Emir El Tamir: Bab 9

25.9K 1.5K 41
                                    

"Happy birthday kakak! Umi dan abah sayang kakak."

Suara umi dan abah di corong telefon membuatkan Airis tersenyum. Hari ini merupakan hari istimewa buatnya.

"Terima kasih umi, abah. Nanti kakak balik ya?" balasnya dengan penuh kelembutan. Dia menamatkan perbualan setelah hampir satu jam berkongsi cerita dengan mereka.

"Airis. Malam ini kau kena cantik-cantik okay? Kita pergi celebrate birthday kau."

Raihana yang entah datang dari mana bersuara.

"Taknaklah. Aku dah besar. Aku nak makan kek, reply wish, rehat."

Raihana mencebik. "Memang dah besar. Tapi belum tentu kau dapat peluang nak celebrate birthday kau. Ajal kita tak tahu."

Sengaja Raihana ingin memancing emosi Airis.

"Eloklah itu. Hari bahagia aku, kau cakap macam itu dekat aku!"

"Tak kisahlah kau nak cakap apa. Malam ini kau wajib bersiap cantik macam bidadari. Oh! Aku dah belikan kau gaun sempena hadiah kau. Aku gantung dekat depan almari aku itu," kata Raihana.

Sebaik sahaja Airis kalihkan mata, satu gaun satin berwarna rose gold elok tergantung. Dia bangun dengan rasa yang teruja untuk membelek pakaian itu.

"Cantiknya Raiha! Kaya betul kau mampu beli ini untuk aku."

Raihana menayangkan riak bangga. "Aamin, aku pun berharap aku kaya macam itu."

"Anyway, your dream birthday akan tercapai hari ini Airis! I'm so excited for you!" kata Raihana sambil gaya menepuk tangan.

"Dream birthday aku yang mana?" kening Airis diangkat sebelah. Dia sendiri tidak ingat apa yang dia inginkan.

Raihana menepuk dahi.

"Kau baru umur berapa Airis dah pelupa. Kau lupa dream birthday kau masa kita asasi? Kau nak sambut hari lahir konon-konon atas cruise, makan stik, tengok pemandangan bla bla bla," jelas Raihana.

"Oh, itu aku main-main ajelah," ujar Airis perlahan.

"Angan-angan mat jenin kau akan tercapai juga. Jadi sekarang, sila bersiap cik Airis Felora sebab kita nak gerak lepas Maghrib. Go go! Bau ikan masin dah kawan aku ini," arah Raihana.

"Elok sikit. Aku tak pernah bau macam itu."

Airis bertindak untuk mencium ketiaknya selang-seli. Manalah tahu betul pulak dia berbau seperti ikan masin. Nasib baik tak.

•••

Pukul 8.30 malam, Airis dan Raihana tiba di satu kawasan perairan. Mulutnya automatik ternganga apabila pemandangan cruise kecil menghiasi kornea matanya. Cantik betul dihiasi dengan lampu yang terang-benderang. Dia menoleh ke arah Raihana.

"Suka?" tanya Raihana.

"Suka! Thank you Raiha!" Airis terus memeluk badan sahabatnya erat sampai tak bernafas budak itu.

"Kau tak patut berterima kasih dekat aku. Kau patut berterima kasih dekat dia."

"Dia?"

Raihana mengangguk dan kepalanya menoleh ke arah cruise. Airis pun sama.

Satu sosok tegap yang tinggi lampai berdiri di hadapan cruise. Berkemeja putih dibiarkan tidak berbutang di bahagian dada dengan seluar pendek berwarna nude.

"Emir?" nama itu meniti perlahan keluar dari dua ulas bibir.

Emir tersenyum dan berjalan ke arah kami berdua. Sebelum itu sempat dia memandang sekilas Raihana di sebelah Airis yang dah tersenyum sumbing.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now