Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)

27.6K 1.1K 30
                                    

"Aifel, wake up! Apa kau buat dekat sini?" Dia menggoncang hebat tubuh tunangnya yang longlai tidak memberi sebarang respons.

"Siapa sentuh tunang aku?! KORANG MEMANG CELAKA!" Emir mula hilang pertimbangan apatah lagi melihat keadaan Airis yang lemah longlai. Tidak menjawab malah tidak melawan.

"Tuan Black Venom, kenapa ini? Nak saya gantikan dengan perempuan lain?" soal Razique polos apabila dia menerjah masuk bilik khas itu. Terkejut dia apabila mendengar tempikan Emir.

"Atau tuan nak saya tambah extra 'shot' dalam perempuan itu?"

"Extra shot?" Tangan Emir dikepalkan. Matanya memerah menahan amarah yang membuak di dada.

"Yes. GHB," kata Razique tanpa serba salah.

Emir tidak dapat menahan lagi. Dia bangun dan terus meluru ke arah Razique.

Buk! Buk! Buk!

Bertubi-tubi tumbukan dilayangkan pada muka Razique tanpa mempedulikan keadaan lelaki yang hampir separuh mati itu.

"Mir! Mir cukup Mir! Polis dah serbu tempat ini. Bagi diorang buat kerja diorang!"

"Polis?" Razique gabra. Dia pantas bangun dengan keadaan berlumuran darah cuba untuk melarikan diri.

Naufal, Rifqi dan Hazim muncul dengan muka yang cuak. Semuanya berlalu terlalu pantas.

"Yang lain! Cover Emir. Serang mana yang serang dulu. Jangan usik orang awam." Arahan diberikan oleh Syamil. Sekarang dia harus menjadi ketua memandangkan Emir sudah hilang waras akal.

Manusia normal mana yang akan baik-baik sahaja melihat wanita kesayangannya diperlakukan sebegitu rupa.

"Mir?! Sedarlah. Airis ini?!" Suara Syamil ditinggikan.

Emir bergerak ke arah Airis yang masih longlai di atas katil, langsung tidak menyedari keadaan sekeliling.

"Berapa banyak dia bagi kau ini Aifel? I'm so sorry. Mil, tolong Mil. Uruskan apa yang patut. A-aku tak boleh tengok Aifel macam itu. Ini s-semua salah a-aku." Emir meraup mukanya kasar.

Matanya sekarang merah disebabkan tangisan. Dia gagal melindungi wanita itu.

"Ini bukan salah sesiapa Mir! Sekarang kau pergi hantar Airis dapatkan rawatan dekat hospital. Yang lain akan cover dekat sini. Kitorang menyusul kemudian."

Emir mengelap air matanya. Dia mencempung Airis ke dalam dukungannya keluar dari bilik neraka itu. Baru sahaja dia ingin keluar, terpacul wajah bengang Arief.

"Blah," arah Emir tegas.

"Kau nak bawak dia pergi mana lepas kau dah beli dia?!" tempik Arief.

Keadaan sudah kucar-kacir ditambah dengan Arief yang menyebalkan.

"Aku taknak gunakan kekerasan dekat kau jadi baik kau blah. She needs treatment as soon as possible." Emir mengusulkan amaran.

"Kau tak layak untuk sentuh dia! Apa perasaan dia kalau tahu kau beli dia?!"

"KAU BERAMBUS SEBELUM PECAH MUKA KAU AKU KERJAKAN!" Kali ini kesabaran Emir tidak dapat ditahan lagi. Amarahnya semakin membuak-buak.

"Tolong ketepi, budak. Aku akan uruskan segalanya," celah Syamil. Dia menarik Arief ke arahnya memberikan laluan kepada Emir.

Arief mendengus kasar. Dia hanya mampu memerhatikan belakang badan Emir yang basah disebabkan peluh.

"Kau! Kau jawab aku! Emir beli tunang dia sendiri?! Bangsat!" Kolar Syamil dicekak kasar. Tubuh badan Syamil yang tinggi lampai menyebabkan dia harus menjengketkan kaki untuk menyamai ketinggian.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now