Pintu bilik dikuak dari luar. Zarith yang sedang duduk di katil sedang menyiapkan skrip baharunya memandang kearah pintu.
Terlihat Areysa memanjangkan kepalamya. Zarith yang melihat itu hanya menjongkitkan keningnya. Areysa tersenyum lalu berjalan kearah Zarith.
Dia merangkul badan suaminya itu lalu mencium seluruh wajah Zarith. Zarith memandang pelik kearah Areysa. Tapi dia hanya tersenyum sahaja.
"Sayang nak apa?"
Areysa hanya mendiamkan dirinya lalu meletakkan kepalanya dibahu tegap Zarith. Zarith hanya membiarkan sahaja.
Beberapa minit kemudian, Areysa mengangkat kepalanya dari bahu suaminya itu. "Thanks abang. Mwuahh."
Areysa bangun dari duduknya dan berjalan masuk kedalam kamar mandi. Zarith yang melihat itu hanya terkebil-kebil sahaja lalu menggelengkan kepalanya.
Areysa keluar dari kamar mandi dan berjalan kearah meja solek. Dia mencalit sedikit sunscreen di wajahnya. Setelah itu, dia berjalan kearah suaminya. Kelihatan Zarith sedang fokus menyiapkan kerjanya.
"Abang tengah buat apa tu?"
Zarith memandang sekilas wajah Areysa. "Tengah siapkan skrip baru. Kenapa yang?"
"Skrip baru? Cerita apa tu?" soal Areysa dengan teruja.
"Tajuk novel ni rahsia. Sebab abang buat khas untuk isteri kesayangan abang ni." tutur Zarith lalu mencuit hidung Areysa. Areysa tersenyum mendengarkan tuturan itu.
"Alaa abang ni sweet lahh."
Zarith hanya tersenyum dan mencium pipi kanan Areysa. Areysa hanya merenung laptop suaminya itu. Dia ralit melihat kerja suaminya itu.
Mereka berdua sedang menonton televisyen diruang tamu rumah Tengku Zanira. Tinggal mereka sahaja, yang lain semuanya ada hal."Sayang, sayang nak baby tak?" soal Zarith tiba-tiba. Terjongkit kening Areysa.
"Kenapa abang tanya macam tu?"
YOU ARE READING
MRS. ZARITH ADHAM | C
Random[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tanpa sengaja, Areysa telah menaruh hati kepada seorang jejaka. Tapi malangnya lelaki itu bersahabat ba...