Bab 8

251 41 8
                                    

DI SEBUAH restoran mewah, Ahnaf, Nasywa dan Datin Syakira meluangkan masa bersama. Banyak soalan yang ditujukan oleh Datin Syakira kepada mereka berdua. Nasywa hanya jawab mana yang dia rasa nak jawab. Soalan lain dia serahkan pada Ahnaf saja untuk menjawab.

"Mama dengar korang berdua bercinta dari zaman belajar. Betul ya?" Datin Syakira bertanya.

"Kan Naf dah cerita dekat mama," balas Ahnaf acuh tak acuh. Tangan Ahnaf laju memotong daging lembut di pinggannya lalu diletakkan di pinggan Nasywa. Ahnaf memesan Grilled Australian Wagyu Steak untuk santapannya di restoran mewah itu tetapi potongan daging itu banyak masuk ke dalam mulut Nasywa berbanding dia.

"Eleh kamu pun baru beritahu mama. Kenapa tak beritahu dari dulu?" Datin Syakira mencebik. Anaknya ini tak pernah-pernah sorokkan suatu perihal dari pengetahuannya. Matanya ralit memandang perlakuan anaknya dengan Nasywa. Senyuman kecil terbentuk di bibir Datin Syakira.

Nasywa yang mendengarkan itu, menggigit bibirnya. Setahu dia semasa mereka menjadi pasangan kekasih, Ahnaf beritahu dulu yang dia sudah memaklumkan tentang hubungan mereka kepada ibu bapanya. Nasywa menatap wajah Ahnaf yang nampak serba salah. Nasywa geleng kepala perlahan.

Hilang sudah selera Nasywa untuk menelan daging itu dan juga Lobster Linguine kegemarannya. Bukan main dulu dia bahagia setiap kali Ahnaf beritahu mamanya suka akan dirinya. Rupanya tidak kerana ibu bapa Ahnaf langsung tidak mengenalinya. Ahnaf menipu rupanya selama ni. Mudahnya aku kena tipu, getus hati Nasywa.

"Hm Syuwa, sorry mama tanya, abah dengan umi Syuwa meninggal sebab apa ya?" Datin Syakira tanya lagi. Nasywa tersentak.

"Umi ada sakit. Kanser. Abah pula, meninggal kerana kemalangan." Tenang Nasywa menjawab.

"Lepastu Syuwa tinggal sorang?" Nasywa angguk.

"Syuwa dah biasa tinggal sorang-sorang lepas dari kejadian tu." Nasywa tersenyum nipis. Tangannya menguis isi udang yang masih tersisa sikit lagi.

"Tak apa, lepasni Syuwa tak sorang-sorang dah. Ahnaf akan jadi suami Syuwa."

Nasywa hanya tersenyum hambar.

"Mama tak sabar nak tengok korang berdua kahwin." Mata Datin Syakira bersinar-sinar.

Ahnaf menoleh kearah Nasywa yang duduk disebelahnya. Sebenarnya Ahnaf serba salah kerana mamanya bertanya soalan sensitif itu kepada Nasywa. Ahnaf tahu bahawa isu umi dan abah Nasywa adalah sangat sensitif buat Nasywa.

Selesai makan tengahari, Nasywa hanya duduk diam di dalam kereta Ahnaf yang masih tidak bergerak itu kerana Ahnaf leka memeriksa emel kerja di telefonnya. Mama Ahnaf sudah pulang terlebih dahulu dihantar oleh pemandu mereka.

"Ahnaf," panggil Nasywa.

"Yes?" Jari Ahnaf terus berhenti dari menatal skrin telefonnya. Mata fokus pada wajah Nasywa.

"Kenapa kau nak sangat kahwin dengan aku? Kau tak cintakan aku pun. Kau jadikan aku sebahagian dari dalam pertaruhan kau. After seven years, why now?" Nasywa mengajukan soalan yang sudah lama buat dia tertanya. Matanya hanya dihala ke hadapan tanpa memandang wajah Ahnaf disebelahnya.

"I cintakan you. I tak tahu bila rasa cinta itu hadir tapi apa yang I tahu sejak you pergi, hidup I rasa tak lengkap," balas Ahnaf. Fokusnya sudah tidak pada kerjanya.

"Tipu. Kau sendiri kata kau langsung tak ada perasaan pada aku waktu tu. Kau terpaksa. Kau kata aku perempuan yang membosankan. Sekarang kau nak kahwin dengan aku, adakah ini rancangan kau juga? Pertaruhan lagi?"

"Itu dulu. Sekarang semua perkara yang I buat untuk you datang dari hati I. I ikhlas. Bukan paksaan dari sesiapa."

"You know what Ahnaf, sekarang aku rasa aku betul-betul bodoh. Kau dah tipu aku, then here I am, duduk sebelah kau. Terima lamaran paksa kau. Aku ni lemah ke bagi kau Ahnaf? Aku ni seorang perempuan yang mudah ke pada mata kau? Kau permainkan hati dan perasaan aku. Lepas tujuh tahun, kau datang semula dengan sebentuk cincin dan paksa aku kahwin dengan kau. Why can't you just leave me alone?" Suara Nasywa bertukar sebak setelah menuturkan kata-kata itu.

Bahagiakah CintaWhere stories live. Discover now