4; al-khaled.

9 2 6
                                    

TAHUN ini, Bulan dan Hujan sudahpun berumur 17 tahun walaupun belum genap umurnya kerana ulang tahun mereka belum tiba. sesingkat itu masa berlalu, tahun ini merupakan tahun terakhir mereka berada di akademik ini.

pada tahun ini juga, mereka akan menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam era persekolahan mereka iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

suasana hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang itu damai sekali. semua pelajar terlihat bahagia kerana dapat bertemu kembali rakan-rakan mereka. seperti itu juga perasaan Bulan-kerana dapat bersua kembali bersama Hujan.

walaupun mereka sering bertemu di kawasan perumahan mereka, tetap saja tidak sama kerana Hujan dengan berpakaian uniform sekolah itu lebih menarik perhatian Bulan.

tersedar sesuatu, Bulan lantas membetulkan kembali niatnya ke sini. dia datang ke mari hanya kerana ingin menuntut ilmu, bukan untuk bercinta. lagi pula, mereka masih berkawan dan masih bukan mahram. seharusnya, Bulan harus tetap menjaga.

sejurus itu, Bulan berjalan memasuki kelasnya pada tahun ini-5 Al-Khaled.
masih di kelas pertama, namun dia melihat ada banyak muka baharu. kemudiannya, Bulan terus mencari tempat duduk. namun secara tidak sengaja, dia memilih tempat duduk membelakangi Hujan.

Hujan yang tadinya meletakkan kepala di atas meja seperti kebiasaannya lantas duduk menegak kerana perasan akan kehadiran Bulan dibelakangnya. dia memusing ke belakang lalu tersenyum manis sambil menatap alur mata gadis itu.

"mabuhay, Dhenilea!" sapa Hujan.

"hai, Hujan," balas Bulan, segan.

"kau segan dengan aku ke Bulan?" terus soalan itu terpacul dari mulut Hujan.

"bukan segan, cuma kekoklah.. lama tak jumpa kau." ujar Bulan.

"tak apa, take your time. nanti kita akan selalu bersama lagi." tutur Hujan sambil tersenyum manis.

tanpa mereka sedari, terdapat empat pasang mata yang sedang memerhati adegan itu dari tadi.

"aku bau something fishy," ujar salah seorang dari mereka sambil melihat ke arah Hujan dan Bulan.

"itu Hujan, kan? leader kita?" tanya seorang lelaki kepada rakannya.

"haah, Theef! anjai kita sekelas dengan dia doh!" balas rakan itu pula.

Bulan dan Hujan yang mendengarkan itu lantas mengalihkan badan ke arah mereka.

"er, hai?" ujar kedua-duanya.

"Theef? Qarl?" soal Hujan pula.

"hai, kapten!" sapa kedua rakan tersebut.

"ehh takyahlah panggil aku macam tu, segan siot." Hujan senyum segaris sambil mengusap lehernya.

"er, siapa?" soal Bulan tertanya-tanya kepada Hujan. semua yang menyedarkan hal itu, lantas memperkenalkan diri mereka.

"hai, aku Saffrina Aai'syah. panggil Saff, dulu aku dari kelas al-Hayyith." ujar rakan pertama.

"aku, Fath Laitheef. boyfriend Saff-" lelaki beralis mata kehijauan itu pula bersuara namun tidak sempat mengnoktahnya aksaranya.

"Laith!" tanpa membiarkan lelaki itu menyambung ayatnya, Saffrina terlebih dahulu mencubit lengan Laitheef.

"eh adoi! tak tak, still childhood friend Saffrina! aku pun kelas sama dengan dia. panggil je aku Theef," ujarnya sambil menahan sakit kerana dicubit oleh Saffrina. Mereka yang berada di situ hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"aku pula, Hanniyyah Adrieana. dan budak ini, adik kembar aku- Haieqarl Adrien. kita orang semua dari kelas Al-Hayyith." kata Hanniyyah sambil menunjuk ke arah lelaki di sebelahnya. uniknya, wajah mereka seiras dan mempunyai alis mata berwarna hazel.

mahal kita.Onde histórias criam vida. Descubra agora