Epilog I

10.3K 429 36
                                    

His huge mistake.
Emir El Tamir, 23 Tahun.

"Will you marry me Daisya Asla'?" Dia melutut di hadapan wanita yang sudah lama menghuni hati dan jiwanya. Daisya Asla' wanita yang dicintai sejak pertama kali mereka bertemu.

Daisya menekup mulutnya bagaikan tak percaya dengan lamaran Emir.

"E-emir, I tak layak. I cuma anak pemandu dan you pulak anak Dato'. Kita terlalu berbeza," ujar Daisya dengan tubir mata yang bergenang. Dia cintakan Emir, cuma dia tidak yakin dengan taraf kehidupan mereka berdua.

"Daisya, I don't care who you are and where are you from. I just want to give all of my love to you," balas Emir dengan senyuman yang manis.

Daisya masih terkelu.

"Daisya, hurry up. Lutut I dah sakit ini." Emir cuba bergurau senda demi menutup rasa gusar dalam dirinya.

"I-I do."

Sepantas kilat Emir berdiri dengan mata yang mencari kepastian dalam mata Daisya.

"Betul ke ini?"

Wanita itu mengangguk dengan air mata yang bercucuran jatuh.

Emir meraup mukanya. "Oh God, Alhamdulillah. Thank you sayang!"

2 minggu kemudian, perkahwinan kecil-kecilan mereka di New Zealand selamat berlangsung dengan lancar meskipun cuma beberapa orang yang hadir. Malah, Dato' Adrian dan Datin Julia turut sama memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung mereka meskipun pelbagai larangan sudah mereka utarakan kepada Emir. Tak apalah, demi kebahagiaan anak sendiri.

...

"Sayang pergi mana? Kenapa baru sekarang balik?" Jam di dinding dilirik sekilas. Sudah pukul 3 pagi dan dia masih belum boleh tidur mengenangkan keadaan isterinya di luar.

"Kerja." Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Daisya.

"Kerja apa sayang?" tanya Emir hairan.

Melihat Daisya terkial-kial ingin mengikat rambut, dia bangun melangkah ke arah isterinya. Getah rambut dicapai dan tangannya mula lincah mengikat rambut wanita itu dengan kemas.

Daisya terpaku.

"Sayang tak jawab soalan abang lagi. Kerja apa sampai 3 malam ini?" Pipi elus Daisya diusap lembut. Seharian dia sibuk belajar dan kerja separuh masa sehinggakan tiada masa untuk bertanya khabar isterinya.

"I nak mandi. You tidurlah dulu." Daisya menepis tangan Emir. Baru sahaja dia ingin berlalu pergi, lengannya ditarik.

"Kenapa sayang makin lama makin dah berubah? It's almost one year of our marriage, sayang." Emir cuba menarik senyum meskipun hatinya pedih dengan sikap Daisya yang berubah drastik.

"You tak boleh sentiasa harapkan I ada masa yang banyak nak layan perangai mengada you ini. Grow up Emir," pedas Daisya memerli suaminya sendiri.

Emir menahan rasa di dalam dada. Sungguh dia tak menyangka Daisya boleh berkata sedemikian kepada dirinya. Salahkah dia kerana cuba untuk berbincang?

"Daisya sayang, dengar abang nak cakap ini. Abang minta maaf kalau abang ada sakitkan hati sayang." Emir masih cuba memujuk isterinya. Dia tidak sanggup kehilangan wanita itu.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now