15

251 30 40
                                    

Persalinan putih yang dipakainya diperiksa di dalam cermin buat kali terakhir. Senyuman yang kelihatan seperti seringai turut ditarik lebar, cuba berlatih senyum bila kamera jurukamera terarah kepadanya. Samping songker perak dibetul-betulkan.

"Oit, siap dah?" Mad menegur dari muka pintu. "Bersiap kalah perempuan."

Gutt menyeringai. Songkok terus diletakkan ke atas kepala. "Done. Let's go."

Perjalanan ke masjid di mana dia dan Zuhaira bakal diijab kabul dituju. Hari ini, hari dia bergelar Raja Sehari. Jadi, dengan rela hati, Mad akan menjadi butler-cum-chaffeur nya pada hari ini. Alah, bukan selalu pun dia gunakan Mad. Apa salahnya ringankan tulang bantu sahabat karib sendiri?

Kaki melangkah masuk ke dalam masjid dengan langkah yang yakin dan tenang. Sempat dia mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid sebelum ke ruang utama masjid di mana keluarga terdekat, Zuhaira dan Nina berkumpul.

Aku lambat eh... Gutt tersengih bersalah. Terus dia cepat-cepat bersila di hadapan jurunikah. Sempat dia meminta maaf kepada semua yang berada di situ. "Maaf lambat."

"Tak lambat," jurunikah itu bersuara. "Encik on time."

Semua yang berada di situ tersenyum simpul.

"Bismillah." Lafas bismillah dibaca oleh jurunikah itu. "Sebelum kita mulakan, saya nak tanya, ini kali pertama Encik berkahwin?"

Gutt mengangguk tegas. Sempat anak mata mengerling Zuhaira yang berada jauh di sebelah kanannya. "Pertama kali."

"Betul?" jurunikah itu memandang Megat dengan tajam.

"Saya tak menipu." Fakta yang ringkas dan benar ditutur tanpa teragak-agak.

Jurunikah itu tersenyum. "Baiklah, mari kita mulakan."

Semua soalan-soalan yang diberikan oleh jurunikah itu dapat dijawab dengan mudah dan yakin oleh bakal suami. Boleh tersenyum lagi tu. Kini jelaslah bahawa Megat merupakan seorang lelaki yang cukup baik sifatnya.

"Baiklah, ujian terakhir. Boleh saya minta encik bacakan Surah Al-Kahfi ayat satu hingga sepuluh?"

Gutt mengangguk dan tanpa berlengah, lafaz bismillah dibaca laju dan lancar. Ayat pertama dibaca, sekali dengan hiasan suara yang berjaya memukan semua yang berada di dalam masjid itu. Tidak terkecuali Zuhaira.

Senyum kecil terkuntum di bibir mungil itu. Wajah lelaki yang sedang mengaji itu ditatap lama. "Bolehlah umi belajar mengaji dengan Encik Megat..." tanpa sedar, bibir mengomel kecil.

Nina yang berada di sebelahnya menyengih. Langsung tidak menafikan kenyataan uminya. "Nina rasa, mesti Encik Megat tak sabar nak imam kan umi."

Zuhaira tersenyum. Tangan Nina yang sedang memegang tangannya dibawa ke pipi. Kehadiran anaknya di sisi berjaya memberikan dia ketenangan. Dari dulu lagi.

"Sadaqallahulazim," ayat penutup dibaca. Sekali lagi Zuhaira dipandang. Kali ini sempat mengenyit sebelah matanya sambil menayang gigi taringnya.

Wajah Zuhaira merona. Spontan muka ditutup dengan jambangan bunga. Kasanova!

"Sah?" soal jurunikah kepada semua yang berada di sekeliling mereka.

"Sah," balas yang lain serentak. Doa kemudian dibaca dan diaminkan.

"Alhamdulillah," perlahan tahmid terlafaz dari bibir. Terus tangan uminya dikucup. "Tahniah, umi. Lepas ni, ada orang jaga umi."

"Terima kasih, anak umi. Terima kasih sebab selalu ada dengan umi. Nina lah penguat umi dari dulu lagi," ikhlas Zuhaira mengucapkan ayat itu.

AdagioWhere stories live. Discover now