Emir El Tamir: Bab 32

23.9K 1.2K 95
                                    

Dia menunggu hampir 2 jam di bilik yang akan menjadi pejabatnya suatu hari nanti. Menunggu seseorang berjaya menangkap Farid yang cuba untuk melarikan diri. Bebalnya orang tua itu, dia lari ke rumahnya sendiri.

Berdarah hati Emir melihat Farid yang hanya mengenakan boxer sekarang ini. Orang yang dicari selama ini. Tak sangka Farid merupakan pembeli Airis.

Farid yang dari tadi elok berdiri, dengan tangan diikat ke belakang jatuh terduduk apabila belikatnya ditendang.

"Duduk," arah lelaki itu tanpa nada.

"Thanks, Ian." Emir memuji lelaki yang telah membantunya.

Ian Hayf. Sahabat satu universiti yang dia kenal melalui Tengku Dilan, rakan satu fakulti. Satu-satunya lelaki yang mahir Muay Thai dan mempunyai pengalaman sebagai bodyguard.

"Jadi kaulah yang culik aku? Nice to meet you, Emir. Anak kepada Dato' Adrian. Dah besar dah engkau." Sinis Farid memperkenalkan diri.

"Binatang."

"Apa kau panggil aku?"

"Tak betul apa aku cakap Farid? Kau hanya bertopengkan manusia, tetapi kau berperangai lebih teruk daripada binatang," perli Emir.

"Apa sebab kau nak culik aku? Disebabkan masalah aku dengan syarikat bapak kau?" tanya Farid sinis.

"Dekat mana kau sentuh tunang aku?" selar Emir. Dia malas mahu membuang masa dengan lelaki bedebah ini.

"Tunang kau?"

"Airis Felora."

Farid ketawa jahat. "Jadi kaulah tunang kepada perempuan itu? Wah, lubuk besar perempuan itu dapat."

Emir menahan sabar. Penumbuk ini bila-bila masa sahaja boleh terlepas.

"Kau betul nak tahu aku sentuh dia dekat mana? Tak jijik ke kau dengan dia nanti? Maklumlah, bekas aku," kata Farid tanpa serba salah.

"Tak pernah sekalipun aku akan rasa jijik dengan perempuan aku. Cakap! Mana lagi kau sentuh dia?!" Suara Emir bergema di seluruh ruangan.

"Aku sentuh dia dekat pipi.."

Emir memberikan isyarat mata kepada Ian yang berdiri di sebelah Farid.

Pang!

Satu tamparan datang daripada tangan sasa hinggap ke pipi Farid. Bergema ruangan itu dengan bunyi tamparan membuktikan betapa kuat penangan Ian Hayf.

"Dekat mana lagi?"

"Dekat dada..." Farid menjilat luar bibirnya.

Buk!

Satu tumbukan padu tepat pada tengah dada Farid.

"Dekat paha.."

Ian memijak kuat paha Farid sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.

"Sakitlah bodoh!" teriak Farid.

"Apa salah Aifel aku pada kau?!" tempik Emir.

"Salah dia, sebab dia terlalu menggiurkan. Kau patut tahu, kau kan tunang dia. Tak akan sedikit pun kau tak terasa nak sentuhan dan belaian dia? Come on, kita sama-sama lelaki," ujar Farid selamba. Langsung tiada rasa hormat pada wanita.

Rahang Farid dicengkam kuat oleh Emir sehingga dia berkerut menahan sakit.

"Kau ingat aku macam kau ke gampang?! Lelaki macam kau ini hanya memandang wanita dengan penuh nafsu bukan dengan rasa hormat. Kau bertuhankan nafsu!"

Farid hanya ketawa menghiraukan kutukan lelaki muda di hadapannya.

Tak lama lepas itu, Emir tersengih nakal. Farid kehairanan.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now