Alyssa bangun lalu memandang Aryan. Setapak demi setapak dia maju. Setapak demi setapak Aryan mundur. Agak terkejut Aryan dengan tindakan Alyssa. Kenapa pula ni? Fiona dah marah ke?

Terlanggar belakang tubuh Aryan dengan dinding. Aryan sampai melekat ke dinding kerana Alyssa tidak henti mendekatinya sehingga tiada jarak antara mereka.

"Sweetheart, hubby tahu sweetheart marah sebab Luna-" Alyssa meletakkan jari telunjuk ke atas bibir Aryan. Tersekat kata-kata Aryan.

Jari telunjuk perlahan-lahan diturunkan. Jari telunjuk Alyssa bermian di dagu Aryan. Kemudian turun ke halkum Aryan yang bergerak-gerak. Semakin perit Aryan terasa di kerongkongnya. Jari telunjuk turun lagi ke bahu Aryan dan menari-nari di atas bahu Aryan. Dahi Aryan sudah berpeluh teruk. Aryan diam saja seperti patung cendana.

Turun pula ke dada Aryan. Jari telunjuk Alyssa melukis-lukis di atas dada bidang Aryan. Aryan pandang setiap tindakan Alyssa. Alyssa mendongak memandang Aryan dengan pandangan menggoda. Senyuman seksinya ditayangkan. Membulat mata Aryan. Apakah yang sudah merasuk isterinya?! Kenapa miang sangat malam ni?!

"Sweetheart buat apa ni? Nanti Arjuna nampak lah" kata Aryan. Alyssa tidak hiraukan.

Garis rahang Aryan yang tajam dimainkan lagi. Sekali tangannya bermain ditempat sensitif Aryan iaitu telinganya.

"Sweetheart, stop" kata Aryan sambil menangkap tangan Alyssa. Berkerut sedikit dahi Alyssa.

"Sweetheart, nanti Arjuna nampak. Lagipun bukan sweetheart tak sedia lagi ke? Hubby tak nak tersalah langkah" kata Aryan lembut. Alyssa kembali senyum seksi.

Wajah dibawa dekat dengan leher Aryan lalu dicium sekali. Tegak bulu roma Aryan 90 darjah. Alyssa naikkan kening sekali. Aryan tersenyum sinis faham akan maksud Alyssa.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Alyssa yang sedang memasak di dapur dipeluk Aryan dari belakang. Alyssa berpusing memandang Aryan.

"Nanti Arjuna nampak." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan cium hujung hidung Alyssa.

"Bukannya kita tengah buat apa-apa. Peluk je. Salah ke?" soal Aryan kembali. Alyssa tersenyum lalu menggaul lauk di dalam periuk itu.

"Be honest with me, apa yang sweetheart buat semalam sebab sweetheart jealous dengan Luna kan?" soal Aryan tiba-tiba. Alyssa terdiam.

"You should be jealous. You have the rights. But don't leave me. That's wrong. Trust me, all the words that comes out from her mouth are lies." Aryan cium bahu Alyssa sekali.

"Thanks for staying with me till now. I love you, sweetheart" luah Aryan. Alyssa tersenyum kepadanya.

Pipi Aryan dicubit Alyssa. Berkerut dahi Aryan. Alyssa senyum lebar. Pipi Aryan dicium Alyssa.

"I love you too, bapak singa." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Bapak singa? I love you more, fiona" balas Aryan. Membulat mata Alyssa.

"I love you more, hulk!" Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"I love you eternal, my kitty" kata Aryan sambil mengusap bibir Alyssa.

Mereka saling berpandangan. Aryan makin merapati Alyssa. Dahi bertemu.

"Papa! Mama!" Jerit Arjuna sambil berlari ke dapur. Terus Alyssa menolak Aryan jauh sehingga berpusing Aryan ingin memaut pada peti sejuk belakang. Aryan membuka peti sejuk berpura-pura seperti sedang mencari barang.

"Papa, mama Una lucis cambar tite" kata Leissandra sambil menghulurkan satu lukisan keluarga. Ada Aryan, Alyssa, Leissandra di dalam pimpinan Alyssa dan Arjuna di dalam pimpinan Aryan.

Aryan mendekati mereka lalu bercangkung di hadapan Arjuna.

"Good job, it's so amazing" puji Aryan ikhlas. Kertas itu dipandang lama dengan senyuman lebar.

Alyssa merapati mereka lalu disentuh bahu Aryan. Aryan berdiri tegak dan diberikan kertas itu kepada Alyssa.

"Cantik sangat. Pandai anak mama lukis. Nanti kita lekat dalam bilik belajar." Puji Alyssa pula.

"Dah, sekarang pergi cuci tangan lepastu duduk dekat ruang makan untuk makan tengahari" kata Aryan.

"Yes, sir!" Arjuna menabik hormat kepada Aryan sebelum berlari ke arah singki dan menggunakan tangga kecil yang selalu digunakan mereka untuk mencuci tangan.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

3 minggu kemudian..

Alyssa sedang memerhati Aryan, Leissandra dan Arjuna yang sedang bermain di tengah halaman itu. Bergelak ketawa, senyuman lebar, berguling di atas rumput. Bahagia dia melihat keluarga yang dia bina bersama Aryan akhirnya berjaya diselamatkan.

Aryan berjalan mendekati Alyssa di bangku hujung. Punggung dilabuhkan disebelah Alyssa sebelum membaringkan kepalanya di atas riba Aryan. Alyssa biarkan saja. Kalau ditolak bukan Aryan dengar pun.

"Are you okay, sweetheart?" soal Aryan. Alyssa mengangguk dengan senyuman manis. Kepala menunduk memandang Aryan. Tangan bermain dengan ubun-ubun Aryan.

"I'm so happy. We finally made it till here. Apa akan jadi pada hubby kalau sweetheart betul-betul tinggalkan hubby dulu?" Tangan Alyssa diambil lalu dicium sekilas.

"Sweetheart ada satu hadiah nak bagi hubby." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan menaikkan sebelah kening.

Tangan disorokkan ke bawah peha dan ditarik satu benda yang panjang. Ditunjukkan pada Aryan. Bingkas Aryan bangun lalu memegang tangan Alyssa. Alat kehamilan itu dipandang lebih dekat.

"Betul ke ni, sweetheart?" soal Aryan teruja. Alyssa mengangguk laju.

"Alhamdulillah." Alyssa ditarik ke dalam pelukannya. Dahi Alyssa dicium.

"Thank you so much, sweetheart." Air mata Aryan ditubir matanya dikesat.

"Kids! Gather around!" Jerit Aryan. Mereka berdua berlari mendekati Aryan dan Alyssa.

"Are you guys ready for a surprise?" soal Aryan. Leissandra dan Arjuna mengangguk laju.

"We're having new family members" kata Aryan teruja. Arjuna dan Leissandra diam saja. Tak faham dengan maksud Aryan.

"What I mean was, mama is pregnant." Baru Arjuna dan Leissandra menyorak kegembiraan. Mereka lompat sambil menjerit

Aryan memeluk bahu Alyssa dari tepi. Senyuman lebar ditayang diwajah mereka. Senyuman kebahagiaan.

-- THE END --

Dengan segala hormatnya saya ingin mengesahkan Kau Tetap Sempurna telah tamat!🥳🥳 Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua readers yang sanggup merugikan masa membaca cerita saya yang tak seberapa ini. Saya ingin memohon maaf jika ada yang tak memadai keinginan readers. I'm gonna miss you guys so much😭😭 Dengan itu saya ingin mengundur diri... Semoga bertemu di kisah seterusnya.. kalau rajin🤣🤣

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now