•EPILOG•

1.8K 142 13
                                        

DUA bulan berlalu sejak peristiwa yang meninggalkan kesan pada Shaera. Dia kembali semula ke universiti untuk habiskan pengajian yang tertangguh. Anehnya, banyak perubahan berlaku semasa jejak kaki ke tempat pengajian tinggi.

Semua pelajar di situ tidak lagi mengejek dan menghina dirinya terutamanya Elize si diva itu, dia sekarang lebih mahu berkawan dengan Shaera berbanding daripada dulu kerja mahu membuatkan Shaera tumbuk mukanya.

Pada awalnya, Shaera rasa janggal terhadap layanan mereka tapi lama-lama ia sudah menjadi kebiasaan baginya cuma Shaera masih amalkan sikap untuk tidak terlalu mempercayai orang kerana takut ada yang mahu ambil kesempatan.

"That's all class for today, I hope to see you next week with completed final assessment." Kata pensyarah itu pada semua pelajarnya.

"Thank you, sir." Serentak mereka mengucap  selamat tinggal kepada pensyarah sebelum wanita itu berlalu pergi dari dewan kuliah.

"Shae, kau free tak hari ni? Jom pergi mall." Ajak Elize setelah siap kemas beg untuk keluar.

Shaera pandang Elize.

"Aku tak free hari ni. Aku ada dinner dengan uncle and auntie aku." Kata Shaera.

Siapa sangka, Dominic dan Puan Pearl akan bercinta. Dalam diam-diam mereka menyulam cinta antara satu sama lain sampailah hubungan mereka kantoi kerana Shaera melihat pasangan itu sedang berdating tengok bintang di luar rumah pada satu malam.

Gembira Shaera melihat akhirnya ibu saudaranya itu terbuka untuk bercinta. Lagipun, Puan Pearl masih kelihatan awet muda kerana Shaera baru tahu yang wanita itu sama seperti mempunyai darah kacukan makhluk alam lain yang mengekalkan mereka nampak sentiasa muda walaupun sudah berusia.

"Okaylah kalau macam tu, kalau dah free sila roger aku. Boleh kita shopping." Riang Elize berkata.

Shaera angguk saja kemudian berpelukan dengan Elize.

Hilang saja bayang Elize dan siswa-siswi lain dari dalam dewan kuliah, Shaera dongak memandang siling.

"Kau memang dari tadi perhatikan aku, kan." Katanya pada satu lembaga hitam yang tergantung di siling.

"Kekeke..." Lembaga itu mengekek.

"Deria kau memang tajam, Raven." Kata lembaga itu.

Shaera tidak membalas, dia keluarkan satu pen kemudian ukir satu simbol pada tapak tangannya.

"Kau jangan ingat kau boleh aman, Raven. Sampai masa, kami semua akan dapatkan darah kau sebagai kelebihan untuk kami hidup di alam manusia." Kata lembaga itu mula menunjukkan wajah hodoh sebaik saja dia mendarat betul-betul di depan Shaera.

Tiada langsung riak takut yang Shaera tunjuk melainkan dingin saja.

Baru saja kuku runcing itu mahu menyentuh kulit Shaera, tapak tangan gadis itu terlebih dahulu menyentuh dahi makhluk tersebut.

"Arghhh!" Makhluk itu menjerit kerana terasa dirinya dibakar hidup-hidup walaupun tiada api.

"Kami akan cari kau, Raven!" Kata makhluk itu sebelum lenyap menjadi abu.

"You may try." Balas Shaera dingin. Dia tiada masalah pun untuk berdepan dengan mereka yang dari alam lain. Kalau dulu mungkin dia takut tapi sekarang, dia manfaatkan apa yang ada dalam dirinya.

Dominic memberitahu yang ada sisa Raven dalam diri Shaera tapi boleh dikawal jika banyak berlatih mengawalnya menggunakan mantra yang diajar. Oleh kerana makhluk-makhluk lain sudah mengetahui Shaera berdarah Raven, makan ramai yang akan memburu gadis itu untuk kepentingan sendiri lagi-lagi manusia yang terlibat dengan enigma.

ENIGMA Where stories live. Discover now