3; renjana.

39 2 6
                                    

Hujan Deandra's POV.

AKU bangun di sepertiga malam seperti kebiasaannya. waktu ini, langit yang gelap itu terlihat begitu indah, kerana kehadiran purnama yang mengambang dan bintang-bintang yang berkerlipan.

atmaku lantas menjadi damai dan tenang, seolah-olah terpukau dengan kecantikkan si purnama. malah membuatkan aku juga terleka, sehinggakan terlupa apa yang ingin aku lakukan.

sejurus itu, aku bangun dari tempat tidurku lantas menyucikan diri lalu menunaikan solat tahajjud seperti biasa. pada sujud yang terakhir, aku sujud dengan begitu lama. tanpa disedari, pipiku mulai basah dengan air mata yang mengalir tanpa henti.

di sepertiga malam itu, aku menangis tanpa suara. aku berasa diri ini terlalu berdosa kerana dilahirkan di dalam lingkungan keluarga yang tidak menitikberatkan soal agama.

aku malu, sama Tuhan.

orang-orang selalu berkata, sebaiknya aku harus bersyukur kerana masih mempunyai orang tua. namun, kondisi keluargaku tidak sama seperti yang lainnya. mungkin masih ada sesetengah manusia yang akan memahaminya, namun tahukah kalian betapa beratnya hidup tanpa kasih sayang ibu bapa?

sejujurnya, aku mahu lari sahaja dari kehidupanku yang sekarang. namun, aku perlu sedar- aku berpijak di bumi yang nyata. realiti sentiasa mencengkam atma. ayahku masih lagi mabuk setiap malam dan memukulku setiap kali aku pulang ke rumah. ibu masih lagi melakukan kerja jijiknya setiap hati yang dikatakan sumber pendapatannya. malah, aku juga tiada hak untuk bersuara.

kerana itu, aku malu. aku malu dilahirkan begini. seharusnya, aku sudah bahagia. ternyata, masih jauh jalan penamatnya.

namun, aku juga berasa lega- kerana setidaknya aku berjumpa dengan Dhenilea. gadis semanis gula, bahkan lebih manis dari gula.

kehadirannya menciptakan gelora di jiwa, dan untuk itu aku bersyukur kerana bertemu dengannya. walaupun pertemuan kami tidaklah begitu lama, namun dia berhasil membuatkanku jatuh ke dalam sanubarinya.

sesungguhnya, aku berasa damai- apabila bersamanya. perasaan itu sama juga seperti aku melihat bulan di langit yang gelap. dia sentiasa bercahaya walaupun tidak seperti matahari yang mampu menyinar seluruh atmosfera, namun cukup buat menyinari hidupku yang gelap gelita.

soalnya, gadis sehebat dia- merupakan idamanku semenjak kali pertama kami bertentang mata.

aku harap dia baik-baik sahaja, kerana aku sedang berusaha untuk memilikinya.

mungkin ini hanya sebuah angan-angan, tidak mungkin gadis secantiknya akan memandangku, bukan? namun, aku tetap perlu berusaha. agar aku bisa memilikinya pada saat akhir cerita ini.

++++++++++

PETANG itu, Bulan dan Hujan pulang dari sekolah ke rumah bersama-sama lagi, dan sepertinya keadaan ini akan menjadi satu rutin buat mereka.

"Hujan, jom makan ramen malam ni, nak?" ajak Bulan.

"aku on je, dekat mana?"

"rooftop blok kita?"

"alright, see you later! " Hujan pun berlalu masuk ke dalam rumahnya sambil sempat melambaikan tangan kepada Bulan.

sebelah malamnya, hasrat Bulan seharusnya ditunaikan. Hujan membawa sebuah periuk yang berisi ramen itu naik ke atas rooftop. tugasnya, memasak. apabila sudah sampai di atas, dilihatnya ruangan rootfop itu sudah dihias dengan cantik oleh Bulan.

"pandai kau eh, nak ramen night dinner dengan aku siap hias cantik-cantik," tutur Hujan.

"yelah, nak dating dengan kau kot," selamba Bulan membalas. walhal, telinga Hujan sedari tadi sudah memerah.

mahal kita.Where stories live. Discover now