong Iqbal berdialog. Dan secara tak langsung, menunjukkan bakat dia yang harus kekal dipendam.

"Mu- Mutu.. eh bukan. Mulu saja.. kau ganggu tidurku. A- Apa yang kau mahu sepetang ini baru mencari.." ayat Zaid tergantung. Iqbal kerling pada Zaid untuk tengok apa yang lama sangat, rupanya mamat tu tengah struggle nak selak next page. Jari telunjuk dijilat dan barulah mukasurat itu diselak.

".. aku." Zaid habiskan dialog Gergasi itu lepas seminit Iqbal tunggu.

"Begini, Tok. Hamba mahu bernikah lagi 2 hari. Niat hamba bertandang ke sini, hanya untuk meminjam sekeping dua pinggan mangkuk jika ada. Itupun kalau Tok tak keberatan mahu memberi." Iqbal laju masuk ke dialog seterusnya.

"Berapa yang kau mahu?"

"Oh, tidaklah sebanyak mana, tok. Cuma 35 pinggan dan 35 mangkuk sahaja."

Senyap.

Tak bersambut.

"Zaid, sebutlah line kau."

"Tapi next line ni line Gergasi."

"Yelah, kau ni! Kan aku dah kata kau baca semua selain daripada part Manusia?" marah Iqbal. Apa ke lembap kawan dia yang seorang ni?

"Oh, okay, okay. Ulang balik." Zaid angkat tangan buat simbol 'O-K'.

"Oh, tidaklah sebanyak mana, tok. Cuma 35 pinggan dan 35 mangkuk sahaja." tona yang sama, gestur yang sama. Iqbal mengulang tayang lontaran skripnya tadi.

"Gergasi, buka kurungan, masuk ke gua, tutup kurungan-"

"Tak payah lah baca parenthetical tu sekali, ya Allah.." Iqbal terus rebah ke katil. Muka dibenam terus ke dalam tilam. Dia mengibas-ngibas kakinya tak puas hati. Apalah dosa dia dapat member gini?

"Kata baca semua?" Iqbal angkat muka dari tilam. Dia pandang muka Zaid untuk tengok samada mamat tu betul-betul confuse ataupun sekadar sarkatis. Zaid kelip mata dua kali. Hmm, sahlah bangang.

".. tak apalah, Zaid. Terima kasih jelah. Nanti malam aku face call dengan Narwa." Iqbal mengalah. Betullah Allah itu adil. Muka hensem, pandai lukis, tapi otak dua suku. Jadilah.

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now