SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)

Start from the beginning
                                    

Setelah selesai makan, Ilyas mencuci pinggan dan gelas yang digunakan mereka seperti selalu. Ilyas tak benarkan April buat satu kerja pun dalam rumah ini bukan kerana April tidak berkemampuan tapi kerana dia tak nak orang yang dia sayang bersusah payah. Dia masih lagi boleh buat semua benda ini. Dia melayani April bagaikan ratu.

April menunggu Ilyas di ruang tamu sambil menonton televisien. Segelas air oren diletakkan di atas meja oleh Ilyas. Selalunya dia buatkan susu tapi hari ni April minta jus oren jadi dia buatkan.

"Saya dah nak gerak. Awak ada nak pesan apa-apa lagi tak? Saya dah periksa peti sejuk dengan kabinet. Barang mandian pun saya dah periksa. Awak ada apa-apa yang nak suruh saya belikan tak?" soal Ilyas. Dia layan April macam isterinya padahal mereka hanya kawan.

April mengeleng laju. Kalau dah periksa semua memang dah tak ada apalah April nak pesan. Ilyas terlalu baik untuk dia yang jahil. Memang seharusnya dia menjauhi Ilyas. Ilyas berhak bersama orang yang lebih baik daripadanya.

"Awak dah fikirkan apa yang saya cakap haritu?" soal Ilyas tiba-tiba. April mendongak memandang Ilyas disebelahnya. Kedua belah kening dinaikkan.

"Tentang lamaran saya." April tersentak. Dia masih ingat peristiwa itu?! April ingatkan dia dah putus asa dan cari yang lain rupa-rupanya dia masih menunggu jawapan April. Dia memang tak jijik ke dengan April? Memang dia sanggup memperisterikan orang seperti April?

"Awak masih nak kahwin dengan saya?" soal April takut-takut.

"Mestilah. Setiap malam saya berdoa awak akan terima lamaran saya. Saya pun dah bagitahu keluarga saya pasal awak."

"Kan saya dah tolak lamaran awak haritu. Kenapa awak memandai bagitahu keluarga awak?" soal April masih berlembut. Kalau cara kasar tak jalan, dia cuba cara lembut.

"Itu haritu. Mana tahu awak dah ubah fikiran." Ilyas tetap dengan pendirian dia mahu berkahwin dengan April. Dia tak kesah siapa April sebelum ini. Yang dia nampak sekarang adalah April yang dah insaf. Yang lalu biarkan berlalu.

"Saya takkan ubah fikiran. Awak, saya ni jijik, kotor. Entah-entah saya dah ada penyakit AIDS atau HIV" kata April lagi.

"Saya tak kesah. Saya kahwin dengan awak bukan atas dasar nafsu. Saya kahwin dengan awak sebab saya nak jaga awak. Nak bawa awak kembali kepada jalan Allah. Saya ikhlas nak tolong awak berubah. Saya cintakan awak kerana Allah, April Hetrisha" jujur Ilyas.

April terdiam seribu kata. Entah bagaimana lagi dia perlu menjelaskan kepada Ilyas..

"It will hurts you." Sepatah kata April membuatkan Ilyas hilang kata.

"Cinta akan merosakkan diri sendiri. Jikalau cinta awak agung, agungkan cinta itu pada Allah dan bukan manusia. Saya tak layak dijadikan isteri. Cari perempuan lain yang suci untuk dijadikan isteri, Ilyas" kata April.

Halkum Ilyas bergerak-gerak. Hatinya bagai dilemparkan ke dinding berkali-kali dan hancur berkecai berkali-kali.

"Kita akan bincang semula selepas saya balik dari majlis doa selamat Ryan" kata Ilyas. Membulat mata April.

"Doa selamat Ryan? Untuk Ryan ke orang lain?" soal April.

"Untuk Ryan sebab dia baru sedar dari koma selepas setahun setengah koma" jujur Ilyas. Membuntang luas mata April.

"Kenapa awak tak bagitahu saya?" soal April sedikit kuat.

"Bagitahu apa?" soal Ilyas kembali.

"Kenapa awak tak bagitahu saya Ryan masuk hospital? Awak tahu tak bensa ni penting untuk saya?" April berura-ura igun bangun tetapi dihalang Ilyas.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now