2; rooftop.

29 2 4
                                    

MALAM itu, Hujan balik ke rumah dengan senyuman yang penuh menghiasi bibirnya. hatinya tenang dek kerana terngiang akan wajah Bulan yang bersinar indah selama dia bersamanya tadi.

namun, apabila dia membuka sahaja pintu 'rumahnya' itu langsung saja dirinya dibaling botol kaca oleh bapanya.

"kau pergi mana, anak sial?!" tengking ayahnya. Hujan terdiam, tidak mampu berkata apa. kepalanya masih berdenyut sakit malahan terluka.

"jawab, bodoh! kau pergi mana?!" ayahnya masih lagi bertanya soalan yang sama.

"Dra pergi study... dengan kawan" ujar Hujan sambil menahan sakit.

"heh, pergi study lah konon! kau dengar sini eh anak tak guna, kalau jadi apa-apa dekat kau, kau jangan nak menyusahkan aku eh! kau tu dahlah beban keluarga! kalau kau hidup pun sia-sia je!" ayahnya berkata dengan penuh amarah.

tetapi, Hujan hanya diam. sudah kebal dengan segala kata kasar yang diungkapkan oleh ayahnya kepadanya.

melihat reaksi Hujan yang tidak mengendahkannya, Encik Dario Jeandre- ayahnya Hujan langsung memukul muka Hujan dengan kuat.

BUK

"urgh," akhirnya terkeluar juga erangan dari mulut Hujan yang sedaya upaya ditahan sebentar tadi. namun Encik Dario tidak menghiraukannya lantas berlalu masuk ke dalam bilik.

sebelum Hujan bisa bangkit sepenuhnya, dia terdengar pintu dibuka dari luar- menandakan ibunya sudah pulang.

tidak lama kemudian, dia melihat ibunya masuk ke dalam rumah dengan berpakaian seksi dan sangat ketat. malah, bau arak juga terlalu kuat sehingga menusuk hidungnya.

'oh, jadi ibu baru pulang dari 'kerja',' monolognya. seterusnya, Hujan hanya menyapa ibunya dengan pandangan redup.

Puan Marlyiana masuk ke dalam rumah dengan terhuyung-hayang sambil melihat keadaan anak laki-lakinya. "Dra, ayah kau pukul kau lagi?" seperti kebiasaannya, soalan itu ditanya.

Hujan hanya mengangguk dan berlalu ke dapur. dia sudah begitu pasrah dengan keadaan sehari-hariannya. kadangkala, dirinya berdoa agar dilahirkan sebagai anak yatim piatu. kerana kedua ibu bapa sama sekali tidak berguna.

dari sudut Bulan di rumahnya, dia juga sedang menahan rasa yang begitu dalam dek kerana ibu bapanya.

sejurus Bulan masuk ke dalam rumahnya, dia sudahpun diserang oleh ibunya.

"woi anjing! kau pergi mana hah malam-malam macam ni?! kau ingat rumah ni hotel ke yang kau boleh keluar masuk ikut suka hati kau je?!" ujar ibunya, Puan Hanila.

belum sempat dia berkata apa-apa, dirinya diserang lagi oleh bapanya- Encik Rattaf.

"oh anak sial baru jumpa jalan balik rumah, ya? kau memang tak sedar ke sekarang pukul berapa?" ujaran ayahnya membuatkan Bulan automatik melihat ke arah jam tangannya.

09:30 PM.

'it's still just 09:30 p.m. right? bukannya tengah malam lagipun,' monolog hatinya.

"ini semua disebabkan kau lah, Ratta! mesti dia turun perangai kau yang tak guna tu, balik lewat malam! anak dengan bapak sama saja!"

"eh perempuan! kau yang selama ni beriya-riya nakkan anak kan? lepastu bila dah dapat kau layan dia macam sampah pulak! mak jenis apa kau ni, hah?!"

"eh aku cuma nak kukuhkan nama aku sebagai pewaris Papa lah! kau ingat aku hingin sangat ke budak ni?"

"kau memang sial, Nila! kau jangan ingat aku tak tahu yang kau balik lewat malam sebab keluar dengan lelaki lain? maaf Nila, kerja kau tak clean."

mahal kita.Where stories live. Discover now