14

215 23 11
                                    

Wajah pucat yang sedang lena di atas katil sakit itu ditenung lama. Sayu hati melihat wajah itu. Pucat, penat dan sedih. Buntu memikirkan cara untuk menceriakan hati wanita itu setelah dia jaga dari lena.

Nafas ditarik dalam. Tubuh yang duduk membongkok sambil lengan menongkat badan pada lutut diluruskan. Kedua-dua belah tangan meraup seluruh muka hingga ke belakang kepala. Istighfar turut terucap di bibir.

"Assalamualaikum, Encik Megat," suara lunak memanggil.

Gutt memaling. Senyum kecil dikuntum. Terus dia berdiri dari dudukannya. "Nina... Waalaikumussalam."

Nina tersenyum. Namun intonasi sedih masih jelas dalam senyuman itu. "Selamat pulang ke tanah air."

"Terima kasih."

"Siapa yang jemput Encik Megat?"

"Encik Mad. Saya datang dengan dia tadi. Dia baru je balik." Kerusi ditolak ke arah Nina. "Duduklah. Penat ibu ni kena berdiri."

Nina tersengih. Pelawaan Encgik Megat terus diterima. Kerusi tadi ditarik dan dilabuhkan punggungnya. Kalau bukan kerana perutnya yang sudah berisi, mungkin dia akan menolak pelawaan Encik Megat. Sekarang dah berbadan dua, nak tak nak, keselamatan dan keselesaan diri perlu diutamakan.

"Tahniah, Nina. Saya pun baru tahu dari Encik Mad yang awal dah kahwin." Gutt tayang senyum ikhlas. "And congrats on your first child."

"Thank you, Encik Megat. Saya sedih jugak lah, encik takde. Baru je nak kenalkan dekat keluarga laki saya yang encik ni bapak angkat saya," gurau Nina senada. "Tapi nak buat macam mana... tak ada rezeki."

Senyuman Gutt pudar. Mula terasa bersalah kerana tiada bersama Nina dan Zuhaira ketika waktu itu. "I'm... sorry..."

"Bukan salah Encik Megat lah. Leklah." Nina menyeringai. "Saya gurau je tu."

Keadaan kembali hening dengan masing-masing termenung sayu memandang wanita separuh abad yang masih tidur itu.

"Umi... macam mana keadaan dia...?" soal Gutt teragak-agak. Rasa bersalah mahu bertanya soalan yang agak jelas itu.

"Macam itulah... bila bangun, dia termenung. Bila saya ajak dia solat, dia geleng. Saya tak tahu dah nak buat apa lagi, Encik Megat..." Nina menarik nafas dalam. "I'm so lost. Umi bukan lagi umi yang saya kenal."

Gutt berdiam, memberikan ruang Nina untuk meluahkan semuanya. Dia benci melihat orang yang disayanginya sedih. Apatah lagi berputus asa. Kalau lah semangat tu boleh disalurkan, aku bagi semua yang ada dalam diri aku ni dekat Nina dengan Zuhaira, so that they don't have to face this again.

"Encik Megat nanti pergi sana balik ke?"

Gutt tersentak. Laju dia memandang Nina. "Kalau ada rezeki, InsyaAllah, saya pergi."

"Encik Megat..." Nina memandang Encik Megat. Riaknya sedikit sayu dan rasa bersalah. "... tak nak jaga umi saya...?"

"Kalau diizinkan, memang saya akan jaga umi awak. Saya jaga dia sama macam saya jaga nyawa saya," jelas Gutt tegas dan tidak teragak-agak. "If you allow me, Nina, I'll the best husband and guardian for your mom. You have my words."

Senyuman lebar penuh dengan kelegaan terukir di wajah mulus itu. Tenang sungguh hatinya apabila mendengar pengakuan lelaki yang sudah dianggap sebagai bapanya. "Dah lama saya izinkan... Cuma keputusan dekat tangan umi."

Suasana dalam bilik itu tenang semula. Tenggelam dalam perasaan masing-masing, tidak berhenti berdoa agar wanita yang berada di atas katil sakit itu kembali pulih seperti sediakala.

Nafas ditarik dalam sambil kepala lutut ditepuk kuat. badan yang semakin gempal dan berisi cuba dibangunkan dari kerusi itu. "Encik Megat duduklah. Saya nak makan dekat kafe kejap.Nanti saya naik balik."

AdagioOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz