Shaera memandang langit sebaik saja dia berada di luar dewan kuliah.
"Arran... Shae dah pandai jaga diri, jangan risau ya." Itulah ucapan Shaera saban hari setiap kali dia dongak ke atas langit untuk melepaskan rindu pada Arran.
Masa awal dia dapat tahu Arran korbankan diri untuk kembalikan dia ke dunia, dia mengalami kemurungan dan berkurung saja dalam bilik tanpa makan mahupun minum kerana tidak dapat menerima kenyataan Arran mati sebab dia. Namun sekarang, dia sudah boleh menerima takdir.
Shaera melangkah dan ada angin seakan menyapa membuatkan langkahnya terhenti sejenak. Dia toleh memandang sekeliling kerana dapat rasakan macam ada orang berdekatan tapi dia menyambung langkah setelah lihat tiada orang di situ.
MAKAN malam dijalankan seperti biasa dengan penuh meriah lagi-lagi Dominic yang kerjanya nak usik saja Puan Pearl tanpa henti, mentang-mentang tengah mabuk bercinta. Shaera pun kadang-kadang jadi bahan mengusik Dominic sampaikan mereka tak boleh nak berhenti ketawa.
"Shaera, uncle ada surprise untuk Shaera." Kata Dominic. Dia sudah dapat biasakan diri dengan panggilan 'uncle' setiap kali berbual dengan anak saudara kepada wanita dia cintai.
"Surprise apa?" Shaera menyoal pelik.
Dominic pegang tangan Puan Pearl, mereka berdua senyum sesama sendiri sebelum kembali memberi tumpuan pada Shaera.
"Shaera pergi tengok luar, surprise tu ada kat sana." Kata Puan Pearl lembut.
Shaera dengan polos mengikut saja apa yang ibu saudaranya kata. Dia melangkah menuju ke arah luar rumah.
Dominic dan Puan Pearl senyum perhatikan saja kemudian Dominic membisik sesuatu.
"Agak-agak kita kena maki ke tidak?" Soal Dominic. Risau pula kalau Shaera tiba-tiba guna ilmu yang diajar bercampur dengan kelebihan Raven, mahu huru-hara nanti.
Puan Pearl tergelak saja, ada-ada saja Dominic ni.
"She will be happy with the surprise." Kata Puan Pearl pada Dominic.
Dominic angguk sekali.
Shaera keluar dari ke halaman rumah, dia tercari-cari kejutan yang dikatakan oleh Dominic dan Puan Pearl tadi hinggalah langkahnya terhenti betul-betul depan halaman rumah lapang.
Dia menekup mulut melihat satu sosok berpakaian serba hitam dengan kedua belah tangan dalam poket seluar sedang memandang ke arahnya.
"Arran..." Terpaku di tempatnya tidak percaya.
Arran senyum.
"Kau tak rindu aku?" Lembut saja Arran berkata pada Shaera sambil dia depakan tangan.
Shaera apa lagi, terus saja dia berlari anak memeluk tubuh Arran. Muka disembam ke dada lelaki itu.
Arran membalas pelukan Shaera.
"You missed me that bad, huh?"
Shaera angguk sebelum bertembung dengan iris merah Arran.
"Shae ingat Arran dah..."
"Mati?" Arran sambung ayat Shaera bila lihat gadis itu macam takut-takut mahu mengungkap perkataan tersebut.
"Don't say that word." Kata Shaera, tidak suka mendengarkan perkataan itu.
Arran senyum, dia kucup dahi Shaera. Gadis itu pejam mata, sentuhan yang dirindukan.
"Macam mana kau... boleh hidup?" Shaera menyoal ingin tahu. Dia memerlukan kepastian macam mana perkara yang mustahil ini boleh berlaku.
Arran senyum saja.
"Sometimes you need to remember that our world is enigma." Itu ungkapan yang diberi oleh Arran sebagai jawapan kepada soalan Shaera.
Shaera awalnya bingung tapi setelah hadam maksud ayat Arran, dia angguk juga. Enigma... membawa maksud misteri.
"Tapi kalau kau tetap nak tahu juga, let 's just say aku terima peluang kedua untuk hidup bersama perempuan yang aku cinta." Ujar Arran.
Shaera terus berona merah wajahnya senasa nendengar ayat Arran. Aduh... baru jumpa dah kena panahan ayat manis.
"You still look cute when blushing." Usik Arran.
Shaera tumbuk lembut dada Arran dengan senyuman malu.
"Excuse me, lovebirds." Arran dan Shaera pandang Dominic yang merangkul bahu Puan Pearl.
Arran kerut dahi, dia pandang Shaera.
Seperti memahami persoalan dalam kepala otak Arran, Shaera menjawab.
"Nanti Shae cerita." Arran angguk faham, dia pandang semula pasangan itu.
"Apa kau nak?" Arran menyoal, sibuk je kacau moment melepaskan rindu dia bersama Shaera.
"Oh ya, sebelum aku cakap apa yang aku nak cakap yang gadis kesayangan kau dah tahu guna kelebihan dia."
"Itu aku tahu." Jawab Arran, dia memang tahu sebab Dominic dah beritahu jadi tak perlulah nak ingatkan lagi perkara sama.
"Okay good, lagi satu aku nak cakap yang... aku dengan Pearl nak pergi bercuti, so korang berdua spend time berdua lah ya. Honeymoon pun boleh kalau nak." Kata Dominic selamba sebelum dia dan Puan Pearl tiba-tiba ghaib.
Arran dan Shaera terkedip-kedip. Mereka pandang satu sama lain sebelum meledakkan tawa.
"So... I guess it's two of us now." Kata Arran.
"Yup, just the two of us." Ujar Shaera masih merangkul sisi badan Arran.
"Kau nak tengok bintang?"
"Bintang?"
"Ya, nak tengok?"
"Boleh. But hold on tight." Shaera pelik bila Arran menarik tubuhnya untuk lebih rapat, rangkulan pada pinggang pun dikemaskan.
Muncul sepasang sayap burung berwarna hitam di belakang tubuh Arran. Terkejut Shaera dibuatnya, macam mana lelaki mata merah ni boleh ada sayap pula.
"Remember, Shae. We live in the world full of enigma."
Shaera angguk, dia tak boleh kata apa sebab banyak benda aneh sudah dia lihat sepanjang hidupnya. Jadi tiada apa lagi perlu dipersoalkan kerana dunia ini penuh dengan pelbagai perkara di luar kotak fikiran manusia.
Dia rapikan pelukan pada tubuh Arran bila dia rasakan kaki sudah lagi tidak menjejak tanah, sayap sudah berkibar perlahan-lahan naik ke langit.
Arran tunduk pandang Shaera.
"Ready to see the star?" Shaera senyum seraya mengangguk.
Sayap Arran terus berkibar naik laju ke langit malam dan mereka teruskan perjalanan dengan senyuman tidak lekang di wajah.
TAMAT
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga habiskan enigma. Story horror action romance pertama author.
Maaf sebab chapter tak panjang sebab author memang dah target story kali ni tidak terlalu panjang sebab story ni adalah experiment author untuk cuba genre baru dalam penulisan.
Harap semua enjoy, maaf kalau ada kekurangan untuk story kali ni. InsyaAllah author akan perbaiki story di masa akan datang.
Just a quick question, author nak tahu kalau² korang suka genre horror sebab author ada planning untuk hasilkan lagi story genre ni.
Apa pun thank you sudi membaca karya yang tidak seberapa ni, harap menghiburkan. Now author boleh proceeds to story Ace pula.
Jumpa lagi di karya akan datang atau lebih tepat lagi...
Daylen's Promise: Ace Prince.
YOU ARE READING
ENIGMA
Romance𝑬𝒏𝒊𝒈𝒎𝒂 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔: 1 Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kera...
•EPILOG•
Start from the beginning
