Emir El Tamir: Bab 16

22.5K 1.3K 10
                                    

Jari-jemari Emir sibuk menari di atas papan kekunci komputer riba.

Syamil bangkit dan mendekati Emir yang bertapa dari tadi di meja belajar. Berkerut dahinya menganalisa dokumen yang terpapar. Dokumen transaksi akaun milik syarikat keluarga El Tamir.

"Kau uruskan hal syarikat daddy kau?" Syamil langsung bertanya.

"Hm."

"Mir. Aku nak cakap sikit ini. Boleh dengar tak?" Syamil meminta izin terlebih dahulu. Risau pula kalau dia mengganggu konsentrasi Emir.

"Cakaplah. Aku sentiasa ada masa untuk kawan aku," balas Emir.

"Sebenarnya macam ini Mir. Memandangkan kau, aku dengan Sarah buat research dalam bidang yang sama, aku rasa lagi senang kalau kita bertiga bincang sama-sama final year project itu," cadang Syamil dengan niat tersembunyi.

"Kau bincang dengan aku sudahlah," kata Emir sambil tangannya masih menaip di laptop.

"Kita perlukan pendapat dan idea daripada perspektif seorang perempuan juga Mir. Kalau kita ini otak lelaki memang main bedal aje nanti. Sebab itu aku cadang nak ajak Sarah sekali," desak Syamil.

"Girlfriend monster kau itu tak marah ke nanti?" Emir tujukan gelaran itu kepada Raihana. Mana tidaknya, wanita itu lebih garang daripada Airis.

"Kalau aku cakap dengan Raiha itu, dia akan faham," ujar Syamil.

"Suka hati kaulah. Kalau apa-apa jadi nanti jangan salahkan aku pula," pesan Emir malas. Jangan pula dia terlibat dengan pergaduhan pasangan itu nanti.

"Kau patut risaukan kau Mir," balas Syamil perlahan.

•••

Syamil memegang perutnya yang memulas. Sudah beberapa teguk air dia minum sejak mereka tiba di kafe ini. Emir dan Sarah masih sibuk berbincang.

"Mir, rasa aku nak pergi tandaslah. Sakit perut aku ini. Kau dengan Sarah sambunglah bincang berdua," kata Syamil.

"Kau nak shosho ke shishi?" soal Emir.

"Shosho ah, sakit perut aku. Tunggu kejap, jangan tinggalkan aku pula," pesan Syamil.

"Apa benda shosho dengan shishi itu? Kenapa aku tak pernah dengar?" Sarah menyampuk.

"Shishi keluar dekat depan, shosho dekat belakang," jawab Syamil laju. Itu istilah rahsia antara mereka, Black Briged.

Sarah yang duduk di sebelah Emir menayangkan riak jijik.

"Dahlah pergi kau sana. Nanti cicir tak pasal-pasal kau kena borong seluar dalam sekotak," arah Emir. Syamil ini pun kalau makin dibiarkan bukannya normal otaknya itu.

Syamil menjeling tajam ke arah Emir sebelum dia bangun beredar meninggalkan dua insan itu.

"Uhuk! Uhuk!"

"Kau ini cuba minum elok-elok, nanti tersedak siapa yang nak buat CPR?" Emir terus mencapai air dan disuakan kepada Sarah yang tersedak. Tisu turut dihulurkan kepada Sarah.

"Kaulah," selamba Sarah menjawab.

"Aku?" Jari telunjuk Emir menghala ke arah dadanya.

"Memang taklah."

Sarah memutarkan bebola mata. Lelaki ini memang keras hatinya.

Lama fokus membetulkan dokumen tugasan, mata Emir seakan-akan terpanggil untuk memandang satu sudut.

Dia ternampak satu tubuh langsing yang amat dikenalinya sedang menerpa laju ke arah meja dia dan Sarah sekarang ini. Itu Usain Bolt ke siapa?

Tiba-tiba muncul idea nakal dalam fikirannya.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now