5; football match.

12 1 0
                                    

PADA minggu ini, Hujan dan pasukan bola sepak sekolah itu akan sibuk dengan latihan kerana berbaki lagi sebulan perlawanan bola sepak peringkat kebangsaan akan dimulakan.

Hujan dan semua ahli pasukannya yang berada di padang bola itu ditatap oleh Bulan. pada mulanya, dia cuma mahu keluar kerana bosan di rumah. namun teringat pula tentang Hujan yang mempunyai latihan pada petang ini.

Bulan berjalan ke arah mereka sambil membawa makanan dan minuman. seraya itu, sempat dia mengerling ke arah Hujan yang sedang menedang bola ke atas dari jaring gol dengan begitu kuat. sejujurnya, Bulan kagum-dengan sosok itu.

"hai Bulan!" sapa Laitheef sambil melambaikan tangannya.

"hai kakak ipar!" laung Haieqarl pula.

lantas tanpa bersedia, Haieqarl menerima sepakan padu di pinggulnya yang diberikan oleh Hujan. Bulan yang melihat hal itu, hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. namun dia tahu, sebenarnya Hujan itu sedang menahan malu.

memandangkan jurulatih mereka pada hari ini tidak hadir untuk sesi latihan kali ini, maka Hujanlah yang menguruskan skop latihan mereka kali ini. jadi, mereka semua perlu mematuhi peraturan yang dikemukakan oleh Hujan.

"gais, sudah dulu. mari makan," ajak Bulan.

mendengarkan itu, kesemua berpaling dahulu menghadap Hujan untuk mendapatkan kebenaran darinya. setelah Hujan mengangguk, barulah mereka semua berlari anak menuju ke arah Bulan.

"macam mana kau tahu?" soal Hujan apabila tiba di hadapan gadis itu.

"tahu apa?" tanya Bulan pula, tidak jelas.

"tahu yang kami ada training hari ini?" sambung Hujan.

"you told me, remember?" ujar Bulan sambil merenung anak mata lelaki itu.

"oh, maaf. aku terlupa," kata Hujan sambil menggosok belakang kepalanya. terlupa, bahawa dia sememangnya kerap memberitahu tentang jadualnya kepada Bulan.

"tak apa, Hujan. dah, jom duduk. kita makan sama-sama," ajak Bulan.

setelah itu, mereka duduk di atas rumput padang yang kering itu. namun sebelum Bulan duduk, Hujan sempat membuka mengalaskan seliparnya yang besar untuk Bulan duduk.

"salamat, Hujan." ujar Bulan dan dibalas dengan anggukan oleh Hujan.

semasa makan, Hujan sempat bertanya, "kau beli semua ni dekat pasar malam tu ke?"

"iya, tadi aku bosan jadi aku keluarlah kejap. lepastu teringat yang kau ada training hari ni, itu yang aku datang," ujar Bulan panjang lebar.

"oh, patutlah. tadi kau study?" soal Hujan.

"nope, aku baca novel tadi."

"iya? best ke Bulan? cuba cerita," suruh Hujan.

"mestilah! aku baca sekerat hari je tau," ujar Bulan. setelah itu, dia mula berceloteh tak jelas menceritakan alur cerita novel yang barusan saja dia baca tadi.

Hujan yang berada di situ menumpukan perhatian sepenuhnya melayani karenah Bulan seadanya. dia juga turut meluahkan rasa geramnya terhadap hero kedua yang red flag itu.

"lepastu kan, kau tahu tak... hari ini aku sedihlah," kata Bulan seraya mencebikkan mulutnya.

"kenapa? cerita sini," ucap Hujan, serius.

seterusnya, Bulan bercerita pula tentang harinya yang agak menyedihkan itu. ternyata, sebelum tiba di situ, tayar motosikal Bulan tiba-tiba pancit, jadi Bulan terpaksa menaiki basikal. tambahan pula, semasa Bulan pergi ke pasar tadi, ada seekor kucing mencakar tangannya sewaktu dia mencuba untuk memberi makan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

mahal kita.Where stories live. Discover now