18

185 18 9
                                    

"Abang..."

"Yes, my love?" Laju sahaja ayat itu terpacul dari bibir Gutt. Langsung tidak kekok untuk memanggil isterinya dengan panggilan manja.

Zuhaira tersenyum. "Um... saya tertanya... awak tak nak zuriat ke?"

Gutt jeda. Riaknya seperti sedang terfikir akan sesuatu dengan bibirnya digerak-gerakan. Kakinya yang sedang berjalan turut terhenti.

Tawa kecil terlepas. Geli hati melihat reaksi si suami yang sedang berfikir panjang. Apalah yang dia tengah fikir agaknya? Soalan tu bukannya soalan rocket science.

Bayu yang menghembus lembut ke arah mereka berdua dihayati. Walaupun begitu, bayu itu langsung tidak dipedulikan oleh Megat yang sedang ralit berfikir.

"Sejujur, jujur, jujur, jujurnya, memang abang nak. But I do not want you to risk yourself to get pregnant again." Wajah manis isterinya dipandang. "After all, you're almost 50. Risiko tu tinggi."

"Oh..." Zuhaira sedikit terkejut. Tak sangka jawapan itu yang keluar dari mulut suaminya.

"Kenapa? Juju nak anak ke?"

"Bukan..." Zuhaira tarik senyum. "Saja tanya. Manalah tahu, kut-kut abang nak zuriat yang datang dari kita berdua?"

"Tak apa." Gutt menggeleng. Tangan isterinya dicapai dan digenggam. Aktiviti berjalan petang diteruskan. "Amanina anak abang juga. Jadi, abang tak kisah sangat. After all, I have so~ many children from around the world. Pengalaman jadi bapa tu pun abang dah rasa. So I think, it should be okay for me to not have my own bloodline."

"Betul ni?" soal Zuhaira, meminta kepastian. Kagum juga dia dengan sifat optimis suaminya.

"Betul. Tapi misal kata, Allah kurniakan kita rezeki..." isterinya di sebelah ditatap. Senyuman bak sinaran suria diukirkan ke wajah tampannya. "Abang akan cherish anak kita. I'll make sure that they'll have a good life."

Zing!

Zuhaira terpana. Sungguh, hatinya begitu tersentuh dengan keikhlasan suaminya. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibir itu benar-benar kedengaran ikhlas. Megat. Satu-satunya manusia yang tidak pernah membuatkan dia begitu kagum dengan mana-mana manusia. Suaminya lain daripada yang lain!

Zuhaira tertunduk. Bibir bawah dikemam ketat. Ah... kenapa tiba-tiba rasa macam nak menangis pula ni~?!

"Sayang? Sayang okey?"

Muka diangkat. Warna merah menghiasa wajah jelita itu. Kepala mengangguk kecil. "Saya okey. Cuma..."

"Cuma?" Gutt menunggu setia.

"Saya... saya mengandung..."

"Eh?"

.

Gutt kejung. Muka isterinya dipandang dengan riak kosong.

.

Zuhaira tertunduk semula. Malu untuk bersemuka dengan suaminya.

.

"Alhamdulillah~!" Spontan tangannya ditadah ke langit. Doa, dan tahmid tidak berhenti dilafazkan berkali-kali. Orang yang lalu lalang di sekeliling mereka langsung tidak diendahkan. "Rezeki kita!"

Zuhaira yang masih tertunduk menangguk-angguk. Gembira dan risau bercampur. Tak tahu bagaimana hendak menangani perasaan itu semasa dia mula-mula mengetahui tentang berita itu. "Abang..."

"Sayang?" Isterinya dipandang dengan teruja.

"Saya sebenarnya..."

"Apa dia? Apa dia?"

"Lega sangat bila dah bagi tahu abang. Sebab sejujurnya, saya risau. Lagi-lagi macam abang cakap tadilah, umur kita dah makin tua. So-"

"Shh!" Laju kata-kata isterinya dicantas dengan meletakkan telunjuk dan jari hantunya pada bibir Zuhaira. "Jangan risau. Abang ada dengan Zu. Kita lalui benda ni sama-sama. Kalau Zu sakit, abang akan rasa sekali sakit tu. Jangan risau. Okey?" mata memandang tepat pada iris gelap isterinya. Riaknya penuh dengan kesungguhan.

Zuhaira angguk.

"That's my zaujah." Gutt tayang taringnya. "You are strong. I knew it. Jangan cepat mengalah."

Akhirnya, riak risau Zuhaira berubah ceria. Senyuman dikuntum. "Um!"

Aktiviti berjalan petang diteruskan semula. Kali ini dengan tangan berpegangan sambil bergoyang-goyang.

"Tapi kelakarlah nanti..."

"Hm?" Gutt pandang Zuhaira.

"Arfa ada makcik lagi muda dari dia..." Zuhaira tertawa.

Tawa Gutt meletus. "That's how family tree works. Especially in Asian culture. Tak ada yang pelik. Jangan risau. By the way, Nina dah tahu?"

"Dah. Dia happy dia akan dapat adik. Tapi at the same time, dia risau juga. Dia risau pasal umi dia."

"Patutnya umi dia, biar baba yang risaukan," tutur Gutt dengan tawa bersisa. "Tapi nak buat macam mana. Kalau dah nama darah daging, nak elakkan diri dari rasa risau pun tak boleh. Betul?"

"Betul."

"Dah, jom. You need to rest. Nanti umi penat, baby baba pun penat." Tangan isterinya ditarik ke arah tempat letak kereta. Dia mahu isterinya berehat. Lagi-lagi bila umur mereka semakin meningkat. Another 10 years, I'll be warga emas... but nah... I don't care. Hahaha. Age is just a number and health is wealth. Kesihatan kena jaga.

"We'll get through this together, habibti," tutur Gutt lembut seraya menutup pintu belah penumpang.

Perjalanan pulang ke rumah diteruskan dengan senyuman lebar yang tidak pernah lekang dari wajah kedua pasangan itu. 

___________________________________________

Gutt suka~ bagi nickname dekat orang. Entah berapa banyak tah panggilan yang dia bagi dekat Zuhaira. 

Zuhaira, Juju, Sayang, Habibti, My Love, Zaujah. 

Kalau Gutt dalam Melodi, sebelum dia kahwin dgn Zuhaira, dia suka main2 salah sebut nama Zuhaira sbb nak tarik perhatian Zuhaira. Sbg contoh, Zuhrah, Zubaidah, Zuhal, Zuhairi, Zamani. AHAHAHHAHAHAHHAHAHA

AdagioTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon