Zarieysa | 51

4.6K 203 11
                                    

Zarith melangkah masuk kedalam bilik dengan matanya yang merah. "Mana sial tu?!" soal Zarith kearah Fayyad.

"Ada tu dekat sana." kata Fayyad sambil menunjukkan kearah Aisaar dan Zarif. Zarith melangkah kearah abang dan abang iparnya.

"Mana anjing tu?"

Aisaar dan Zarif terkejut dengan kehadiran Zarith. "Siapa jaga Eysa?"

"Mama." itu sahaja yang meluncur pada mulut Zarith pada waktu sekarang. Zarif dan Aisaar menganggukkan kepalanya sahaja.

Zarif dan Aisaar membawa Zarith ke tempat yang mereka meletakkan Julian, Adra dan Fadhi.

Sampai sahaja ditempat itu, Zarif membawa keluar Julian dan Fadhi. Zarif menolak sedikit bahu Julian agar Julian duduk.

"Hey bro apa khabar? Dengar cerita wife masuk hospital eh? Gugur ke belum anak kau tu?" Julian memang mahu mati gamaknya.

Zarith yang mendengarkan itu menjadi panas. Laju kaki menapak kearah Julian dan mencekik lelaki itu. "Kau siapa setan nak cakap macam tu?!" tegang sahaja situasi sekarang.

Zarif dan Aisaar hanya melihat sahaja. Tak mahu masuk campur pada waktu sekarang. Mereka menyilangkan tangannya didada melihat perbuatan Zarith.

Kalini biarlah Zarith yang buat kerja. Sebelum ni mereka berdua dah puas dah dengan anjing-anjing tu. Eh— bukan anjing guys tapi manusia tu. Maaf.

Julian tergelak. "Aku siapa?"

Dia macam tibe je tapi takpe la layan jela.

"Kau. Memang. Setan." satu persatu Zarith menuturkan kata itu. Dia semakin kuat mencekik Julian.

Julian seakan tidak ada nafas lagi. Cepat sahaja Aisaar dan Zarif mendapatkan Zarith.

"Dah-dah."

Zarith melepaskan Julian. Matanya tajam melihat wajah Fadhi dan Julian bersilih ganti. "Kau memang tak guna Julian. Kita berkawan. Tapi kenapa?! Kenapa kau buat aku macam ni?!" tengking Zarith.

Julian senyum sinis. "Sebabkan kau lamar si Areysa lah aku jadi macam ni Zarith. Sebabkan kau kahwin dengan Eysa lah."

Aisaar hanya melihat sahaja. Taktahu nak tunjuk riak apa sekarang ni.

"Kau memang setan!" Zarith menolak kuat badan Julian sehingga lelaki itu jatuh.

Zarith menyelok poketnya dan mengeluarkan sesuatu. Dia menghalakan Glock kesayangannya kearah Julian. Bertukar riak wajah Julian.

Aisaar dan Zarif agak terkejut dengan tindakan Zarith. "Weh! Tak payah bodoh!" tengking Aisaar.

"Disebabkan dia, bini aku koma! Dan disebabkan dia, anak aku mati!" Zarith mengemam bibirnya. Tubir matanya berasa hangat.

Zarif menjadi kesian dengan adiknya itu. Dia berjalan kearah adiknya itu. Lalu memeluk tubuh Zarith.

Zarif mengosok belakang badan adiknya itu. "Ya aku faham perasan tu, tapi jangan sampai nak bunuh dia."

"Tak bang! Kau tak faham!"

"Shh aku faham. Bincang elok-elok, kau penat ni." pujuk Zarif dengan lembut.

Air matanya mengalir. Sejak isterinya koma, murah air matanya tumpah.

Aisaar membantu Julian bangun. Dan dibawa kedalam biliknya kembali. Termasuklahd dengan Fadhi.

Kang tak bawak masuk nanti, lain pula jadinya.

Kang tak bawak masuk nanti, lain pula jadinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now