Tak dapat nak jelaskan betapa malu dan terkejut Alyssa dengan kemunculan Aryan tiba-tiba. Terlupa pula Aryan akan balik awal hari ni. Dia nampak ke Alyssa menari tadi? Tak kut..

"Any explanations?" soal Aryan sambil memandang Alyssa yang sedang menunduk. Jari jemari dimainkan. Aryan tersenyum miring.

Alyssa memakai alat pendengaran itu jadi dia dapat dengan jelas apa yang Aryan katakan.

"Sweetheart, I'm talking to you. Do you bother to explain anything to me right now before your punishment?" Alyssa terus mendongak memandang Aryan dengan mata membulat besar. Sebelah kening Aryan jongketkan.

"I'm sorry." Itu saja yang Alyssa dapat katakan sekarang. Dia sedar yang dia telah langgar syarat Aryan dan tak ada apa yang boleh dia jelaskan lagi semuanya dah terang lagi bersuluh. Hanya permohonan maaf yang mampu dilakukan sekarang.

Aryan melangkah selangkah mendekati Alyssa dengan senyuman miring.

"Do it again." Kata Aryan selamba membuat Alyssa keliru. Do it again apa? Minta maaf? Merayu? Menangis? Atau...

"Dance in front of me again." Terbuntang luas mata Alyssa berserta mulutnya. Apakah permintaan yang tidak masuk dek akal ini?

"Do it or I make it hard for you" kata Aryan dengan wajah seriusnya. Senyuman nakalnya sudah mati ditukar dengan wajah bapak singa. Alyssa menelan liur berkali-kali. Jari jemari digenggam erat.

Aryan semakin mendekati Alyssa sehingga Alyssa tersandar pada dinding belakang.

"So you're not gonna listen? You rather get punishment I see.." Laju Alyssa mengeleng apabila dapat menangkap maksud 'punishment' yang Aryan maksudkan.

Alyssa bergerak ke ruang tamu perlahan-lahan sambil Aryan mengikutinya dari belakang. Bibir Alyssa gigit menahan gugup. Dalam rumah ini hanya ada mereka berdua tetapi sangat memalukan baginya untuk menari di depan orang lain.

Headset dipakai sebelum lagu dipilih dari telefon pintarnya.

"Tell me about the song first. I wanna hear it too" kata Aryan yang sudah melabuhkan punggung di sofa itu sambil menyilang kaki kiri di atas kaki kanan. Tangan didepa ke atas kepala sofa.

Alyssa menelan liur berkali-kali sebelum menghulurkan telefon pintarnya kepada Aryan. Lagu yang dipilihnya membuatkan sebelah kening Aryan ternaik. Lagu apa ni? Tak pernah dia dengar lagu ni. Dia sangkakan Alyssa akan menari lagu-lagu yang dia tahu tetapi...

Alyssa mengundur ke tengah ruang tamu sambil mencengkam sisi seluarnya. Takpayah nak jelasankan panjang-panjang buat je lepastu habis.

Mata dipejam rapat agar merasakan bahawa dia berseorangan di sini. Butang start ditekan dan Alyssa menarik nafas dalam. Aryan pandang Alyssa dengan pandangan tajam.

Unnai thottal En Ullathai
Norukka maattiyo
Ennai pola pennai parthu
Mayanga maattiyo
Kannil kannai pootti vittaal sirikka maattiyo
Ennai unnil sooti vittaal
Ottikka maattiyo

Terkejut Aryan melihat Alyssa menari lagu hindustan. Entah Aryan tahu itu tarian sebenar atau tidak tapi Alyssa menari dengan penuh karisma dan tenaga membuatkan Aryan terkesima. Nak gelak tapi ditahan. Bibir diketap rapat.

Kaisa sharmana tujhe nach ke dikha doon
Mera ho jaye jo mein parda gira doon
Aa tujhe akhiyon mein apne basaa loon
Aa tu na nakhre dikhaa

Wanna be my chammak challo
Wanna be my chammak challo
Wanna be my chammak challo

Tarian Alyssa terhenti apabila merasakan tubuhnya berlanggar dengan sebuah tubuh yang tegap. Mata dicelik pantas sebelum tangan Aryan melingkar dipinggangnya dan menarik Alyssa ke dalam pelukannya.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now