8

161 13 8
                                    

Tujuh tahun berlalu.

"Umi," Nina memanggil uminya.

"Hm?"

"Nina ada good news. Cuba teka good news tu."

Zuhaira memandang anaknya. Kening berkerut kecil, sambil riaknya bercorak tertanya. "Hm... Nina dapat intern dekat tempat best?"

Nina mengangguk laju macam belatuk. Mukanya teruja sangat. "Mana umi tahu?"

"Sebab Nina kata Nina ada apply kat tempat yang Nina nak. Sebab tu umi teka yang itu," tutur Zuhaira denagn senyuman lembut. Turut berbangga dengan khabar berita itu. "Bila mula?"

"Minggu depan, hari Isnin."

"Tahniah, anak umi. Nanti dah mula intern tu, buat kerja betul-betul tau."

"Semestinya!"

* * *

"Macam mana first day kerja? Okey tak?" soal Zuhaira denagn teruja. Tak sabar nak dengar cerita tentang hari pertama anaknya sebagai staf praktikal di salah sebuah syarikat yang dia mahukan. Namun, perasaan sedih juga turut terasa apabila mengenangkan yang anaknya telah pun menginjak dewasa. Anak umi dah besar... dah boleh kahwin dah pun...

"Okey sangat, umi!" Wajah Nina bercahaya. Tubuhnya tegak, bersedia untuk bercerita tentang hari pertamanya sebagai pelajar latihan industri. "Ofis dia cantik, collegue semua peramah, tak kedekut ilmu, CEO dia pulak, umph!" Nina angkat kedua ibu jarinya. "Handsome! Nasib baik dia dah kahwin. Kalau belum, memang Nina kenalkan dia dekat umi."

Laju Zuhaira mengoleng mata ke belakang. Orang pergi kerja untuk kerja, timba pengalaman. Bukannya sibuk jadi cupid, cari jodoh untuk orang lain. "Orang masuk ofis, buat kerja. Bukannya sibuk tengok bos tu handsome ke tak."

Nina menyengih. Tangan uminya diurut-urut dengan sengaja, mahu mengurangkan perasaan jengkel umi terhadap dirinya. "Tapikan, bos tu letak Nina under lagi satu bos. Cumanya bos tu tak masuk lagi tadi. Dia outstation. Esok baru dia masuk. Tak silap Nina, CEO tu ada cakap yang bos sebenar Nina tu yang request nak sorang assistant. So, dia letak Nina under bos lagi satu tu."

"Kerja assistant buat apa je?" soal Zuhaira dengan senyum kecil. Karang, tak pasal-pasal anak beranak sama-sama jadi pembantu peribadi. "Jangan kata kerja macam umi?"

"Tak juga. Masa mula-mula masuk tu, CEO panggil jumpa dia. Masa tu lah Nina borak, tanya macam-macam. Bos dia tu baik. Muka je garang, tapi dia tak sombong. Nina tanya, kerja Nina kena buat apa je. Dia jawab, Nina kena tolong apa je yang bos lagi sorang tu suruh. Tapi paling best kan, 'mi, working hour dia sangat fixed. Masuk tepat 8.30, balik tepat 5.30. Best gila!"

Senyuman Zuhaira tidak pernah pudar. Malahan, senyumannya semakin melebar apabila mendengar dan melihat anaknya bercerita dengan bersungguh tentang pengalaman bekerjanya. Dia pula yang terasa bersemangat untuk meneruskan kerjanya esok. "Lelaki ke perempuan bos Nina tu?"

"Lelaki."

"Ha, kalau lelaki, kena berhati-hati. Kalau dia suruh tolong buat kerja yang luar dari skop kerja, jangan tolong."

"Semestinya. Nanti Nina sendiri yang marah dia kalau dia berani buat macam tu," seloroh Nina dengan muka bangga. Ini Nina lah! Dia dibesarkan oleh ibu tunggal dari kecil lagi. Semestinya dirinya seorang yang kental dengan keras. Takkan mudah dilenturkan mengikut kehendak orang.

Zuhaira ketawa kecil. Bangga dengan anak tunggalnya.

"Umi..." perlahan Nina memanggil setelah keadaan menjadi sunyi. "Boleh... Nina tanya?"

"Pasal kahwinlah tu?" Laju Zuhaira menduga. Kenal benar dengan perangai anaknya yang acap kali menyoalnya tentang topik kahwin.

Nina tersengih dengan riak bersalah. Dia angguk.

AdagioWhere stories live. Discover now