[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲
𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚
Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tanpa sengaja, Areysa telah menaruh hati kepada seorang jejaka. Tapi malangnya lelaki itu bersahabat ba...
Areysa membuka mulutnya lalu bubur itu dimasukkan kedalam mulutnya. "Sedap?" soal Zarith.
Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Sedap! Pandai abang masak." puji Areysa. Manakala Zarith sudah menggarukan keningnya tidak gatal.
Kalau isterinya tahu pasal dia masak bubur macam air dan ini Zarif yang masak, mesti si Eysa ni gelakkan dia aje. 7 hari 7 malam asyik kena bahan.
Tiba-tiba terhenti suapannya apabila Areysa menggelengkan kepalanya. "Taknak." perlahan sahaja dia bersuara. Zarith yang mendengarkan itu hanya menganggukkan serta tersenyum.
"Okay. Nak turun tak? Kat bawah ada Aisaar."
Terukir senyuman pada bibir Areysa. "Nak!"
Dia sudah lama tidak berjumpa dengan abangnya. Bukan tidak berjumpa langsung, cuma jarang lah.
Zarith menganggukkan kepalanya. "Okay. Boleh, tapi sekejap abang letakkan mangkuk dekat dapur dulu."
Areysa menjawab. "Okay!"
Zarith turun kebawah bersama dulang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Selepas sahaja Aisaar dan keluarga kecilnya masuk kedalam bilik. Areysa dan Zarith juga masuk kedalam bilik untuk merehatkan dirinya.
Sekarang mereka sedang duduk di balkoni bilik lelaki itu. Areysa memandang wajah Zarith. "Abang sayangkan Eysa tak?" soalnya dengan senggihan. Berkerut dahi lelaki itu.
Sejak wanita ini mengandung semakin pelik dibuatnya. "Karang tak cakap sayang nanti, awak melalak." kata Zarith dengan sengaja. Wkwk
"Ish mana ada kita melalak! Abang ni takut sangat." ujar Areysa tanpa memandang wajah suaminya. "Ele macam abang taktahu perangai awak tu."