Emir El Tamir: Bab 64

26K 1.1K 23
                                    

Dua Tahun Kemudian

SELEPAS selesai memastikan anak-anak mereka tidur, Airis masuk ke dalam bilik. Masuk sahaja ke dalam bilik dia disajikan dengan badan suaminya yang tidak berbaju merenung ke luar balkoni.

"Abang."

Emir tundukkan kepala memandang tangan kecil yang melingkar di pinggangnya sekarang. Dia tersenyum. Siapa lagi kalau bukan isteri tercinta.

Emir terus berpusing menghadap Airis sepenuhnya. "Qarf dengan Cea dah tidur?"

Airis menongkatkan dagu di dada suaminya. Dia balas dengan anggukan sebelum dia mengeluh perlahan.

"Why babylove? Kenapa mengeluh macam itu?"

"Sejak dah ada kembar ini, abang asyik tanya pasal Qarf dengan Cea je. Dah tidur ke, dah makan ke, dah keluar bermain ke. Airis rasa Airis diketepikan. Sudahlah budak Cea itu asyik nak berebut abang dengan Airis," ngadu Airis.

Emir terdongak ketawakan pernyataan kelakar isterinya. Tak sangka, rupa-rupanya Airis boleh cemburu dengan anak mereka sendiri.

"Sorry babylove, abang cuma tanya. Kalau diorang dah tidur baguslah. Banyak masa untuk Aifel rehat." Rambut Airis yang berterbangan dek angin diselitkan ke belakang telinga wanita itu.

"Abang, kita dah lama tak berdua-duaan. Rindu," ujar Airis dengan pipinya dikembungkan.

"Really? You miss me? How much?" Pipi Airis diusap lembut.

"I don't know. That's a tough question abang," jawab Airis mengundang ketawa Emir.

Jeda.

Airis bermain-main dengan bibir merah Emir. Satu hal yang dia perasan, lelaki itu memang betul-betul tak merokok disebabkan warna bibirnya ini.

"Abang, Aifel dah lama nak tanya. Abang memang tak merokok? Abang tak teringin ke nak merokok macam kawan-kawan abang?"

"You like smokers?"

"Eh bukan! Maksud Airis, orang kata lelaki perlukan nikotin dalam hidup diorang. Macam puas rasa addicted gitu," selar Airis laju. Tidak mahu suaminya salah faham.

Emir tersenyum sinis sebelum dia mengangkat badan Airis menyebabkan kaki wanita itu naik melingkar di pinggangnya. Kaki melangkah ke arah almari solek dan diletakkan dengan lembut badan isterinya. Tangan kiri dan kanan mengepung badan Airis.

"Do you really want to know why?"

Airis telan air liur. Aduhai, dia mana boleh kalau Emir versi nakal ini keluar.

"Because..." Emir mengambil hujung rambut Airis dan dihidu sepuasnya. Wangi.

"I don't need nicotine to make me feel addicted. The one I'm really addicted to is right here infront of my eyes. Unresistable addiction, my beautiful Airis," sambung Emir lagi sekalian bibirnya mula merapat di leher jinjang Airis membuatkan kepala wanita itu senget menahan geli.

Tok! Tok!

"A-abang. Bunyi pintu itu." Airis menahan dada Emir daripada terus asyik menciumnya.

"Abang dengar," jawab Emir malas. Dia berpaling daripada Airis dan mengorak langkah ke muka pintu. Rasanya dia boleh agak siapa yang ketuk malam-malam buta ini.

"Yes little prince?" Tanya Emir apabila terpacul wajah Qarf.

"Qarf nak tito dengan mama. Papa tepi." Elqarf tolak tepi badan Emir sebelum dia berlari terkedek-kedek naik ke atas katil memeluk Airis.

"Mama!" Panggil Qarf teruja.

Airis menggomol dan mencium pipi Elqarf. Didakap erat badan anak lelakinya. Begitu juga dengan Elqarf.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now