𝟏𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹

Start from the beginning
                                    

Dia berjalan laju dan menarik aku ke dalam pelukan. "Anak papa, anak papa dah balik. Papa rindu Vier." suara papa jelas kerisauan tetapi aku tidak dapat rasa kehangatan dalam pelukan seorang bapa yang sangat merindui puterinya. Mungkin aku tidak reti tafsir ataupun ini hanyalah sebarang lakonan.

Dia meleraikan pelukan dan menekup pipi aku. Kepala dipusing ke sana ke sini. "Nasib selamat. Vier pergi mana? Ni siapa pula? Bukan yang ambil Vier tu orang lain ke." Winter tunduk sedikit untuk memperkenalkan diri. "I'm Winter Mariani. Miss Navier's personal body's that had been assigned by Dato Fazeel Idris. Pleasure to meet you."

Muka papa menjadi bingung. "Jadinya, pakcik Fazeel suruh Winter ikut Vier untuk jaga Vier. Or she could also helps me with my business. No need to worry. She isn't here to rat out on what happen to me." ayat yang terakhir itu sengaja aku kuatkan supaya Qistina yang baru muncul dari dapur dengar.

Dia mengelap tangan dan mara ke arah kami bertiga. "Siapa ni? Orang luar mana pulak Vier bawa ni?" papa bisik ke telinga Qistina tentang identiti Winter. Dia terbuntang mata. Aku dijeling tajam olehnya. "Oh ye ke! Bagus la macam tu. Vier ni kadang tak reti nak jaga diri sendiri. Tu kadang ada luka dekat dia tu. Masuk, masuk."

Qistina mempelawa Winter untuk masuk dan pergi ke bilik tetamu. Aku dikerling oleh Safrina yang berada di tangga. Tak puas hati apa lagi perempuan ni? Pada waktu makan tengah hari, Winter makan sekali dengan kami. Qistina menghidang makanan dengan senyuman yang sangat manis.

Sambil makan, papa tiba bersuara. "Kenapa ye masakan baby semenjak dua menjak ni jadi kurang sedap tak macam biasa? Bahan dekat rumah tak cukup ke? Rasa lain." muka Qistina berubah pucat dan dia mula berpeluh. Memang la lain. Sebelum ni aku yang masak. Padan muka.

Winter tiba-tiba tersenyum dan berbisik ke telinga aku. "There's more to this drama right?" aku angguk. Nasib orang sebelah ni pun enjoy drama. Qistina hanya ketawa dan membelitkan ayat dia. "Hahaha sebab baby risau pasal Vier jadi tak ada semangat nak masak mana. Lepasni confirm sedap." dia menjeling aku. 

Back to being a chef again huh?

›♡‹

Pada malam itu, Zafriel ajak pergi ke gim Airil. Safrina memberi pandangan yang cukup sinis. Aku melarang Winter ikut kerana risau dia penat menjadi model. Dan senang untuk Qistina dan Safrina menjaga perlakuan mereka serta mencari kesalahan mereka. "Apa kau? Tak puas hati lagi?"

Dia jalan ke arah aku dan pandang dari atas hingga bawah. "Kau tidur dekat rumah laki tu ke? Tak bunting pulak kau?" amboi mulut dia. Aku ada lagi maruah sebagai seorang perempuan dan tahu harga diri. Tetapi, tubuh Safrina kelihatan pelik. Kenapa ye?

"Aku bunting ke tak, ada kacau kau ke? Yang kau tanya aku ni, kau tu suci sangat ke? Ke kau yang bunting?" aku tidak sangka yang ayat terakhir itu akan membuat muka Safrina berkerut. Oh my god... Woww! Dia terus menghentak kaki dan pergi ke biliknya.

What a good reaction. Aku bersiul sambil menghidup enjin kereta. Dia mengandung anak Hazim ke? Jadinya mereka dah lama la bercinta. Semakin aku fikir tentang perkara ini, semakin kuat ketawa aku. "Haihh naik gila dah aku ni." rambut dikusutkan dan tumpuan kembali ke jalan raya.

Sampai di lokasi yang Zafriel kongsi, kereta di parkir. Bangunan tiga tingkat itu dipandang lama. Motorsikal Zafriel berada di tepi bangunan. Aku jalan menaiki tangga dengan perasaan yang berdebar dan teruja. Berdebar untuk belajar dengan Zafriel serta teruja untuk menumbuk beg penumbuk.

Aku intai ke dalam gim dari pintu kaca dan pintu tiba-tiba dibuka dari dalam. "Kau buat apa intai macam perompak? Masuk." Zafriel berdiri dengan rambut yang diikat. Peluh menitik dari dahinya. Baru sudah bersenam ke dia ni? Tapi hot la. Jari digigit sambil memandang dia dari atas hingga bawah.

Tangan dia tiba naik dan tutup badannya. "I feel violated. Masuk lah cepat." dia naik ke tingkat tiga dan aku ikut dari belakang. Pipi ditepuk-tepuk. Malu pula. Aipp Navier! Zina mata! Kalau Zafriel tu laki kau tak apa jugak. Hmm suami aku? Stop day dreaming! No, night dreaming. Sebab malam.

Zafriel memetik jari. "Kau memang suka mengelamun kan? Nah, pakai ni." boxing gloves dilempar ke arah aku. Dia masuk ke dalam ring boxing dan tunggu aku. Tak ada prepare apa-apa terus kena pakai boxing glove dah? Aku pakai dan naik ke ring boxing. Beg galas diletak ke tepi. Rambut aku diikat dan jaket dizip ke atas.

"Come at me with whatever you got. Aku nak tahu kuat mana kau." aku angguk. Macam mana nak tumbuk ye? Kalau tak silap aku, dalam boxing ada penumbuk yang namanya straight punch. Penumbuk digenggam dan dirapatkan ke pipi. Fokuskan berat badan pada bahu lalu menolak bahu sekuat hati.

Tumbukan mendarat di perut Zafriel. Dia terbatuk dan memegang perutnya. "Perempuan, kau tipu aku eh? Sakit." oh, menjadi! Aku menggeleng kepala sambil tersenyum. "Aku reti guna kaki je. Sebab tu nak belajar taekwondo. Tak sangka pula reti tumbuk sekali." dia menjeling aku. Postur badan ditegakkan.

"Use your leg now." aku ingin tendang ke arah leher dia tetapi dia sempat tahan. Kaki diputar dan mendarat di leher dia dari atas. Brazilian kick secara ringkas. Zafriel ke belakang sedikit. "Kau ni tipu aku ke Raja?" dia membuka boxing glove dan campak ke tepi. Semakin dekat dia jalan ke arah aku.

Belakang aku sedang rapat dengan tali ring boxing. Dia perangkap aku di antara kedua belah tangannya. "Kau saje nak perhatian aku ke? Kenapa eh, aku selalu terjebakkan diri dengan aku? Hmm? Answer me budak." suara Zafriel menjadi makin garau dan dalam. Aku menatap mata dia. Jari tiba naik untuk menyentuh parut di mata kirinya.

Tangan aku ditepis kuat. Rahang diketap dan dia melangkah ke belakang. "Keep your hand to your self. That's it for today. Balik sekarang." dia membuka tali getah rambut. Rambut yang panjang itu menarik perhatian aku. Dia tak rimas ke panjang-panjang? Kenapa dia biarkan rambut dia panjang kalau dia kerja jual burger?

Dia melihat aku tidak berganjak dan mendengus. "Raja Navier Aira, aku tak ada masa nak main dengan kau sekarang. Balik sementara aku cakap elok-elok dengan kau. Malam dah ni. Bahaya. Dahlah kau punya bodyguard pun tak ada. Balik budak." budak budak! Aku mengambil beg dan keluarkan kunci kereta.

Turun ke bawah, aku terserempak dengan William. Seperti dia sedang menunggu Zafriel. Dia mengukir senyuman yang menyejukkan hati aku. Hilang rasa nak marah dekat Zafriel. Marah sebab apa pun tak tahu. "Navier dah habis belajar ke?" aku angguk dan balas senyuman William sebelum keluar dari gim. William seperti terpinga-pinga.

"Kenapa tu Tuan Irwan? Tuan Irwan sakitkan hati dia ke?" Zafriel mengangkat bahu. Peluh di muka dilap guna baju. Dia melihat kereta Navier keluar dari parkir. "I hate her. She's too spoiled. I don't even have the urge too chop her up." bahu Zafriel ditepuk kuat oleh William. "Tuan Irwan, jangan cakap macam tu. Lagipun Tuan Irwan kan dah janji. Promises must be kept."

Rambut Zafriel dikusutkan. Dia menjeling William sebelum duduk di olympic flat bench. Berat 20 kilogram diletak ke dua-dua belah batang besi. "Apa aku kudu netepi janjiku? (should I keep my promise)" batang besi yang mempunyai berat ditolak ke atas dan ke bawah.

"Do you still think that promise meant anything? Answer me William." William hanya kaku dan berdiri tegak di sebelah Tuan Irwan dia. Menunggu amarah untuk reda. "I would like to see the point in keeping that promises.... I would like to see what that little kid could do to prove her self... Huu. To prove her worth on standing besides me..."

"Dheweke duwe syaraf kanggo nyoba lan ndemek pasuryanku! Carane brazen! Aku bungah yen aku wis cukup sabar. (She had the nerve to try and touch my face! How brazen! I'm glad I was patience enough)" pemberat di campak ke tepi.

William tidak bergerak dan kekal berada di sisi Zafriel. "I understand where this is coming from Tuan Irwan. But have faith in her. I really pray that she'll be the one who holds your hand. I'm starting to like her." William dijeling Zafriel lagi. Zafriel bangun dan tanggalkan baju untuk tukar pakaian.

"Bila masa je kau tak suka budak tu? Dari mula kenal lagi kau ambik side dia je. Aku kaya wong liyo saiki (I feel like a stranger now)." William ketawa sambil menutup mulut. "Jealous ke tu Tuan Irwan~"

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now