Emir El Tamir: Bab 55

28.1K 1.2K 44
                                    

SEHARIAN letih bekerja, banyak fail yang perlu dikemas kini soalnya nanti dia akan bercuti lama. Dia picit puncak hidungnya sebelum dia teringatkan sesuatu.

Interkom ditekan.

"Code Name: Little Baby, come in please," seru Emir melalui corong telefon.

Dengan pantas, terpacul wajah Airis di muka pintu. Isterinya manis dengan senyuman. Dah tak merajuk sebab dah dapat Bonia sebijik tadi.

"Kenapa Tuan Emir saya?" Airis soal dengan penuh tutur sopan.

"Tolong abang carikan fail tentang perjanjian dengan syarikat di Costa Rica atas rak itu." Emir muncungkan mulut menunjuk ke arah rak berwarna coklat di sudut bilik.

"Dekat rak tu ke?" Airis tanya sekali lagi untuk kepastian.

"Haah. Aifel cari celah-celah itu, rasanya ada." Kepalanya dijengulkan sedikit. Maklumlah, rak itu tinggi.

Tak membantah, Airis terus menghalakan langkah ke arah rak berwarna coklat itu. Ada banyak sangat fail sulit. Kalau cari satu-satu sampai esok pun belum tentu jumpa.

"Mana abang?" Dia toleh memandang Emir yang santai dengan kemeja putih disinsing sehingga siku. Tiga butang baju teratas dibuka. Tali leher? Entah ke mana.

"Tak silap abang, fail warna merah hati. Ada dua helai kertas dalam itu. Aifel bawa keluar," arah Emir. Seingat dia, memang tak salah lagi. Fail itu elok terletak di situ.

Airis mendongakkan kepala mencari satu persatu fail. Sampai ke rak yang ketiga, jelas terpampang fail berwarna merah hati tapi muka depan fail itu kosong. Tak sama macam fail-fail yang lain. Dia kerutkan dahi.

"Just take it, Aifel. Bawa keluar dua helai kertas itu," tegur Emir dari belakang.

Wanita itu tak membalas malah hanya diturutkan sahaja arahan Emir. Dua helai kertas dibawa keluar dan dibelek. Satu persatu maklumat dibaca dari atas sampai bawah.

"Booking Details, Date Flight.."

"Eh abang? Abang tak bagitahu Aifel pun abang ada schedule dekat luar negara lagi seminggu?" Emir di belakang dipandang sepintas lalu.

"Really? Ke mana itu?"

"Dekat sini dia cakap, abang book atas nama abang," sambung Airis. Bebola matanya turun atas bawah membaca isi pada kertas.

"I see. Lagi? Dia cakap apa?" Emir soal selari dia bangkit daripada kerusi pejabatnya. Tubuh belakang isterinya yang tekun membaca dipandang dengan penuh cinta.

"Book for two seats." Bagaikan burung belatuk, Airis ikutkan sahaja soalan Emir.

"Lagi?" Kali ini, Airis tak perasan sosok Emir bangun semakin menghampiri dia.

"Arriving, Venice, Italy." Sayup-sayup kedengaran suara Airis.

Tak lama kemudian, matanya terbeliak seolah-olah dia baru balik ke realiti. Ini tiket penerbangan ke Venice!

"Ab.."

"Surprise, baby." Cup! Satu ciuman labuh di belakang telinga Airis.

Entah bila suaminya itu berdiri di belakang dia pun dia tak tahulah. Ralit sangat membaca maklumat pada helaian kertas ini. Costa Ricalah sangat.

"Macam mana abang tahu? Bukan abang mamai ke semalam?" Airis tanya teruja. Dia mati-mati ingat perbualan semalam hanya antara dia seorang.

"Mana abang boleh tak sedar kalau ada koala comel baring atas abang semalam," usik Emir.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Onde histórias criam vida. Descubra agora