16

254 25 22
                                    

Merah di wajah semakin pekat. Wajah jejaka yang kelihatan kian kacak di matanya pula semakin mendekat. Sekali dengan seringai luas sehingga menampakkan taringnya.

Comelnya! Maskulin pula tu! Jerit hati Zuhaira denagn kuat. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mencubit dengan menggoyang-goyangkan kepala suaminya dengan kuat. Tapi bila ikut logik pula, mustahil dia dapat buat begitu. Kalau betul dia buat, tak pasal pipi dia jadi mangsa bibir Megat.

"Zu. Hai. Ra," setiap suku kata disebut berselang henti dengan suku kata 'Ra' itu kedengaran sangat ceria. Senyuman itu tak pernah langsung pudar dari wajah sehinggakan garisan senyum mula kelihatan di wajah tampan itu. "Sini dekat abang."

"Tak mau."

"Kenapa tak mau?"

"Awak tak mandi lagi."

"Eh?" senyuman Gutt kaku. Matanya tiada riak. Spontan lengan diangkat sambil ketiaknya dicium. "Am I that smelly? Abang bau masham eh?"

Tak~! Megat~ Bau awak paling wangi, awak tahu tak~?! Perlahan kepala menggeleng, menidakkan kenyataan Megat. "Y-You smell nice. Bau awak ok je."

"Kalau macam tu, hug me first, then I'll take a bath." Tangan mendepang mempelawa isterinya untuk berdakapan.

"Megat..." keluhan terlepas kecil. "Bukan saya tak nak peluk. Saya nak sangat peluk awak tapi ni..." tangan mengurut lutut. Dia tersengih. "Saya nak gerak pun susah, macam mana saya nak datang dekat awak?"

Gutt melopong dengan mulut berbentuk 'o'. Terus lupa tentang keadaan isterinya sekarang. Gutt mule tersedar. Wajahnya yang kosong tadi mula berubah corak. "Abang minta maaf~!"

Zuhaira ketawa sehingga terhincut-hincut bahunya. "It's okay. Kadang-kadang saya pun lupa saya dah tak ada kaki."

Gutt laju bergerak ke depan Zuhaira yang masih duduk di birai katil. Dia melutut sambil mendongak. Matanya basah. "Mesti Juju rindu nak berjalan kan?"

Sekali lagi Zuhaira ketawa. Geli hati benar mendengar kenyataan yang kedengaran sangat kebudak-budakkan keluar dari mulu suaminya. "Bukan setakat berjalan, saya rindu nak berlari, melompat, memanjat. Bila dah tak ada kaki ni, baru saya rasa menyesal sebab tak suka keluar berjalan dulu."

Tangan Zuhaira diambil dan dikucup-kucup sebelum dia mendongak sambil menjuih bibir. Riak di wajah pula tertampal corak kesian. Comel sangat rupanya. "If only I can do something for you..."

Zuhaira senyum.

"If only I can do something for you..." ayat sama berulang.

Zuhaira pelik. Kenapa dia ulang ayat sama?

"If only... I can do something...?" Sekali lagi ayat sama berulang. Kali ini, wajahnya seperti sedar akan sesuatu.

"Of course I can do something!" teriak Gutt dengan ceria. Tangan Zuhaira terus dikucup banyak kali, melepaskan semua keterujaan dalam kucupan itu. "Thank you, Juju! Abang dah dapat idea!"

"Idea apa?" Zuhaira tersengih. Macam-macamlah dia ni. Hyper betul.

"Adalah~ Ni surprise abang untuk Juju and this will be my next project." Muka Gutt penuh dengan helah. Dia tersenyum penuh makna. "You will be happy with my present. Tunggu."

"Bila saya boleh dapat hadiah tu?"

"Hmm..." Janggut kemuasnya dikuis-kuis. "Give me three month. Lagi tiga bulan, abang bagi hadiah tu."

"Saya tak sabar nak hadiah tu," tutur Zuhaira dengan senyuman lebar. Tangan tanpa sedar meraup wajah suaminya. Tak tahu kenapa, dia merasakan bahawa Megat lah lelaki paling comel yang dia pernah jumpa. Bukan setakat itu, malahan, Megat juga lelaki paling maskulin yang dia pernah bertemu.

AdagioWhere stories live. Discover now