Zarieysa | 69

4.9K 197 20
                                    

Sudah 3 hari, Areysa masih turn on mood merajuknya. Zarith menyediakan sarapan pagi. Apabila dia selesai membuat telur goreng. Dia melangkah kearah tangga untuk mengejut anaknya.

Sampai sahaja dibilik Adeeb, Zarith menolak pintu bilik anaknya dengan perlahan. Dia berjalan kearah katil Adeeb. Dia melaburkan punggungnya di katil anaknya.

"Adeeb sayang, bangun. Sarapan jom." ajak Zarith. Adeeb menggeliat kecil. Dia mencelikkan matanya dan pandangannya dipenuhi oleh wajah babahnya.

"Ane mama?" tanya Adeeb.

"Mama dalam bilik tak keluar. Mama merajuk lagi." Adeeb hanya menganggukkan kepalanya.

"Makan jom."

Adeeb menganggukkan kepalanya. Zarith mendukung tubuh Adeeb dan dibawa ke dapur. Sampai sahaja ditangga, mereka berdua terserempak dengan Areysa.

"Jom makan. Abang dah siapkan sarapan." ajak Zarith. Areysa hanya menganggukkan kepalanya.

Areysa memicitkan kepalanya. Pagi-pagi dia sudah diserang dengan sakit kepala. Zarith yang perasan itu terus menoleh kearah isterinya. "Sakit kepala?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Boleh jalan?"

Areysa menganggukkan kepalanya. Haha dia buat silent treatment sobak. Tak mahu bercakap.

Zarith memimpin tangan Areysa sehingga ke dapur. Dia menarik kerusi untuk Areysa duduk.

Zarith meletakkan Adeeb disebelah Areysa. "Nak makan apa? Harini babah ada masak telur dengan nasi goreng."

"Adeeb nak nasi goyeng dengan telur. Oleh babah?" Zarith tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia mencedokkan nasi goreng dan diletakkan dipinggan Adeeb.

"Sayang nak apa?"

"Telur."

Zarith menjatuhkan kepalanya. Dia meletakkan telur pada pinggan Areysa. Mereka sarapan pagi dengan nyaman.

Selalu tak nyaman ke? Entah la eh, taktahu. Jangan tanya. Hahaha.

Sehari Areysa hanya baring sahaja di katil

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


Sehari Areysa hanya baring sahaja di katil. Kepalanya masih pusing. Dia memejamkan matanya agar bila dia bangun nanti peningnya sudah hilang.

Areysa terdengar pintu dikuak. Taktahu siapa, antara dua beranak tu. "Sayang..." suara garau menerpa.

Zarith melaburkan punggungnya disisi isteri. Dia meletakkan tapak tangannya diatas dahi Areysa. Tidak lah panas suhunya.

"Demam ke?"

"Taktahu."

Jawab Areysa. Matanya masih tertutup. Zarith bangun dari duduknya dan melangkah kearah meja yang tersusun cantik dengan kesemua collection beg tangan Areysa. Dia menarik satu laci lalu mengambil minyak.

MRS. ZARITH ADHAM | CDove le storie prendono vita. Scoprilo ora