Bab 13

228 24 8
                                    

SEBULAN telah berlalu sejak perkahwinan itu, tetapi Ahnaf dan Nasywa masih belum mencapai keharmonian sepenuhnya dalam rumah tangga ini. Ahnaf gembira dengan perkahwinan ini, tetapi Nasywa masih bergelut untuk menerima perubahan besar dalam hidupnya. Nasywa tertekan dan mempunyai perasaan tidak pasti tentang perkahwinan itu. Dia cuba bersikap positif seperti apa yang telah disarankan oleh Irma, tetapi dia tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya yang mendalam. Ujian emosi dari Ahnaf menyebabkan dia semakin keliru dan sedih.

Sementara itu, Ahnaf berusaha keras untuk menggembirakan Nasywa. Dia agak kecewa kerana tidak dapat mengatasi tembok emosi yang dibina Nasywa. Usaha untuk berkomunikasi dan bersatu seolah-olah tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Walaupun Ahnaf berusaha memperbaiki keadaan, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan kekeliruan Nasywa terhadap perkahwinan itu.

Walaubagaimanapun, Ahnaf tetap tidak mahu mengalah untuk mengambil semula hati Nasywa. Sudah bertahun-tahun dia tunggu saat Nasywa menjadi isterinya, mana mungkin semudah itu dia akan mengangkat bendera putih dan melepaskan Nasywa. Tidak sama sekali. Dia masih sanggup tunggu bertahun lagi asalkan Nasywa tetap menjadi miliknya.

Sempena genap sebulan tempoh perkahwinan mereka, Ahnaf mengajak Nasywa pergi ke suatu tempat tetapi Ahnaf meminta Nasywa memakai pakaian sukan bersama kasut sukan. Tanpa banyak kata, Nasywa hanya turut saja kata-kata Ahnaf kerana dia masih ingat akan pesan Irma. Selagi Ahnaf tidak suruh dia melakukan perkara yang dilarang dalam Islam, dia wajib taat pada perintah suaminya.

Nasywa hanya mengenakan seluar trek longgar berwarna hitam dan baju T lengan panjang berkain jersi. Sedang Nasywa mengikat tali kasut sukannya, enjin kereta telah dihidupkan oleh Ahnaf.

"Dah, sayang?" Tanya Ahnaf sambil langkah didekatkan ke arah Nasywa yang masih duduk di atas lantai. Nasywa hulurkan tangannya ke arah Ahnaf untuk membantunya bangun. Ahnaf menyambut tangan itu dengan seyuman manis terukir diwajahnya.

"Senyum, senyum." Nasywa yang melihat itu terus menegur. Ahnaf menyengih.

"Dengan isteri memang kena selalu senyum. Dapat pahala. You senyumlah juga dekat I. Nanti dapat pahala tau."

Nasywa terus melemparkan senyuman lebar pada Ahnaf selama satu saat lalu wajahnya dimasamkan semula. Ahnaf kemam bibirnya tahan senyum. Comelnya! Tangan Ahnaf naik ke dadanya merasa pantas jantungnya berdegup. Nasywa saja yang boleh buat jantungnya berdegup dengan pantas. Hanya dengan sepotong senyuman boleh membuatkan Ahnaf angau.

Ahnaf memberhentikan keretanya diluar sebuah gelanggang permainan. Brek tangan ditarik dan penghawa dingin dimatikan. Nasywa disebelahnya terkebil-kebil memandang luar untuk melihat mereka berada dimana sekarang. Kepalanya ditoleh kepada Ahnaf.

"Kita dekat mana ni?" Tanya Nasywa.

"Kita dekat gelanggang badminton, cinta. Dah jom keluar. Eh! Jangan dulu.," jawab Ahnaf dan terus keluar dari kereta lalu berjalan ke pintu penumpang.

"Baby boleh keluar." tanpa banyak bicara, Nasywa melangkah keluar dari kereta.

"Kau bawa raket badminton ke?" Tanya Nasywa kerana dia tidak perasan jika Ahnaf sudah siap-siap membawa raket. Kalau tiada raket, bagaimana mahu bermain badminton?

"Semua benda I dah sediakan untuk you, isteriku. Hati I pun dah lama I sediakan untuk you. You tinggal sambut je." Nasywa cebik bibir mendengar jawapan Ahnaf. Ada saja perkara yang mahu dibalasnya. Saja mahu buat Nasywa rasa teruk sebagai seorang isteri.

Setelah raket badminton dikeluarkan dari bonet kereta, Ahnaf terus mencapai tangan Nasywa lalu terus berjalan masuk ke dalam gelanggang badminton itu. Nasywa hanya biarkan tangannya berada dalam genggaman tangan suaminya. Biarlah. Marah selalu, mahu kena serangan penyakit darah tinggi. Lagipula Ahnaf sememangnya seorang yang tak reti bahasa. Nasywa keraplah kata tidak dan jangan. Tapi suaminya tidak pernah hiraukan kata-katanya.

Bahagiakah CintaWhere stories live. Discover now